Lemau

Hari ini adalah hari yang lemau. Dah la tak bangun sahur. Bangun pagi sampai tak ingat yang saya tersedar beberapa kali masa sahur tadi tapi tidur balik. Semalam agak memenatkan.

Bertambah lemau bila nak pasang perabot yang dibeli dari Ikea. Sebenarnya dah lama rancang benda ni, cuma selama ni saya tak pasti lagi yang saya akan bekerja di sini. Yelah.. dengan kepayahan nak dapat kerja yang diingini, dah berkira-kira untuk migrate ke tempat lain yang ada peluang.

IMG_0539Berat nak mampos

Walaupun sebenarnya ditawarkan kontrak untuk bekerja sendiri, namun saya terpaksa jugak memilih jalan makan gaji ni dulu. Satu sebab mak saya bising tiap-tiap hari kat rumah. Mana taknya, belajar lima tahun lebih dalam bidang lain, at the end bekerja sendiri pulak. Takpelah. Ikut je cakap.

Kedua sebab susah nak dapatkan loan dan kad kredit kalau bekerja sendiri ni. Terlalu banyak perancangan dalam kepala dan kalau nak jadi kaya, kita mestilah tau gunakan duit orang lain (bank). Jadi disebabkan sekarang nak dapat pinjaman susah terutamanya kepada yang bekerja sendiri, nak tak nak terpaksalah jugak makan gaji semata-mata untuk mendapatkan kemudahan ni semua.

IMG_0540Rak buku + meja

IMG_0541

Siap!

Next on my shopping list adalah secondary monitor. Satu monitor memang tak cukup. Or even better, another PC dengan Windows. Nak trade ni sikit punya susah kalau guna Mac. Perlu beli laptop RAM dan satu benda hidup (meja, pokok atau bunga??) perlu diletakkan atas meja ni.

Duit terbang lagi macam ni. Bertambah lemau…

Comments

  1. says

    tak pe, cari pengalaman dulu

    nnti esok2 dah bole handle company sendiri, lagipun cam ana nak dapat experience kalau tak mula dari bawah dulu
    Entri terbaru BK >> berdenyutMy Profile