Faktor Kegemukan
Faktor-faktor biasa lelaki muda hari ni jadi gemuk. Tak perlu banyak, dua ni je. Kita tengok apa sebenarnya yang berlaku dalam badan kita.
Tidur
Tidur melebihi 7-8 jam. Biasanya orang yang tidur banyak ni kita boleh kaitkan dengan satu perkataan sahaja, MALAS. Orang yang tidur banyak ni pada kebiasaanya tidak aktif, jadi memang senang la nak kumpul lemak. Tidur kurang daripada 5-6 jam. Lebih tidur pun tak boleh, kurang pun tak boleh. Orang yang kurang tidur ni biasanya tak cukup rehat, badan letih lesu. Bila letih, mereka makan banyak untuk kekalkan tahap tenaga, tapi aktiviti yang dia buat biasanya tak memerlukan tenaga yang begitu banyak (main DOTA/WoW)
Makanan
Gula berlebihan dalam darah. Makan makanan yang mempunyai banyak gula ni memang sedia ada tak bagus untuk kesihatan. Bila gula banyak dalam darah, akan mengurangkan hormon leptin dalam badan. Hormon leptin ni berfungsi untuk memberitahu otak bahawa kita dah kenyang masa makan, supaya tak terlebih makan. Bila banyak gula, hormon insulin pun banyak untuk menukarkan gula tadi kepada tenaga dan badan berhenti menggunakan lemak sebagai punca tenaga dan tadi. Insulin yang banyak menghalang signal hormon leptin ke otak untuk memberitahu yang kita ni dah kenyang sebenarnya. Jadi kita akan cepat berasa lapar walaupun baru lepas makan.
Satu cara yang paling senang nak turunkan berat badan, kurangkan pengambilan gula dalam makanan. Gula ni termasuklah karbohidrat – NASI, roti dan yang sewaktu dengannya. Order teh tarik kurang manis tapi makan nasi 3 pinggan tak akan menurunkan berat badan kita.
Kelebihan Lelaki Yang Tak Gemuk
Antara kelebihan lain lelaki yang tak gemuk ni selain daripada kesihatan lebih terjamin.
Kurang Feminin, Lebih Macho
Lelaki semua kena tahu, dalam badan korang ada hormon estrogen. Hormon estrogen ni hormon perempuan. Kalau banyak estrogen, ha…. boleh jadi mak nyah. ekeke.. Hormon lelaki adalah testosteron. Kalau testosteron sume cukup, maka takdelah masalah ‘adik tu’ susah/tak boleh bangun atau apa. Apa kaitan estrogen dengan lelaki gemuk? Lemak akan menukarkan hormon testosteron kepada estrogen. Banyak lemak, banyak estrogen. Banyak estrogen, libido atau nafsu seks tu berkurangan. ‘Kekerasan’ pun berkurangan. ehem.. Lagi satu, testosteron ni banyak lagi fungsi dia, menjadikan seorang lelaki tu, lebih ‘lelaki’ la.
Permintaan Tinggi
Ehem.. ni berdasarkan survey aku terhadap cik awek-cik awek yang aku kenal. 90% daripada mereka cari lelaki yang perut flat. ha.. apa korang ingat korang je pandai memilih ni? Don’t play-play. Lagi satu, awek-awek yang aku interview ni kebanyakan yang berkerjaya, cantik dan cerdik. Jadi, kalau nak awek yang hot, pastikanlah korang pun berusaha dan cuba melayakkan diri untuk mereka ni.
***
Cerita aku sikit, cara hidup yang sihat ni memang boleh terbawa-bawa sampai bila-bila. Cuti tahun lepas aku balik Malaysia sikit pun aku tak kisah pasal benda-benda ni. Tapi sejak start pergi gym aku balik Malaysia ni memang rajin ah pergi jogging petang-petang. Makan pun tak macam dulu. Dulu aku pernah makan banyak-banyak sampai nak bangun pun tak boleh. Sekarang ni makan at minimal. Ada orang dah suruh makan lebih-lebih supaya kasi berisi sikit badan ni. ehem..
Apa-apa pun cara hidup sihat ni masih belum terlambat untuk diamalkan, selagi badan masih terdaya. Sebelum penyakit ntahapehape datang, eloklah korang jaga apa yang boleh dijaga. Tak susah. Serius!
blog.ariff’s premium sponsor July 2010:
hahaha. lelaki perot flat kena gak berduet. baru dipandang. :DD
setuju-setuju.
ohh..kena kurangkan pengambilan gula ye..
baikkk!!
(err..petua ni buleh juga kan untuk pompuan)
yup. boleh gak untuk perempuan.
salam..dan salam kenal
selepas berkahwin, banyak lelaki senang mengalami kesasaan pada perut :) Apakah kedua2 faktor di atas penyebabnya ?
Sib baik aku tak gemuk..hehehe..so saham maintain…
bagi aku..
makan + tidur = aku gemuk
ad awek suka perut boroi jgk der..hahahah
Salam,wa bagus tips terbaik :),aku dalam proses nak diet :),tapi musim durian nie adesss mencabar betul :).
