LCCT Akan Ditutup Bermula 9 Mei – Pindah Tempat Kerja ke Bulan Depan?

KLIA_May

Timbalan Menteri Pengangkutan mengumumkan bahawa LCCT akan ditutup bermula 9 Mei ini, seminggu selepas pembukaan KLIA2.

27 April ni ada open day kat KLIA2. Orang ramai yang berminat untuk melihat KLIA2 dengan lebih dekat lagi boleh berbuat demikian pada hari tersebut. Blogger yang nak buat liputan rasmi pun boleh pergi.

Jadi sekarang ni saya tak tau apa-apa lagi tentang apa-apa perpindahan. Tiap-tiap hari datang ke ofis Air Asia (bukan staf Air Asia) tapi nampak semua orang relax lagi. Macam tak nak pindah je..

Saya pelik kenapa diorang bina sebuah airport baru. Apakah tak boleh dibuat extension je pada KLIA? Bukan lagi jimat ke macam tu?

Problem kalau dua airport berasingan ini ialah bila kena transfer dari LCCT ke KLIA. Shuttle bas bukan selalunya ada dan menepati masa. Daripada pemerhatian saya, memang banyak pelancong yang transit melalui LCCT kemudian ambil flight dari KLIA.

Tak tau macam mana nanti. Apa yang pasti pas untuk KLIA2 dah ada.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

10 Comments