Kuasa Gandaan Dalam Penyimpanan Wang

Aku sebenarnya agak kesal dengan simpanan wang dan perbelanjaan aku beberapa tahun dulu. Banyak pembelian yang sia-sia dan banyak peluang yang dilepaskan begitu sahaja. Disebabkan kesilapan itu yang mendorong aku untuk menulis entri tentang pengurusan wang di blog ini supaya orang lain tidak melakukan kesilapan yang sama.

Satu kesilapan besar aku adalah tidak menyimpan dengan lebih banyak lagi. Dapat duit tajaan ni sebenarnya cukup-cukup makan je, tapi kalau tiap-tiap hari masak dan tak pergi melancong/melencong ke negara lain, nak modalkan untuk beli kondo 500 ribu pun cukup dah masa akhir pengajian.

Tapi 95% daripada penerima wang tajaan pembelajaran ni tidak pernah diajar tentang pengurusan wang yang betul. Sistem pendidikan dan keluarga kita pun tak pernah mengajar tentang pengurusan wang. Kalau yang duduk hostel, dapat elaun mingguan tu mungkin dapatlah belajar sikit-sikit, itupun bila duit habis sebelum hujung minggu atau hujung bulan, ‘talian hayat’ digunakan untuk duit belanja tambahan.

Sebenarnya penyimpanan wang dari awal adalah sangat menguntungkan. Kaedahnya sangat mudah:

  1. Simpan dalam amaun kecil (5-10%) daripada elaun/gaji bulanan dalam apa sahaja instrumen penyimpanan wang (ASB, unit trust atau mungkin gold/silver)
  2. JANGAN KELUARKAN ATAU GUNAKAN LANGSUNG
  3. Lepas 10 tahun, anda akan nampak konsep compaunding ni berkesan. Duit anda akan jadi berganda-ganda.

Inilah sebenarnya cara bank jadi kaya walaupun mereka bagi pinjaman beratus ribu sehingga berpuluh-puluh tahun untuk pinjaman rumah atau apa sahaja jenis pinjaman yang wujud. Interest demi interest yang digandakan bertahun-tahun menggandakan nilai pinjaman tersebut.

Kepada yang dah tahu, terima kasih kerana membaca. Anggaplah ini sebagai rujukan dan pembakar semangat. Kongsikan dengan rakan/keluarga anda yang tak reti nak saving.

Kepada yang belum, teknik compounding ni sepatutnya diketahui oleh semua. Ianya mengajar kita bahawa walau sedikit mana pun simpanan, tapi kalau dilakukan berterusan sepanjang hayat, memang akan berlipat ganda bak kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Juga sesuai untuk ibu bapa yang baru mendapat cahaya mata yang ingin memulakan tabungan untuk anak-anak mereka (ramai kawan aku yang dah kahwin, ada yang sampai dua orang anak dah pun). Umur mereka 20 tahun nanti dah ada duit yang banyak, semuanya berasal daripada permulaan yang kecil.

Dapatkan kalkulator dari sini: Irwan.biz

 

Comments

  1. atiqah says

    sy sgt setuju..pkara nie dh diamalkn oleh parent sy sejak kami kecil lg.Alhamdulillah..bila anak2 dh besar n melangkh masuk universiti kurang skit bebanan.sy hrap dpat amalkn utk diri sy pd masa akn dtg…

  2. says

    asb dgn unit trust ni tak kisah ke untuk sesiapa join walaupun pelajar?bank mana2 pun boleh?abang aku dealer unit trust, ingat untuk orang bekerja. Tu yang malas amik tau dulu

    • Ariff says

      asb kalau tak silap umur 12 tahun boleh start dah. Bayangkan kalau dari umur 12 tahun dah ada simpanan. Fuh…

      Unit trust pula untuk 18 tahun ke atas kalau tak silap.

  3. says

    Kalau nk tau, bangsa lain semue terkulat-kulat bile tgk org melayu ade peluang simpan kat ASB. Malangnya, orang melayu lagi suke belanje bende bukan-bukan….

    The only thing yg orang melayu mesti buat kalau nk buat investment mestilah penuhkan ASB tu. Dah penuh barulah pikir nk invest bende lain.

    Sebab?

    -Semue melayu ade peluang; subscription x limited, mcm bank rakyat (every year bank rakyat bg return more than 10%)

    -Almost xde langsung risk rugi + pulangan tinggi yg stable. Even gold yg org kecoh-kecoh pon dah start jatuh harga (search article lame about gold bubble by george soros)

    - Xpayah ade skill and buang mase nk analysis2. Gov cnfirm nk maintain pulangan ASB kalau x habislah time election.

    So, gunalah pulangan sepenuhnye. Bukan semue orang dpt peluang buat duit senang yg mmg diletakkan dlm mata….

    Kalau xnak jugak letak, jgnlah salahkan orang duit x cukup and gov x prihatin…sampai bile nk mengomel je ;)

  4. says

    aku prefer carum dalam Tabung Haji. at least dpt dividen dlm 5% setahun plus duit tu kita tau pelaburannya ke arah yg halal semata2. kalau bank konvensional ngan amanah saham ni, xberapa yakin sgt walaupon pulangan tinggi. contoh cam public mutual islamic. walaupon islamic but still rs ragu2 nk invest dlm tu
    Entri terbaru ekspresiruang >> Micro Kitchen: Solusi Untuk Ruang Dapur TerhadMy Profile

  5. says

    thumbs up!ramai orang suka ‘menabung’ dengan syarikat kad kredit yg amalkan compounding interest 18% setahun berbanding simpan dalam unit trust yang boleh bagi 7-10% dividen :D
    Entri terbaru izwannizam >> Big Boys ToysMy Profile

  6. says

    ya..sy sgt setuju…ini sudah baik, kalau mengikut konsep yg sy sedang pelajari, kita juga perlu ambil tahu nilai duit kita sekarang dan nilai duit kita masa akan datang.. sebab nilai duit hari ini tak sama dengan akan datang. Jadi perlu ambil tahu kadar inflasi untuk mengetahui, nilai masa hadapan jika dibandingkan dengan nilai masa kini, berbaloi atau tidak kita simpan..apapun, ini slh satu cra terbaik untuk menyimpan kerana tidak terlibat dengan apa-apa risiko. Menyimpan duit di bank dengan risk free sebab profit tu pasti dpt over fix interest rate…..
    Entri terbaru FS >> Wordless Wednesday #16 : Dont Bully Your Husband?My Profile

    • Ariff says

      Sebenarnya ASB tu pada pendapat saya lebih kurang macam cara gov beri balik duit kita untuk mengatasi inflasi. Silap besar kalau tak digunakan sepenuhnya.

    • says

      pada pendpt sy pula..inflasi dpt dikawal kalo kita menabung…jika kita berbelanja berlebihan..inflasi akan naik..

      tahniah juga kepada Tun M kerana mengawal dan menambat RM kepada USD dan Gabenor Bank Negara kerana berjaya menurunkan kadar rate USD kepada RM.. :)
      Entri terbaru Bumilangkawi >> Homestay di LangkawiMy Profile