Lawatan Pengerusi MARA Dato’ Seri Idris Jusoh Ke Russia

Pengurusi MARA diikuti Duta Besar Malaysia ke Russia

Jadi pelajar bawah tajaan ni seronok bila ada pegawai kerajaan datang atas urusan lawatan kerja, mesti ada buat jamuan kat kedutaan besar Malaysia di Moscow ni. Lagi best bila mereka sediakan bas pergi balik. Jadi senang tak payah naik metro dan meredah kesejukan malam di Moscow ni. Tak semua yang sediakan bas, tengok pangkat dan siapa yang datang la.. Kalau takde bas jangan harap la aku nak datang. Perjalanan ke embassy ambil masa sejam lebh la gak kalau naik public transport.

Rabu malam Khamis hari tu ada dinner dengan Dato’ Seri Idris Jusoh datang. Sedikit sebanyak pasal dia ni Dia ni bekas Menteri Besar Terengganu yang direject oleh Yang Dipertuan Agong dan diganti dengan Ahmad Said. Sekarang dah jadi Pengurusi Majlis Amanah Rakyat (MARA). Tak taulah bila dilantik, baru lagi kot. Itu sebab dia buat lawatan kerja ke Russia ni. Semua tempat yang ada student bawah tajaan MARA dia pergi kot. Oklah tu, kurang-kurang dapatlah dia tahu sendiri masalah budak-budak kat sini.

Hal berkaitan biasiswa hari tu pun dibangkitkan. Memang tak logik sebenarnya, tinggal kat bandar yang mempunyai kos sara hidup ketiga temahal di dunia tapi biasiswa dapat ketiga paling rendah antara negara-negara lain. Tapi bila cakap pasal duit ni, banyak mana pun memang takkan cukup punya cuma nak pertikaikan antara adil dengan tak je. Tempat lain budak-budak hidup selesa, siap ada banyak duit lagi nak jalan-jalan sana sini, aku kat sini Europe tu pun tak sampai lagi walaupun sebelah-sebelah je..

Satu masalah besar yang dihadapi oleh pelajar medic kat sini, tak cukup penempatan. Oklah statement lepas ni pedas sikit, tapi aku memang kena cakap. Orang Malaysia ni suka sangat pandang kerjaya sebagai doktor tu macam hebat sangat sampaikan semua orang nak anak-anak jadi doktor. Lepas tu sanggup hantar belajar kat tempat murah-murah macam Russia ni. Bila dah hantar sini terlalu banyak, memang kebajikan budak tak terjaga. Orang Russia ni takde kisah apa sangat pun.. asalkan duit diorang masuk sudah.

Bila banyak sangat pelajar Malaysia kat sini, diorang jadi malas nak layan. Kelas kena buat banyak, lecturer bukan semua boleh cakap English. Satu lagi hal, diorang yang buat medik ni datang sini nak belajar dalam English padahal Russia ni kalau nak tau memang menyampah dengan penggunaan bahasa Inggeris. They do it for the money tapi ada lecturer yang acuh tak acuh je mengajar dalam English. Ada yang tak langsung walaupun dah dibayar macam tu. Jadi budak-budak ni tah terpinga-pinga.

Kat tempat aku course pulak 100% in Russian. Ni lagi gila, ada yang dapat faham tu, faham la. Ada yang tak dapat tu memang ke laut la. Macam aku, adalah kot harapan sikit-sikit sebab aku belajar dengan budak Russia, takde kelas untuk foreigner. Memang susah nak mampos, tapi at the end adalah sikit ilmu yang masuk walaupun aku tau aku adalah yang terpaling bodoh dalam kelas. Aku tak tau sebab apa diorang hantar sini, kecuali la kalau Malaysia nak deal dengan Russia lagi pada masa hadapan adalah tempat aku kat situ nanti.

