Lesen B Punya Pasal

Jadi saya buat keputusan untuk beli motosikal biasa terlebih dahulu dengan option upgrade ke superbike dalam masa 3 tahun. Harga superbike seperti Kawasaki ER-6n adalah dalam linkungan RM30-40k, lebih kurang je macam harga Myvi.

At least itu perancangannya lah. Kita merancang, tapi ada kuasa yang lebih besar yang menentukan. Sekarang ni, nak ambil lesen B punya cerita. Susah beb. Bila first time dia kasi motor besar untuk training, lagilah bertambah susah. Motor besar yang dimaksudkan adalah Honda Shadow.

Bila digandingkan dengan badan saya yang kurus ramping ni dengan motor buruk yang beribu orang lain dah bawak memang seksalah jugak. Nak pulas minyak dan tarik clutch pun susah sebab keras. Balik rumah semalam terus pengsan atas katil.

Itulah sebabnya kita tak pernah nampak orang kurus bawak motor easy rider macam Honda Shadow ni. Biasanya motor macam ni untuk orang tua dan yang berbadan besar. Untuk saya, memang tak sesuai. Cuma kalau belajar pada level yang paling susah, lagi cepatlah dapat belajar kan..

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

21 Comments