#13 Kyoto

 

Kyoto dulu-dulu adalah pusat pentadbiran Jepun. Oleh sebab itu, istana diraja dan istana shogun (samurai) mereka terletak di sini selain daripada berpuluh buah kuil Buddha dan Shinto yang yang dibina di bandar ini. Bandar Kyoto adalah sebuah bandar klasik, penuh dengan bangunan bersejarah dan merupakan pusat kebudayaan di Jepun.

Kyoto bukanlah bandar moden. Kalau anda ingin mencari tempat shopping yang hebat-hebat, atau melihat bangunan pencakar langit, Kyoto bukanlah bandar untuk dilawati. Anda datang ke Kyoto untuk melihat tinggalan bersejarah dan budaya lama orang Jepun.

Bergantung kepada mana anda tinggal, Kyoto adalah sebuah bandar yang sesuai untuk berjalan kaki. Kebanyakan tempat menariknya terletak berdekatan dan anda tidak akan sedar yang anda dah berjalan hampir 10 km melawat tempat-tempat menarik ini.

IMG_4234.JPG

IMG_4233.JPG

 

Kyomizu-dera temple. Salah satu temple utama yang menjadi tumpuan pelancong. Dari atas bukit ni boleh nampak hampir keseluruhan bandar Kyoto. Bayaran dikenakan kalau nak masuk sampai dalam kawasan temple untuk dapatkan view macam bawah ni.

kyomizu-dera

 

IMG_4236.JPG

 

Kyoto City Hall. Smart gak city hall macam ni.

IMG_4235.JPG

 

Of course kalau tak larat jalan, naik basikal. Sewa basikal area Kyoto ni dalam lingkungan 500 yen – 1500 yen sehari, ikut jenis basikal. Macam basikal lipat yang saya gunakan ni, 500 yen je tapi janganlah nak expect basikal macam ni selesa dan laju ye. Basikal ni disewa daripada hostel kami, J-Hoppers Kyoto, tapi dapat free sebab dah tinggal lama di rangkaian J-Hoppers ni. Jimat 1000 yen.

1000 yen ni adalah kos makan di kedai runcit untuk dua orang. Dapatlah onigiri, jus/air dan makanan ringan. 1000 sekali makan untuk dua orang adalah bajet makan yang paling murah kalau jalan-jalan di Jepun.

IMG_4237.JPG

Istana samurai ni best pergi, especially untuk orang lelaki. Nak masuk kena bayar. 500 yen sorang kalau tak silap. Dan kalau ada bajet 500 yen lagi, ambil media player yang menceritakan kisah samurai dan istana ni secara detail lagi dalam bahasa Inggeris. Untuk saya, cukup sekadar nak melihat reka bentuk dalaman istana ni.

Istana ni berusia 400+ tahun. Untunglah negara tak pernah kena jajah. Banyak tinggalan bersejarah yang masih sempurna dan kekal sehingga ke hari ini.

Dalam istana tu mereka tunjuklah semua bahagian istana, termasuk bilik shogun. Cuma satu je saya tertanya-tanya, macam mana rupanya tandas istana masa zaman dulu ya? Musykil. Takde pulak mereka nak tunjuk.

IMG_4238.JPG

IMG_4239.JPG

Ataupun adakah tandas mereka ni terus disalurkan ke dalam takungan air di sekeliling istana ni sampai bertukar hijau airnya? hmmm… Misteri nusantara. Agak-agak berapa dalam la takungan air ni ya. Macam takde apa-apa yang hidup dalam air ni je..

IMG_4240.JPG

Ginkakuji (Silver Pavillion) adalah sebuah zen temple di kaki gunung Higashiyama. Temple ni dulu adalah rumah persaraan shogun yang sangat obses dengan seni. Kat sini bolehlah lihat ‘istana pasir’ yang dikekalkan bentuknya dari penghujung tahun 1400 lagi.

Saya tak faham benda-benda zen ni. Jangan tanya saya. Apa-apa pun, tempat ni memang best. Tenang dan nyaman. Tamannya memang dijaga rapi, sesuai untuk mereka yang minat buat lanskap.

IMG_4241.JPG

 

IMG_4245.JPGIMG_4242.JPG

IMG_4243.JPG

 

Main-main pasir macam ni pun orang boleh datang beribu-batu nak tengok. hmm…

 

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

11 Comments