Klausa Penting Dalam Surat Tawaran Kerja

Reading Time: 2 minutes

surat-tawaran-kerja

Saya baru je sign offer letter company baru minggu lepas. Happy. Dalam happy-happy tu, beleklah jugak offer letter berapa puluh kali, baca dari depan sampai belakang. hehe… Lalu terjumpa perkara ni yang saya rasa sangat penting untuk dikongsikan dengan pembaca semua.

Klausa penting bukan jumlah gaji, bonus atau increment yang bakal kita dapat. Jauh sekali benefit untuk bekerja di syarikat itu. Klausa penting dalam surat tawaran kerja adalah termination of employment.

Dalam klausa ini diterangkan syarat-syarat yang perlu dipatuhi sebagai pekerja di syarikat yang menawarkan jawatan tersebut. Contoh biasa yang dimasukkan dalam klausa ini adalah pekerja akan dibuang kerja sekiranya melakukan jenayah (selain kesalahan trafik) dan disabitkan kesalahan, jatuh bankrap atau hilang kewarasan akal fikiran.

Namun syarat yang paling penting ialah ‘incapacity’ atau tidak mampu melakukan kerja atas apa-apa sebab termasuk kesihatan. Dalam syarat ini, pekerja hanya dibenarkan untuk menggunakan alasan sakit selama hingga satu tempoh tertentu dalam satu tempoh masa tertentu.

Contoh, tak boleh cuti daripada bekerja akibat sakit melebihi 9 minggu dalam mana-mana tempoh masa 14 bulan. Tak kisahlah jumlah tempoh masa cuti sikit tu samada berturut-turut atau tidak, secara automatik pekerja yang cuti lebih daripada 9 minggu dalam tempoh masa 14 bulan akan diberhentikan.

Jadi kenapa klausa ni penting?

Pertama, obviously individu tu akan hilang punca pendapatan.

Kedua, pekerja ni tadi akan hilang faedah perubatan daripada syarikat. Melihat kepada berapa banyak cuti sampai kena berhenti kerja, kita tahulah bahawa dalam kes ni memang pekerja ni dah sakit teruk dan sangat-sangat memerlukan bantuan kewangan.

Syarikat tempat anda bekerja bukanlah sebuah badan kebajikan dan manfaat perubatan yang diberikan hanyalah bersifat sementara. Bila anda dah sakit teruk sampai tak boleh kerja, anda akan diberhentikan. Lagipun, anda dah setuju dengan klausa ni masa tandatangan surat tawaran kerja dulu.

Masa tu yang ada hanyalah rakan baik dan keluarga, itu pun yang sanggup dan mampu membantu. Kalau nasib baik, dapatlah feature dalam program Bersamamu TV3 untuk minta derma.

Jangan lakukan ini pada diri anda dan insan tersayang anda. Dapatkan medical card sendiri walaupun company kasi manfaat perubatan tahap dewa. Bertindak sekarang sebelum sakit. Dah sakit, nak bayar RM1000 sebulan pun takde company insurans nak terima.


Posted

in

by

Comments

15 responses to “Klausa Penting Dalam Surat Tawaran Kerja”

  1. akubiomed Avatar

    Biasanya di penghujung surat tawaran majikan akan meletakkan klausa tambahan yang syarikat kuasa untuk menambah tugasan dan terma.

  2. IklanLahPercuma.com Avatar

    Saya setuju tuan blogger.

    Terjadi kepada kawan saya sendiri. Dia kerja dah bertahun dekat syarikat IT. Tetapi kerana kemalangan motosikal, dia tersadai dihospital 3 bulan kerasa kes teruk juga, tulang peha kaki patah tebu dan kena tanam besi. Nasib baik tulang belakang ok, kalau tak lumpuh.

    Cukup 3 bulan, HR Manager syarikat datang bawa surat berhenti kerja. Dahlah dalam keadaan sadis begitu dihospital dengan kerusi roda, menagis tak berlagu. Tu syarikat IT swasta bumiputera, bukan syarikat besar jadi tak mampu simpan pekerja lama-lama.

    Lepas kes tu dia ambil sendiri kad perubatan dengan syarikat insuran.

  3. brohantu Avatar

    kerja sendiri tak yah pikir pasal ni…

    1. Ariff Avatar

      Tapi still kena fikir pasal back up untuk kos perubatan. Ramai yang kerja sendiri takde awareness nak ambil medical card dan langsung takde sebab takde orang bagi.

  4. Syed Avatar

    Agen dengan group mana ni?

    1. Ariff Avatar

      MD2 Al Isra Klang

  5. wom.my Avatar

    Sambil blogwalking baca artikel ni.. Bagus perkongsian ini penting juga perlu tahu pengetahuan ini … terima kasih di atas perkongsian ini…

  6. Firdaus Azizi Avatar

    Serious tak pernah terfikir nak cari klause tu. Kalau sakit, memang kesian la kalau kena lak dibuang kerja…

    Tapi betul lah… Company tu bukan badan kebajikan :P

  7. Hero Borneo Avatar

    sebab itu masa sihat perlu cari duit banyak-banyak untuk tampung masa susah!

    1. Ariff Avatar

      Cari duit banyak tu betul cuma kalau nak lindung daripada kos ketika sakit hanya perlu menggunakan financial tools yang betul.

      Tak semestinya kena ada duit banyak.

  8. Hairul Azni Avatar

    Ok..take noted benda ni..

    Memang penting sebab akan menjadi masalah apabila kita dah tak mampu bekerja dan diberhentikan sedangkan masa tu kita amat memerlukan sumber kewangan..

  9. myvitrd Avatar

    sediakan payung sebelum hujan..

  10. cindyrina Avatar

    betul tu..medical card .personal accident ins dan life insurance adalah perkara basic yang kita perlu sign up untuk diri sendiri dan juga family.Jangan nak harap company semata mata. Clause termination dari syarikat tu bagus sebab pekerja tak boleh le cincai cuti sakit memanjang…

  11. ohcikgu Avatar

    betul. dah sakit..baru nak cari..memang sakit lah masa tu..

    1. Ariff Avatar

      Sakit bertambah sakit