Lagi Cerita Hidup Berani Untuk Gagal

Batch aku adalah batch engineering yang pertama sampai di Moscow. Masa tu ada 21 orang je. Tiap-tiap tahun pelajar-pelajar Malaysia kat sini menganjurkan temasya sukan antara universiti-universiti di Russia. Acara yang dipertandingkan adalah futsal, basketball, bolar tampar dan ping pong.

Masa tahun pertama tu, dah memang sahlah kami tidak ada peluang untuk menang apa-apa. Kami tahu kami akan gagal, tapi kami berpegang kepada prinsip HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. Lebih sedih lagi masa tu nak buat team basketball pun tak cukup sebab ada dua orang je yang ada pengalaman bermain. Kami bernasib baik sebab ada lagi dorang kawan ni sanggup bermain, walaupun dia tak pernah main basketball langsung dalam hidup dia.

Masa hari pertandingan semua berjalan lancar tapi kepenatan tu memang tak dapat dinafikan. Bayangkanlah, 3 pemain je yang bermain untuk ke semua lima perlawanan. Pasukan lain pula memang semua tak gentleman, masih lagi tukar pemain walaupun dah tau pemain dalam pasukan kami ada 3 orang je. Dari situ aku dapat lihat yang orang Malaysia ni masih lagi tak faham semangat bersukan yang sebenar. Kami berjaya mengharungi semua perlawanan itu. Ya, kami gagal tapi apa yang penting kami berani menghadapi kegagalan itu. HIDUP BERANI UNTUK GAGAL.

Dan baru-baru ni, secara rasminya kelab basketball telah ditubuhkan dengan nama gelaran MPKB-GHOSTS (MAI Punya Kelab Basketball). Kami berjaya merekrut pemain baru yang berminat dengan sukan ini. Masih banyak yang perlu dilakukan termasuk sesi latihan untuk pemain-pemain baru tapi aku positif yang kelab ini mempunyai potensi pada masa hadapan. HIDUP BERANI UNTUK GAGAL, kita cuba buat yang terbaik dan kalau gagal, cuba lagi. Itulah sebenarnya hidup ini.

Video rakaman perlawanan pertama GHOSTS (hitam) di Sukan Komuniti 2009. Menang 5-4.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

No Comments