Kitaran Sakit Demam Dalam Rumah

Sejak Naurah masuk sekolah ni, demam dan selsema tu dah jadi isu bulanan. Sebelum ni, mungkin dua atau tiga bulan sekali je. Memang pening kepala jugak nak handle expecially part nak bagi ubat. Susah.. Satu nikmat dunia kalau anak dua tahun ni senang makan ubat.

Kitarannya bermula macam ni. Daripada sihat, biasanya akan selsema dulu. Selsema ni lama, seminggu dua berlarutan. Kemudian datang batuk. Bila ada dua ni, selalunya dalam masa dua minggu kalau tak sihat lagi akan demam.

Confirmation demam ni selain daripada suhu badan panas adalah bila lepas balik sekolah dia akan tidur dari petang sampai ke pagi next day. Macam ni memang confirm akan demam.

Demam pulak ada beberapa stage. Daripada panas biasa dan masih aktif kepada panas melampau dan langsung tak aktif. So far, takde lagilah yang panas melampau dan tak aktif sebab kalau sampai ke tahap ni dan berlarutan sampai dua tiga hari, memang kena bawa pergi hospital.

Lepas tu recover. Sihat sekejap dalam seminggu dua sebelum mula lagi cycle seterusnya kalau tak bernasib baik.

Pada masa yang sama, saya dan wife pun kadang-kadang berjangkit. Biasanya saya akan kena dulu samada batuk atau selsema, sebab Naurah memang selalu melekat dengan saya. Kalau nasib tak baik, saya demam.

Wife paling resistant tapi kalau berjangkit kat dia, biasanya akan jadi teruk dan terus demam. Pernah juga kami tiga beranak ni demam dalam dua tiga hari. Nasib baik kerja sendiri, adalah kelonggaran sikit dari segi masa nak buat kerja, tapi kerja tetap kena buat jugaklah. Cuma slow je.

Tak tau sampai bila macam ni. That’s the downside kalau hantar anak pergi nursery ni. Tapi nak buat macam mana kan. Tak taulah macam mana cikgu kat sekolah handle.

Sekarang saya tengah batuk. Naurah pulak dah kurang batuk, cuma ada selsema sikit. Semalam panas tapi dah kurang dah. Tak taulah kisah saya pulak macam mana minggu ni. Harap tak melarat sampai ke demam. Nak masuk ramadhan dah ni.

Apa-apa pun salam Ramadhan al-mubarak dan selamat berpuasa.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

One Comment