Kalau Loan Lambat Approve, Macam Mana?

Lepas tengok rumah dan letak deposit untuk beli rumah, kena apply loan pulak. Kalau ikutkan tradisi jual beli rumah, 14 hari bekerja akan diberikan oleh penjual supaya pembeli dapat menguruskan permohonan loan rumah.

Kalau loan lambat approve macam mana?

Jangan ingat kalau financial statement kita solid, loan boleh approve cepat dan jangan ingat kalau guna perkhidmatan mobile officer daripada bank, permohonan anda boleh lulus cepat. Dulu mungkin betul, tapi sekarang tak sangat.

Alasan kenapa saya cakap sedemikian adalah disebabkan sekarang property investment ni dah jadi popular, semua orang boleh invest. Bila benda ni berlaku, maka terdapat lambakan permohonan loan perumahan di bank sampai mereka tak menang tangan nak handle.

Disebabkan loan dengan amaun besar akan memberi keuntungan yang besar kepada bank, maka permohonan loan tersebut akan diberikan keutamaan. Yang jadi mangsa adalah pemohon loan perumahan yang kecil yang terpaksa tunggu lebih lama untuk mendapatkan approval dan ada pula bank yang langsung tak nak layan kalau amaun yang dipohon tak mencapai nilai minimum yang telah ditetapkan.

So a word of advice kepada mereka yang bakal membeli rumah yang kurang daripada RM100,000, pastikan anda maklumkan terlebih dahulu kepada penjual tentang perkara ini.

Dalam hal saya, walaupun semuanya telah disumbitkan on time kepada mobile officer, permohonan masih belum clear lagi setelah mobile officer saya tadi forwardkan application kepada pihak atasannya.

Satu lagi cara yang mungkin berkesan untuk percepatkan proses permohonan ni, approach banker/loan officer terlebih dahulu dan submit dokumen anda kepada mereka supaya dapat ‘pre-approval’. Bila dah ada rumah yang nak dibeli, bolehlah bagi terus S&P rumah tersebut kepada pegawai tadi. Langkah ni adalah lebih kepada personal relationship anda dengan banker dan bukan official. Boleh jimatkan masa sebab pegawai tadi tak perlu dah screening dan buat pre-approval process sebelum hantar ke pihak atasan.

Harap my case dapat selesai secepat mungkin supaya boleh proceed to next step. Seksa jugak menunggu ni..

Comments

  1. says

    Welcome to reality world bro. Tak semuanya mudah seperti yg disangka. Drp penjual yg terdesak nak jual, kita pun tekan sampai harga sub sale. last2 kita pulak yg terdesak nak byr ke penjual. If penjual tu pandai, lepas 2 minggu kalo xsetel, deposit burn lg nahas. Kes bro ni sama mcm kes sy skrg. loan 150k. tgh nunggu je la ni. just hope for the best. if kita banker or xbanker, mungkin lg mudah rasanya..dunia yg xpernah adil

    • Ariff says

      In my case, nasib baik penjual tak tekan. Mungkin sebab dia pun tau nanti buang masa dia nak cari buyer.

      Doakan semoga permohonan bro lulus.

  2. says

    Dpt kan ‘pre appoval’ ialah satu cara yg baik dan wajar digunakan oleh semua org. Better juga kalau ada line dgn manager di bank tu sbb adakala officer bak ada yg pandai kasi slow process loan sbb mahu rundingan bawah table. Byk kes mcm nie.

  3. says

    Ada lagi rumah yang bawah 100k sekarang, tahun depan insyaAllah try nak beli rumah, harap tak de masalah loan. Pernah dengar ke mengenai loan bank islam tanpa payment selama setahun?
    Entri terbaru Izzat Aziz >> AlasanMy Profile

  4. says

    standard bro.. hari-hari ko kena call awek tu follow up. Selain dapat dgr suara dia,nanti mana tau lelaki yg dia kata ‘tunang’ tu kawan dia je…heheh

    • Ariff says

      Bukan tak nak banjer, tapi awek tu datang dengan tunang dia. Kalau tak, gua dah bawak pegi Coffee Bean