Komen Saya Tentang Vanila Coklat

Jadi hari ini (6 Mac) saya pecah tradisi menonton satu episod drama Vanila Coklat ni.

- Apparently panggilan “ayang” adalah agak redundant dan unnatural, mungkin sebab pelakonnya hanya setakat berlakon ikut skrip atau konsep drama yang tidak memerlukan penghayatan watak. Skrin writer, guna “sayang” je senang.

- Macam biasa drama Melayu memang ada lagu background yang diplay sepanjang masa. Ini adalah untuk cover up lakonan kosong, bosan dan mentah.

- Topik dalam drama Melayu ni takkan berubah dan sangat limited. Semuanya evolve di antara topik relationship (kekasih, kekeluargaan), tambah sikit business, konspirasi, power grab korporat dan sebagainya.

- Again, background music dia memang annoying kalau tengok lama-lama drama Melayu ni. Baru 20 minit.

- Kat rumah siapa la penggambaran ni dibuat. Lawa gak rumah bungalow dua tingkat. Untunglah…

- Bila ada berita positif, towards the end of dialog, ada music goreng gitar untuk ambience yang ceria dan positif. Tukar scene, muzik latar pun tukar. Banyak scene, banyak lagu

- Takkan la berdiri belakang pokok dekat macam tu yang duduk kat bench boleh tak perasan. Tak logik!

- “Dendam I pada Amir akan terbalas” … muzik saspen pun diplay -____-’

Terus terang saya cakap, kalau tak tengok tv tu dan dengar je pelakon punya suara memang sepanjang masa dengar lagu je.

Memang tak boleh masuk kalau tengok drama Melayu ni. Dalam sehari, saya hanya menonton tv masa Buletin Utama je. Kalau bosan, download tv show dari US. House, How I Met Your Mother, White Collar dan macam-macam lagi adalah apa yang saya tonton.

Ok. Keluar jap. Nak cari air kelapa. Ada ke air kelapa malam-malam macam ni?


39 thoughts on “Komen Saya Tentang Vanila Coklat

  1. cerita pasal kawin paksa dah tu bercinta. banyak sangat dah cite macam ni. tak pon kawin kontrek pasal jatuh cinta. anyway, aku suka tengok cite bff dari cite vanilla coklat. XD

    persabahatan, cinta, mengeejar cita2, sebagainya. tapi aku tak tahulah cerita tu tema dia ape. cinta ke ape ke. pelik sikit. -.-
    Entri terbaru alibasyir >> Digi WWWOW Awards 2012 ? hah ?My Profile

  2. Terpanggil mengomen lak pagi-pagi Jumaat ni. Sebab aroma Vanilla Coklat. Memang tak nafi drama Melayu amat bertepatan dengan apa yang ditulis di atas. Namun tak tertolak itu jugalah yang suka ditonton oleh orang Malaysia ni. Dah jadi citarasa gamaknya. Boleh tengok, tapi jangan mudah terpengaruh. Dua anak saya punyalah suka cerita tu. Umur baru 10 dan 11 tahun. Enjoy bukan main tengok cerita tu. Siap diingatkan oleh kawan kat sekolah. Balik nanti jangan lupa tengok cerita tu. Sebab ada episod sebelum tu terlepas. Menonton dengan penuh emosi. Membenci pelakon watak jahat dan beri komen sana-sini. Saya nonton sekali dan terpaksa jelaskan bab-bab tertentu. Lain dari tu….sekali-sekali juga zaman muda-muda di kampus dengan abah anak-anak tu…