Konvo Sekali Lagi

Baru sahaja selesai majis konvokesyen di Sheraton Imperial tadi. Ada ke orang attend majlis konvokesyen sampai dua kali untuk ijazah yang sama? Sebelum ni dah ada dibuat di Moscow.

Apa-apa pun, terima kasih kepada mereka yang bertungkus lumus menguruskan majlis ini. Terima kasih tak terhingga.

Convo.. Again.

Lupa pulak lecturer Russia yang sedang bertugas di sini juga dijemput. Terkejut nampak mereka tadi. Bahasa Russia habis dah dilupakan. Sebab mereka ni guru bahasa Russia, mereka memang cari student-student ni supaya berborak dengan mereka dalam bahasa Russia, especially saya – feveret student. heheh.. Menggagap lah jugak tadi.

Takpe. Menggagap pun tapi kalau depan orang yang tak faham, dah nampak cukup impressive. Ye tak? :p

Pada masa yang sama, Dato’ Pengarah MARA offer semua pelajar Master’s buat Phd. Tawaran menarik tu. Kalau minta buat Phd kat France rasa-rasanya diorang nak bagi tak? heheh… Nak jugak merasa jadi orang Perancis. Boleh buat story baru dalam blog ni, Kehidpuan di Celah Kota Paris. Not bad.. not bad.

Takpe. Keje dulu setahun dua ni. Peluang tu dah ada dan terbuka luas untuk diceburi anytime. Agak-agak rasa nak adventure lagi, mungkin saya boleh terokai peluang tersebut.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

21 Comments