Selepas Angkor Wat, kami singgah ke perkampungan Islam di Siem Reap untuk makan tengah hari. Ada restoren halal di belakang masjid kampung ini. Alhamdulillah, sampai je makanan dah siap. Gambar makanan akan ditunjukkan dalam entri lain ye. Sabar. Yang penting, lunch kat situ memang sedap.
Suasana perkampungan Islam di Siem Reap. Yes, jalan masih belum berturap, jalan tanah merah.
Tasik Tonle Sap adalah tasik air tawar terbesar di Asia Tenggara. Tasik ini istimewa disebabkan dua ciri uniknya, pertama, tasik ini berubah arus dua kali setahun iaitu pada musim panas dan musim hujan. Kedua, tasik ini mengecil dengan sangat drastik pada musim panas.
Tebing tanah dalam gambar dibawah adalah tebing tasik ketika musim hujan. Dalam giler ok tasik ni. Tapi masa musim panas, kadang-kadang bot boleh tersangkut di dasar tasik sebab air terlalu sikit.
Classic
Aksi Titanic tidak dibenarkan di sini
Agak-agak berapa kos nak tempah sebuah bot di sini ye?
Kedai runcit terapung
Enjin 2.0 liter, 200 horsepower, 170 lb-ft, DOHC 16-valve flat 4
Masa on the way nak ke tengah tasik, bot kami telah dihijack boleh dua orang tempatan. Sebenarnya bukan apa, ini adalah penjual air yang singgah dari bot ke bot. Tapi agak kelakar sebenarnya, kalau tak perasan diorang ‘hijack’ dari belakang, mesti terkejut punya bila budak kecik tu tegur nak beli air ke tak.
Comments
15 responses to “Tonle Sap Lake – Cambodia Part 3”
masa sekolah dulu.. asyik sebut nama tasik ni..
baru hari ni dapat melihat rupanya
banyaknya bot. majoriti masyarakat jadi nelayan ke?
Wah bestnya jalan jalan negera orang.. cantik sangat permandangan ..
Gambar2 semua cantik. Paling best nampak langit dan awan yang terang dan cerah. Best jalan-jalan….
Gambar memang cun la. Terbaik.. Mintak share skeping.. Boleh???
boleh2. asalkan kasi kredit
Melihat jeti menurun cerun kalau ada barang jatuh tergolek jenuh hendak kejar. Bro tidak cuba golekkan air tin dengan yang lain-lain untuk melihat air tin siapa sampai dahulu?
menarik gak tgk gambar…woww wwoww
baru style..kedai runcit atas air…entah macam mana kan..tak penah pi.. ^_^
ngeri pulak membayangkan bot di hijack…untung jugak kan penduduk sekitar tasik tu..bila air surut senang je nak tangkap ikan…
dulu2 belajar geografi mmg ada pasal tasik ni.
Gempak2 dapat jalan-jalan negara orang./
Memang seronok dpt tgk situasi hidup org kat sana tu kan…
ehem. tiba2 i rasa i ada competitor travel blogger
oh yes you do!
pergh, kalau lemah semangat boleh jatuh masuk tasik kot time budak tu terjah.. hehe