Lagu Raya Dulu Dulu Jugak Yang Best

Aku berpendapat lagu-lagu raya yang baru tahun ni memang banyak yang tak best la. Serius aku cakap, lagu-lagu baru ni banyak yang tak menusuk kalbu, tak macam lagu-lagu dulu yang bila kita dengar tu memang rasa syahdu habis. Diorang nyanyi dan tulis lagu yang betul-betul makse sense dan sedap didengar. Lagu raya baru sekarang ni, aku dengar memang tak rasa langsung feel dia. Failed.

Salah satu sebabnya aku rasa ialah artis-artis sekarang ni buat lagu sebab nak buat duit je. Segala-galanya pasal duit. Release satu dua single bertemakan raya, compile dengan lagu lain dalam album sebelum ni, dah boleh buat satu album baru. Tak pun compilekan dengan artis-artis lain punya single raya. Tak pun dia nyanyi balik lagu raya penyanyi-penyanyi dulu dan buat album compilation. Semuanya sebab nak buat album atau single baru dan jual. Semuanya sebab duit.

Tak taulah. Itu pendapat aku je tapi aku rasa memang ramai yang berkongsi pendapat yang sama. Kalau tak kenapa tiap-tiap tahun, lagu raya yang lama-lama ni jugak yang popular berkumandang di mana-mana sahaja. Lepas tu barulah terselit lagu-lagu baru artis muda kita ni. hm…

Suka lagu Satu Hari Di Hari Raya by M. Nasir & Dari Jauh Ku Pohon Maaf by Sudirman. Korang pulak camne?

2010/2011 Premium Sponsor


48 thoughts on “Lagu Raya Dulu Dulu Jugak Yang Best

  1. yEAH!!! Boleh dikatakan kesemua lagu lama2 best x kirala penyanyi tu popular ke tak..Lagu2 seperti ini sangat diperlukan untuk menaikkan mood mengerjakan aktiviti membersihkan rumah dan sewaktu dengannya di penghujung ramadan ini…adeh.. =D

  2. Banyak lagu raya yang aku suka terutama yg lama n evergreen cam
    ‘Dendang Perantau’, ‘Cahaya Aidilfitri (Black Dog Bone)’, ‘Dari Jauh ku Pohon Maaf (Sudirman)’,’ Selamat Hari Raya (Saloma)’, ‘ Suatu Hari Raya (M Nasir)’,'Lambaian Aidilfitri (Saleem dan Jamal)’.. eh byklah..

    lagu baru ‘cover version’ yg aku layan.. ni je kot… ‘Sepah (Lagu Raya)’ tu pun cover version lagu Jalil Hamid.. Ko mesti tak penah dengo lagu ni.. hahahaha

  3. lagu M.Nasir Satu Hari di Hari Raya tu mmg evergreen, terbaik sepanjang zaman. music intro lagu tu paling aku suka. hehe

    lagu raya zaman sekarang mintak mahap aku takde dgr dan takde amik tau pun. mmg dalam lappy cuma ada lagu raya yang lama-lama jek. hihi

    lagi satu aku suka lagu Sudirman Balik Kampung, yelah. dah merantau negeri orang ni mmg lagu tu sungguh terkesan di hati. hihi

  4. setuju dgn arriff..artist baru mostly nk duit n popular je lebih..true info artist kat Malaysia ni mostly dpt duit bnyk sbb jadi duta product and show je. klw harapkan album mmg susah la nk hidup.artist baru naik pun buat show RM 10,000 for 3 songs (pengalaman sendiri).

    * suka lagu dendang perantau (p.ramlee)

    • oh. dendang perantau pun memang all time favorite. Bila lagu best dan bermakna, orang akan terkenang sampai bila-bila. Itu sebab melekat sampai sekarang.

  5. aku setuju ngan ariff.. pernah dibincangkan dalam kereta.. gyahaahhaha~

    aku ada lagu zaman kita kecil2.. tapi tak taw la ko ada pernah dgr ke tak since ko kan org rusia.. gyahahhaahaa.. link bawah tu…

  6. Tahun lepas beraya di kedah
    tahun ini beraya di jengka
    puasa sudah zakat pun sudah
    beraya kita hindari prasangka

    Lupakan sengketa bermaafan
    dari hujung rambut ke hujung jari
    halalkan kata-kata mana yang termakan
    sesama muslim jauhi cakar-mencakari

  7. betul!

    paling obvious, melody dia. melody lagu raya sekarang ni mana lagi ada macam dulu, yang kalau takde lirik pun, kau dengar je bunyi kau boleh tau tema apa.

    lagu raya sekarang macam lagu biasa, lagu cinta, lirik je ada perkataan raya.

    tu pun tak strong, macam sajak tulisan budak tadika.

    tolongggglah jangan malukan diri wahai artis2 zaman kini. kitorang tak pekaklah.

  8. suka lagu aishah: pulanglah…lagi 1, lagu ahmad jais, slmt hari raya..best2..

    betol la, lagu raya skrg x best..dgr first time ok, tpi kalau nk ulang2 dgr, rasa lagu lama lagi best..

  9. yup!setuju sangat!
    lagu raya skang dah bercampur aduk dengan gaya rap la, hip hop lah. tak berapa meresap dalam jiwa..
    lagu satu hari di hari raya by M.Nasir tetap dalam hati! menusuk gilerrrr3~~!
    boleh menangis..hehe :D

  10. salam
    hehe aku suka “dendang Perantau” dengan “Balik Kampung”
    ekekee pasal tiap raya nak balik kampung, dengar lagu nih
    perghhh jiwa ngancam bro..