10 Laman Web Institut Pengajian Tinggi di Malaysia

Aku pasti bila habis je SPM, mesti ramai orang sibuk cari maklumat berkaitan universiti atau mana-mana institut pengajian tinggi yang mereka nak masuk. Biasanya laman web menjadi sumber utama untuk pelajar mencari maklumat, jadi adalah penting supaya universiti dan semua institut pengajian tinggi di Malaysia (kepunyaan kerajaan khususnya) haruslah mempunyai laman web yang berfungsi dan lengkap dengan semua maklumat terutamanya berkaitan dengan kursus yang ditawarkan. Selain daripada itu, rekabentuk yang menarik juga harus diambil kira, terutamanya jika universiti tersebut menawarkan kursus multimedia. Di sini aku paparkan 10 laman web institut pengajian tinggi di negara kita.

International Medical University (IMU)

Universiti Utara Malaysia (UUM)

Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Taylor’s University

Universiti Islam Antarabangsa (UIA)

Universiti Tenaga Nasional (Uniten)

Universiti Sains Malaysia (USM)

Universiti Teknologi Petronas (UTP)

Secara peribadi aku suka laman web USM dan UiTM. USM tu nampak kemas dan menggunakan warna yang secukupnya, website cun sesuai dengan rankingnya sebagai universiti No. 1 di Malaysia sekarang (berdasarkan ranking yang dikeluarkan di sini). Basically universiti swasta seperti IMU, Taylor’s dan UTP mempunyai laman web yang cantik dan kemas sebab daripada laman web nilah mereka dapat cari customer (pelajar). Memang tak logik kalau universiti swasta takde laman web yang cantik dan kalau takde, nampak sangat universiti tu nak tutup tak lama lagi sebab management dia teruk sangat sampai tak mampu nak upah webmaster untuk buat laman web mereka. Lagi satu, agak kecewa sebab website Universiti Malaya (UM) tengah down sekarang. Nak sangat aku tengok dan letak dalam entri ni.

Apa pendapat korang? Laman web universiti mana yang korang suka? Kalau ada laman web IPT Malaysia yang cun lagi sila tinggalkan di ruangan komen bawah ni.

+ Jangan lupa lawati Denaihati. Ada contest yang menawarkan hadiah berupa iPad 2 yang akan dilancarkan minggu hadapan.

blog.ariff proudly sponsored by

Published
Categorized as Bla Bla Bla

By Ariff

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

75 comments

  1. saya nak cari maklumat tentang penubuhan ipta and ipts. saudara ada ke maklumat tu. da puas saya cari tapi benda lain yang muncul yer. tolong sy plz…. utk assingment ne!

  2. USM nyer website baru je tukar.. tapi dulu pun dah memang cun pun.. time nak survey tuk continue studies pun.. Website USM pun antara yang senang tuk cari info. Tapi sekarang ni fees dah naek sangat lah mendadak dari RM1800 ke RM4100… fuuhhh… mencanak-canak naek.. UITM lah kot still IPTA yang paling murah fees nya….

  3. sekolah pun patot ada bagi information pasal ipta. sebab ada student skola di bandar tak tahu kewujudan ipta kat mesia.dah 3x aku jumpe

    1. tu student portal. Website universiti yang bagus adalah yang mengasingkan student portal dengan website utama. Kalau tak memang serabut.

      Masa entri ni dibuat, website utama UM sedang maintenance.

  4. sume ske laman web uni masing2, typical…haha..aku rase aku sorang jer tak suke web uni aku…sbb buruk n oldschool..time aku laa….tp dlm um dulu setiap faculty ade sub domain dia… skrang maybe daa improve kot…

    p/s part uni swasta web buruk nk bangkrupt aku tak setuju, tue cume org marketing yg tak brape alert jer…IMU tue kire private ea? nape susah bangat jer nak masuk sane..hmm

    1. IMU private kalau xsilap, tapi sebab dia twinning program dengan some top uni around the world, memang susah sikit nak masuk.

  5. UM nyer site sempoi jer…dia lebey pentingkan content + security…mcm sesetengah lecturer tue, dlm kuliah jer dia bg url/ subDomain dia..kt site dia xde tulis terang2…tp password slalu code subject tue jer…..

    p/s sebut sal site ni, korang pernah ngk MIT nyer site? last aku usha last year x silap, still buruk jer..serious korang ngk mesti tak caye, betul ke MIT ni…mmg sempoi n buruk..hahah…

  6. aku yang student USM ni tak penah pulak menghayati ‘kecantikan’ website USM nun.
    rajen mu nak nerjah sana sini
    tapi aku suka kaler dia lah ungu kan.

    1. oh. tapi entri ni tengok design je.. just contoh design website universiti kita dan bukan ranking.

    1. politik campus la yang buat aku sakit mata tengok student2 kat malaysia ni.. kadang nampak sangat xmatang.

  7. baru saja mohon upu utk kemasukkan degree nanti…
    U yg menjadi pilihan ialah UUM….
    sebab hanya kos pelancongan shj yg byk ditawarkan oleh UUM….

  8. Aku tetap suka UTM. Ok, bias sebab aku memang cintakan UTM sejak aku sekolah lagi. Ha ha ha.

    Dan disebabkan laman web UTM, aku sentiasa cuba cari paparan warna cerah, putih atau silver pada blog. sebab daya tumpuan akan lebih tinggi daripada nonsense website universiti yg terlampau banyak kaler.

    1. Tapi kalau dia guna warna rasmi uni tu, tak boleh kata apa gak (kalau ada warna rasmi la..)

Comments are closed.