Dato’ Seri: Jadi awak ni la blogger Moscow tu ya?
Aku: Ya Dato’ .. sayalah orangnya. hehe..
Dato’ Seri: Bagus2. Meh tangkap gambar.
Aku: :D

Jadi kalau tanya aku bagus ke tak belajar sini? Aku rasa eloklah korang especially yang nak sangat belajar medic tu belajar tempat lain. Sini kat Moscow dah terlalu padat dengan orang Malaysia yang nak sangat belajar medic. Aku tengok budak yang belajar medic kat Malaysia memang nampak sangat lagi belajar daripada budak kat sini. Cuti pun sikit jer.. Sorilah kalau sesiapa yang terasa, terutamanya kawan-kawan pelajar medic kat sini yang membaca. Ini cuma pendapat peribadi aku je.

Tentang ucapan Dato’ Seri, aku rasa banyak sangat indoctrination berlaku. Mungkin niat dia untuk mengingatkan, tapi macam terlalu banyak pula malam tu. Come on la.. Aku tau MARA dengan UMNO ni memang tak dapat dipisahkan tapi aku bukan penyokong Anwar yang suka bermimpi di siang hari dan aku tak percaya pada parti politik yang berunsur agama seperti PAS. Agama adalah agama. Period. Aku lebih suka manusia ni fikir sendiri siapa yang bagus untuk dijadikan pemimpin dan siapa yang tak maka oleh itu aku benci indoctrination. Agak annoying bila sesuatu benda tu diulang sepuluh kali. Ya, aku kenang pada jasa tapi itu bukan sebab untuk aku menyokong pemimpin yang lemah dan lemau.

Apa-apa pun aku harap takdelah blog-blog politik nak besar-besarkan apa yang aku cakap dalam entri ni. Kalau guna, nampak sangatlah korang ni dah takde modal. Dan lagi satu, macam biasa komen berunsur politik kepartian akan dipadam serta merta. Jadi jangan buang masa anda meninggalkan komen yang takde kaitan. I don’t give a damn about it.

+ Gambar ihsan Irfan Isa
+ Dialog adalah rekaan semata-mata :P

2010/2011 Premium Sponsor

Vote For Me

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

26 Comments

  • njayzack

    22 November, 2010 at 6:46 pm

    “direject oleh Yang Dipertuan Agong ”

    tu silap sket kot, needs some correction..
    at that current time, YDPA dh xde kuasa sebagai ketua negeri Terengganu tetapi hanya pd kuasa ketua agama negeri. jadi yg sebab musabab dia direject tu lbh kpd siapa sebenarnya mereject (punah BM aku huhu)..
    fyi, sekarang Terengganu diperintah oleh DYM Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan.. time pelantikan MB Dato’ Ahmad Said tu, ianya di bawah pemerintahan kerajaan negeri adalah di bawah Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja, Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud.
    tu jek :)

  • gluckyusof

    13 November, 2010 at 11:36 am

    “Aku tengok budak yang belajar medic kat Malaysia memang nampak sangat lagi belajar daripada budak kat sini. Cuti pun sikit jer.”

    part nie mmg setuju gila sbb takdak cuti sem isk isk T.T tapi study course apa pun kena struggle jugak..

  • TheSharkox

    13 November, 2010 at 1:28 pm

    Bro, aku nak sentuh sikit pasal ahli politik dan parti politik ni.. Lari sikit dari tajuk ko.

    Benda ni berlaku di mana2 aja. Sama macam kes banjir kat kedah ni. Media terlalu berat kepada MP dari Kearjaan. sierius aku meluat. bukan pasal aku ni tak suka kerajaan, tapi benda yang pas buat langsung tak cover, macam pas tak buat kerja. hei, aku bukan pro pembangkang ok.

    So, macam kes deris jusoh ni, biasalah tu. dia mesti tonjolkan yang UMNO yang byk tolong, takkan dia nak kata ini anwar punya idea…

    entah apa apa komen aku ni..

  • takky

    13 November, 2010 at 2:11 am

    maaf la law komen nie agak kasar bunyi ye…
    parentz aku dulu pun nak aku jadi doc…
    d reason is doc kat m’sia x ckup
    but aku x nak…
    reason ye,
    ramai student yg p study oversea mostly amek kos medic…
    x kan doc masih x ckup kot????

    law sume nk jadi doc…
    sape plak yg nk jadi engineer, akaunten n etc????

