Lepas Aku Graduate Ni Boleh La Jadi Pilot TUDM

Ni bukan nak cakap besar tapi adalah cerita benar, sebenar-benarnya. Wallahi, Wabillahi, Watallahi. haha~ Siap. Teringat suatu ketika dulu, masa trend orang politik semua nak bersumpah. Okeh. Lupakan yang tu. Selingan aje. Aku baru balik kelas ni. Tadi ada lab. Belajar pasal kelengkapan pesawat pejuang MIG-23, secara khusus lagi kelengkapan untuk target objek yang kita nak musnahkan. Jangan main-main, walaupun benda tu dipasang kat MIG-23 (kapal terbang lama yang tak digunakan lagi) tapi apa-apa pun aku dah ada asas dah macam mana benda ni berfungsi.

Cockpit MIG-23. Yup, tak asing lagi, memang benda sama

Masalahnya, nak belajar benda ni memang susah. Tadi sorang pun tak lepas untuk jawab soalan lecturer tu. Dia nak semua orang boleh explain segala-galanya pasal kelengkapan tu. Gila hape! Daripada budak Russia yang paling pandai kepada budak Vietnam yang memang dah belajar gila-gila pasal benda ni sejak hujung minggu yang lalu, semua tak boleh jawab. Kalau diorang tak boleh jawab, orang Malaysia lagilah terkontang kanting. Susah bai~ kalau rasa genius sangat, meh datang sini belajar. Baru kau menangis nanti tau tinggi mana langit bumi tu. Nak aje aku suruh Adi Putra tu study kat Russia ni sebab dia bajet dia genius sangat. Tengok kau boleh lepas ke tak 2 tahun pertama kat fakulti aku. Ironi kat sini (baca: kat fakulti aku) ialah makin lama belajar, makin susah. Kalau student tempat lain, makin lama belajar, makin banyak masa terluang especially bila dah masuk tahun 4-5. Kat sini tak! Ingat, genius buku tak semestinya buat kau mampu jadi kaya raya, kena pandai hidup gak atau orang putih cakap street smart.

http://denaihati.com/contest-cabaran-seo-lelaki-kacak-komen-ariff-shah

Ni je sebenarnye benda targeting device tu..

Jadi itulah. Memang subjek tu tadi belajar pasal instrumen dalam kapal terbang MIG. Buat aku terfikir, orang MARA yang datang sini jalan-jalan dulu mesti tak check betul-betul apa sebenarnya yang budak-budak belajar sini. Yelah, budak lain aku rasa belajar benda yang memang universiti cakap, kira kalau baca description kat website pun boleh agak dah belajar apa nanti. Fakulti aku title dia Robotics & Intelligent System. Ingatkan ala mekatronik macam tu. Sekali bukan. Ambik kau, belajar pasal macam mana nak bom itu ini la (bukan bom321) haha~

Sekarang ni ada dua orang Malaysia je dalam fakulti 7 yang maha susah ni. Junior takde, senior toksah cakap la. Dah sah-sah batch aku pioneer pelajar Malaysia kat Moscow Aviation Institute ni. Aku tak tau macam mana ilmu yang aku ada ni nanti boleh dapatkan aku kerja yang bayar gaji gile bab~ punya mahal, tapi aku rasa mahal gak ilmu yang aku ada ni. Mana ada lagi orang Malaysia yang tau macam mana nak guna peralatan ni dan macam mana benda tu berfungsi serentak. Yang pilot Sukhoi belajar kat Russia hari tu pun rasanya belajar macam mana nak terbangkan kapal terbang Sukhoi tu je. Diorang confirm tak tau satu hape pasal construction dan proses peralatan dalam tu berfungsi.

So jaga-jaga. Jangan buat hal ngan aku. Silap hari bulan, rumah kau kena bom nanti. hahaha~


73 thoughts on “Lepas Aku Graduate Ni Boleh La Jadi Pilot TUDM

  1. Aku suke…Aku suke!!
    Hahahaaa…cam seronok je apa yg ko blaja neh..tapi kena struggle lorr…xpe..aku taw ko bole wt…apa yg ko xbole wt kan…aku tahu kemampuan ko…alan citer2 laa~

    btw, wish u luck. Confirm xde Malaysian yg belaja cm apa yg ko belaja neh…byk bende ko belaja kat sne…yg xde kt sni…n ko akan jadi salah satu aset negara… insyaAllah..
    jadi angkasawan la nanti ek =P
    .-= Cerita terbaru wawaa.. Bola bowling hempuk aku! =-.