Masalah lelaki gemuktidak se kritikal masalah wanita gemuk terutama selepas berkahwin … selalu sangat aku jumpa suami steady tapi wife punya lah sihat sedangkan dulu masa bercinta punyalah cekeding.
harap sangat isteri aku nanti tak macam tu
Yg penting, makan kena kawal dan rajin bersukan. Dan kalau yg merokok, cuba lah berhenti. Aku sekarang dalam proses mengamalkan gaya hidup sihat. Rokok dah lebih 5 bulan berhenti. Tengah cuba cari masa bersukan sebab sekarang banyak halangan. Tapi tak apa, pelan-pelan kayuh. Kadang-kadang buat kerja rumah berat-berat dah boleh berpeluh. So, untuk perempuan tak ada masalah pun kalau mereka cakap tak ada masa untuk bersenam.
Dari pemerhatian aku, banyak kes stroke yg aku nampak melibatkan lelaki berumur. Kebanyakan adalah disebabkan makanan. So, kita yg muda ni masih belum terlambat untuk jaga kesihatan. Makan kena kawal sikit, rokok kalau boleh berhenti, dan rajin-rajin kan diri bersukan walaupun selepas kahwin. Ingat saat senang sebelum susah, sihat sebelum sakit. Menyesal nanti tak berguna.
p/s: Kalau tak dapat flat tummy pun tak apa, janji sihat tak ada penyakit.
betul tu. makan byk xpe. tp kne tgk gak pastikan khasiat tu banyak. bukan makan mentekedarah je. pastu balance ngan aktiviti yang mengeluarkan peluh. pg jalan2 pusing2 taman nek beskal pon da ckp untuk mengeluarkan keringat. tujuannya nk bakar lemak dan kalori dalam badan. rokok tu ofcoz xbaek utk jantung anda. dan paru-paru juga mulut anda. (psst…klo korang nk tau perokok tegar yang da mati tu, paru-paru die ade diamond. tp die mest da lama mati la. diamond tu amik masa lama nk terbentuk :P)
ade yg jenis badan yg cepat naik.ade yg seksa nk naik berat die tuh.hari hari sy masak nk bg hubby berisi skit…akhirnya…setelah 3tahun kawin BERJAYA!! dia dah mencapai berat 60kg…guling2 hepi!
ermm mr big pun cam tu gak. perut kedepan. tapi tak pe sebab dia sihat
tapi biasanye laki yang cekeding kalau pas kawen pun kembung gak perut dia kan?
tapi biaselah, mesti nak laki kacak bergaya berperut flat dalam gambar kawen. pastu, boroi ialah satu kemestian terutama kalau bini pandai masak. rela kurus makan tak sedap atau ade pompuan jaga suap makanan cam nikmat sorga?
makan pun makan gak, tapi nak gak maintain. hehe..
wakakakaka..setuju sangat nie. ni kasi abang2 geleber baca mesti tergugat..
but mostly lelaki lepas kawen perut ada sikit buncit ar..why ah? sebab makan selalu tersedia after balik kerja eyh..hehe
dah kahwin, hidup selesa so benda2 ni dah macam tak kisah dah. Itu silapnya, patutnya dah kahwin pun kena maintain, barulah adegan dalam bilik sentiasa panas.
Haha.. setuju.. betul tu bro.. lepas kawin maybe duk maintain bende lain tu.. tu jadi gitu tu.. hehe
er lelaki perut buncit orang kedua seksi selepas perut mcm jacob black, kalau yg flat je mksudnya tulang memang tak ada perasaan pun KAH KAH KAH
six packs~
kalau tengok badan RAIN, wee~~
tapi lelaki kalau kurus sgt pun tak best.. ehehee
nice entry bro..
emm, boleh tak kau bagi contoh makanan yang banyak kandungan gula sekali?
yang biasa rakyat malaysia makan, tapi tak perasan sangat sebab tak ambil tahu.
erk, tapi kalau yang terlebih hormon testosteron tu pun bermasalah jugak.
“adik” terlebih aktif macam-macam hal boleh jadi. :D
Bro, Thanks for da inpo… aku skang ni dah gemuk lepas cuti dua minggu ari tu … time cuti tu la, perut asyik seru makanan je, tiap malam lahap burger… huhu, sampai dah buncit perut aku… 1234… ada 4 lipatan kat perut aku… uwargghhhh… lepas ni share r cara turunkan berat badan… bro kan tough… mesti tau jaga badan kan, betul x?
P/s: body bro ke tu?… LOL
hoho.. mana ada tough. belum lagi.
yang dalam gambar tu, impian je. Sedang berusaha ke arah itu
aku baru tau bro,kalo camni kena pandang susu jelah,gula akan dianaktirikan selepas pukul….hahaha
Ehem2..oppss salam diucapkan..
wee betul2 suka tgk lelaki yg selalu berjogging atau bersukan…like my Tunang..ptg2 kompom ilang..usah mesej2 kompom tak dibalsnya hehe..
bukan tak nak lelaki yg berbadan berisi, biasa lelaki mcm nih mcm2 ade huhu tak perlu diungkapakn..yg penting jaga badan maintain hehe