Lajukan Entri Anda Diindex Dengan Twitter

Baru sahaja selesai membaca laporan eksperimen yang dilakukan oleh SEOmoz tentang kesan Twitter kepada jangka masa sesebuah entri diindex oleh Google. Korang boleh baca laporan Using Twitter For Increased Indexation atau just baca ringkasan aku berkaitan laporan tersebut.

Kalau sesiapa teringat entri aku SEO Tutorial: Komponen Yang Mempengaruhi Google Ranking, penggunaan Twitter ni termasuk dalam kategori Social Graph Metrics. Selain Twitter, Facebook dan pelbagai jenis laman sosial lain boleh digunakan.

Apa yang dapat disimpulkan di sini:

  1. Entri yang mendapat retweet yang banyak akan lebih cepat diindex oleh Google.
  2. Entri yang mendapat retweet yang banyak + internal linking akan lebih cepat diindex oleh Google berbanding (1).
  3. Bilangan retweet tu subjektif, tapi sekurang-kurangnya 3 retweet la.

Penjelasan dia simple je, apabila sesebuah entri ditweet, orang akan klik pada link tersebut dan apabila diretweet lebih ramai akan klik pada entri tersebut. Ini akan meningkatkan populariti link tersebut dan macam biasa, Google akan index link yang popular. Kita boleh tweet semula entri tersebut (kalau bilangan retweet sedikit) tapi kena berpada-pada la sebab nanti follower meluat pulak kalau tweet benda yang sama berulang kali.

Jadi kalau kebosanan tu, eloklah retweet entri kawan-kawan dalam twitter tu dan insya allah budi yang baik tu akan dibalas. What you give you get back. Kepada yang belum ada Twitter, silalah buat akaun Twitter korang dan add aku @ariffshah

2010/2011 Premium Sponsor


40 thoughts on “Lajukan Entri Anda Diindex Dengan Twitter

  1. Pingback: Tips Aktiviti Sesuai Ketika Blogwalking | Pakatan Blogger

  2. Pingback: Aktiviti sesuai ketika sesi blogwalking | MrNamie

  3. yeah, betul tu. mendapat retweet dari rakan2 juga dapat membantu entri kita di index selain mendapat trafik. :)

    jadi, marilah membudayakan retweet di kalangan blogger malaysia. :)

    • satu nasihat, buang semua topsy tu sebab trackback tu dofollow dan setiap kali dia hantar trackback akan kasi dofollow link kat mereka. dan takde efek sangat pun sebenarnya kepada kita. aku cukup tak suka kalau kasi link buta-buta camtu je.

      tapi terpulanglah ;)

  4. Bro nak tanya pendapat skit
    Ada yang guna Apture dan button retweet,
    Agak-agak mana satu yang bagus untuk blog eh

      • nis ada pasang apture kat blog kalau ariff nak tengok. kat situ ada provide button utk retweet dgn share on facebook. bagus juga pasang tu dan tak perlu coding banyak di sidebar. dia akan muncul kat atas kalau pembaca skrol ke bawah. kalau tak skrol, nampak navbar blogger [just for blogspot user yang tak buang navbar. kalau pkai wordpress tak tau la dia pakai yg sama ke x.].

  5. nak tanye nak letak ads dalam blog kat sidebar camne ye??? aq takpandai edit html nih???

  6. Oh, baru faham kenapa blog nis cepat naik dlm google sekarang.. hahaha… facebook punya fasal rupanya. Tiap kali keluar entri akan naik paling kurang 4 link secara automatik.

    thanks for the info.

  7. wahh..ni pelajaran baru untuk aku ni..tp aku tak tau nk letak button retweet tu..adeh..kene blaja len plak ni..

  8. Salah satu cara yg bagus ni, lebih2 lg utk blog yg baru.. tp kalau blog PR tinggi, setiap entry yg baru dipublish akan terus diindex oleh google dlm masa beberapa minit shj..

    • takpe. buat je akaun, llepas tu letak link kat blog. Lama2 nanti ada punya orang follow

    • boleh try ni. Tak payah guna plugin just copy dan paste je kt mana-mana yang suka. Hehe

      <a title=”Berkongi dengan rakan di Twitter” target=”_blank” href=”http://twitter.com/home?status=<?php the_title(); ?> » <?php the_permalink() ?>”><font size=”2″>Tweet This Post</font></a>>

      • Okeh. Thanks for the tips. Sebenarnya macam ni lagi bagus, penggunaan plugin dapat dikurangkan dan loading time dapat dicepatkan.

  9. Betul2~
    Bila kita Tweet entry kita, possibility followers baca adalah tinggi.
    Kadang2 keyword kita di Twitter tu ada orang search, maka mungkin lebih ramai orang akan baca.

    Tapi pengalaman aku, orang lagi suka Tweet semula di timeline.
    ;)

    • tweet di timeline lagi senang. bantai je.. kalau aku bosan memang aku retweet je entri ntah sape2.. sape update time tu dapat la. hehe..

      • Cet.
        Lain kali RT entry aku sekali.
        He he he.

        :)

        Aku before tweet atau RT, aku akan baca dulu entry tu. Kalau bagus, aku RT. Tapi kalau orangnya aku kenal, aku RT terus. :)