Laos Cancelled

patuxai-in-vientiane-laos-1600x1066

Lagi gambar Laos di sini

Malangnya, trip jalan-jalan saya ke Laos yang dijadualkan bulan Disember ni terpaksa dibatalkan. Hangus tiket RM200+

Sebab utama, annual leave dah habis! Satu yang tak best jadi orang bermajikan ni ialah cuti tahunan tak cukup. Itu sebabnya saya nak sangat keluar daripada hidup menjadi kuli ni. Kalau kerja sendiri, at least ada flexibility nak cuti bila dan berapa lama.

Tempat macam Laos ni elok pergi masa muda-mudi. Bila ada anak nanti, belum tentu boleh pergi.

Nasib baik tak tempah apa-apa makanan untuk tiket AirAsia tu. Kalau tak, hangus jugak. Kalau nak tempah tiket murah AirAsia, jangan tempah makanan dulu. Dah nak fly nanti baru book in-flight meal. Ini untuk mengelakkan pembaziran kalau berlaku last minute cancellation macam ni.

So, Jalan-Jalan Laos cancelled. Tapi saya dah beli satu lagi tiket untuk melancong. Siapa boleh teka dengan betul ke mana destinasi seterusnya saya sponsor kad perubatan terbaik selama sebulan. haha~

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

16 Comments