  • idasm

    13 November, 2010 at 1:27 am

    wah.. glamer ariff shah ni.. sampai Dato’ Seri pun tahu.. hehe..

    Ariff, susah tak bahasa Russia. Mcmnlah u all belajar sana guna bahasa tu yea..

    all the best!!!

  • el

    12 November, 2010 at 11:00 pm

    serius ke wei budak medic kat sane tak dijaga sangat..hmm..kesian pulak aku kt diroang..tapi serius orang dekat belah sana takde la amek kesah sangat dekat orang luar. nak2 malaysia..kat europe tu nak jupe buku melancong ke malaysia pun takda, alek2 jupe singapore, thailand..tu je la..indonesia jarang. kesian kadang tu aku dengan malaysia..budak2 study dekat london ok lagi la..sane ok. tapi europe memang cannot go la..kedutaan malaysia dekat bruxels pun sunyi sepi.huhuhuhu

  • feezayusoff

    12 November, 2010 at 9:26 pm

    Aku sokong part yang kau kata pasal student medic tu. Kalau kau nak tau lah, sebenarnya ada lebih kurang 50 orang students medic ada nostrification yang tak diiktiraf oleh universiti kat Moscow. & kalau kau perasan, qualification untuk study medic kat Malaysia & kat Moscow berbeza. Ramai yang aku kenal sebenarnya tak layak nak study medic kat Msia jadi dorang pilih untuk study kat Moscow. Jangan tanya aku mana aku tau, i just lived among them. Itu alasan yang dorang sendiri cakap, apart from isu kos untuk study kat Moscow yang murah. CUCMS je 1 sem dah RM25K tak silap aku, tapi kat Moscow, RM25+K untuk 2 sem. Actually aku tak puas hati bila tercampak kat Moscow, lepas tu orang buat tak tahu pasal welfare kita.

    Btw, dorang dah bagitau kenapa scholar kena potong?

    • ariff

      12 November, 2010 at 9:30 pm

      Pasal scholar tu macam biasalah, penyelarasan USD dan bla bla bla (sama macam yang aku dah tulis hari tu) takde alasan yang kukuh pun. Nampak sangat diorang potong tu sebab tak cukup funds atau apa. Tempat lain takde dengar kena potong pun.

      • Anna Amin

        13 November, 2010 at 5:05 am

        sebab diorang reduce allowance, dato ckp ade internal problem dgn pihak JPA, nak selaraskan dgn JPA.. and maybe sbb funds jugak. tp tempat lain tak kene reduce pon? xtau lahh..

  • arrizz

    12 November, 2010 at 8:53 pm

    baguslah ada orang macam dato yang sanggup turun padang dan dengar masalah pelajar..cumanya diharapkan apa2 masalah yang timbul boleh diatasi..

  • Lord Zara

    12 November, 2010 at 7:27 pm

    Macam tempat aku mengajar sekarang, memang banyak dibantu oleh politik. But then, aku memang tak boleh tahan kalau orang asyik ulang2 yang semua benda tu adalah hasil usaha politik, rezeki datang dari situ, haish.

    cakap sekali cukup kot? bukan nota belajar pun~ >.<

    apa pun, tu dialog betul ke ariff?
    kih3~

  • eiman

    12 November, 2010 at 7:13 pm

    sekarang bukan dah ramai ke antar anak gi egypt dah sekitar utk belajar medic, anak sedara akupun baru pegi sana. berkenaan dengan pelajar medic di rusia tu, harap dapat belajar bersungguh2..

  • wanie

    12 November, 2010 at 6:45 pm

    mostly,ramai amek medic kat egypt kan.russia mmg ngr mewah.mmg sapa nak bljr kat sana,kena pandai2 la urus wang..haha.femes gak ye ariff shah.dato pun kenal.klu aku ni,x de maknanya dato nak kenal.wakakak

  • izulman

    12 November, 2010 at 6:35 pm

    haha sokong ayat terakhir. org muda skrg pn ade otak, dh blja tinggi2, bleh pkir yg mane diorg nk pilih. bilela isu bodek membodek n arah mengarah seolah2 org muda ni dungu tk tau apa2 nk habis. haish. doa byk2 selmat sejahtera malaysia