  2. pergh..butang MiG tuh..bnyak betul..hati2 bro..kang salah tekan..terboom rumah sendiri..hehehe..

    p/s – nanti bawak balik 1 yer..parking depan rumah aku ni haa..:D
    .-= Cerita terbaru hafizmd.. Wanita Malaysia sudah kurang subur? =-.

  3. gila ar..ni dah boleh jadi pakar bom bagai ni..pilot lagik..issshh….banyak tul kredibiliti yang anda miliki.

    • Hm.. cuma masih belum tau kredibiliti tu nanti berguna ke tak nak cari kerja. Tu sebab macam runsing je sekarang..

      Anyway, thanks for reading =)

  4. ariff, best r jadi pilot nti.. nak tanya.. ko kenal Dinie Irfan x?
    .-= Cerita terbaru Amir.. (PANAS) Isu Fan Page All Entertainment Reporters In Malaysia Sucks =-.

    • Haha. Dinie irfan budak bilik depan aku je. Kat sini, generally semua orang kelan semua orang sebab komuniti kecil lagi

      • kim salam kt dinie… cakap amir shah pekan kirim salam.. suruh dia lawat blog aku skali.. haha…
        .-= Cerita terbaru ohmalaysia.. (PANAS) Isu Fan Page All Entertainment Reporters In Malaysia Sucks =-.

  5. t kalau enjin jet ko rosak..bgtau aku..aku ada spare satu ni…

    Hahaha.. kene tagkap lak nanti aku bg statement mcm ni….
    .-= Cerita terbaru TycoBlogger.. Windows XP: Vista Taskbar Previews Untuk XP =-.

  6. Pingback: IMCurtain.com

  7. caya la Bro… bangga ngan rakyat Malaysia yg susah2 blaja cari ilmu jauh2… jgn risau balik sini nnt berlambak org ambil keje… nak rilek keje ngan MAS, tak yah la masuk tentera… tp rugi sket la ilmu yg ada…

    • Hm. kerja kat Malaysia Airlines.. Macam takde prospek keje je situ sebab bidang aku lain

    • Yup. Memang macam tu la. Lagi banyak kita belajar, lagi banyak yang kita tak tahu. Sabar je la..

  8. perghhh. sekali tengok pun dah tau mmg takkan paham.
    kalau dalam english pun belum tentu boleh paham, ni pulak selit-selit russian. memang masuk longkang la kalau nk belajar.

    nasib baiklah yang kteorg punya still berpasak lagi. HAHA. even nk paham tu susah tapi bljr lbh kurang je kat mana2.
    dont worry, nnt korg grad lg awal kn? bulan 4 kalau x silap akak tu gitau. Goodluck weh :)
    .-= Cerita terbaru feeza.. i’m a smoker babeh ! =-.

    • Yup. 2 Malaysians in my faculty only and no more after this. Closed for foreign students already.

      • dasat! only 2 malaysian student and is closed for foreigners after this!

        pehhhhhhh…….. kebaabom. memang hebat. study leklok ariff. seriously, memang kene belajar kaw2. all the best :)

        • Thanks! =) Lain2 ada budak Vietnam lagi 5 orang. So sikit sangatla graduate dalam bidang ni kat Asia.

  9. masuk fac aku r..blaja sbelah roket.. kitorang x men r mende2 dalam atmosfera nih..hehe

  10. haha..nk gak tgok siapa2 yg genius2 tu blaja kat sana..nk tgok ley berjaya ke x ek??
    .-= Cerita terbaru iyllienaz.. penangan facebook abad ini.. =-.

    • Haha. Ok gak tu kalau dapat pangkat tinggi2 kat TUDM.
      Russia memang dalam kepala otak diorang nak perang je..