5 Kesilapan Biasa Orang Tak Cukup Duit Dalam Pembelian Rumah

takde duit beli rumah

Nak beli rumah kena ada duit. Takde duit kena menabung. Kalau nak beli rumah lepas dapat pengesahan jawatan di tempat kerja, kena ada saving dari masa belajar lagi atau cari kerja part time untuk kumpul modal.

Dua kesilapan ni akan menyebabkan untung daripada pelaburan hartanah pada masa hadapan kurang daripada yang sepatutnya. Senang cerita, elakkan daripada buat kesilapan ni.

1. Menggunakan Diskaun 50% Duti Setem Untuk Rumah Pertama

Edit: Setelah disemak balik, saya tersilap dalam apa yang telah ditulis sebelum ini. Dalam clause ni mention ‘First Residential Property’. Di sini bermaksud individu yang belum mempunyai sebarang hartanah sahaja layak untuk dapat pengecualian ini.

first residential property

Tak boleh nak tipu dalam hal ini sebab kena bayar penuh dulu duti setem, kemudian baru minta rebet 50% daripada LHDN. Mereka akan semak dulu rekod anda sebelum permohonan diluluskan.

 

pengecualian duti setem

Pengecualian Duti Setem 50%

2. Menggunakan Pengecualian RPGT Untuk Rumah Murah

kadar cukai rpgt

Kadar RPGT

Kepada yang tak tau, keuntungan jualan hartanah yang dijual kurang lima tahun daripada tarikh pembelian akan dikenakan cukai daripada keuntungan jualan hartanah tersebut.

Walau bagaimanapun, setiap individu berpeluang untuk menggunakan pengecualian daripada membayar RPGT sekali dalam seumur hidup.

Pada saya, kalau nak gunakan pengecualian RPGT ni, biarlah berbaloi. Saya bagi contoh kalau saya jual flat low cost Sekyen 7 saya sekarang.

  • Harga beli: RM 90,000
  • Tarikh beli: Dec 2012
  • Harga jual: RM 160,000
  • Tarikh jual: Januari 2016 (dilupuskan dalam tahun keempat)
  • Keuntungan: RM 70,000
  • Keuntungan kena cukai: RM 70,000 – RM10,000 (pengecualian individu) = RM60,000
  • RPGT: 20% x RM60,000 = RM12,000

Kalau setakat nak jimatkan RM12,000, bayar jelah cukai tu. Pada saya, selagi masih ingin melabur dalam hartanah, pengecualian ini eloklah disimpan untuk jualan yang bagi untung banyak. Lagipun duit cukai ni nanti guna untuk pembangunan yang akan menaikkan nilai hartanah. No point nak berkira sangat kan.

RPGT ni memang akan diteruskan sampai bila-bila. Mmelihatkan keadaan sekarang ni, RPGT mungkin akan dinaikkan lagi. Tunggu bila pasaran hartanah panas balik, saya yakin kadar cukai ini akan dinaikkan.

Dan saya rasa polisi pengecualian ni takkan berubah. Tak adil kepada yang belum dapat gunakan pengecualian tapi orang lain dapat.

3. Guna Personal Loan Untuk Cukupkan Deposit Rumah

iklan-ah-long

Ada orang terpaksa ambil personal loan untuk cukupkan deposit rumah. Mereka mungkin nak sangat rumah tu atau dapat deal yang sangat bagus untuk rumah tersebut. Apa-apa sebab anda, terpulang. Jangan beli hartanah atas sebab-sebab yang salah sudah.

Mereka yang gunakan personal loan untuk deposit rumah ni secara kasar terpaksa keluarkan kos 15% paling minimum untuk loan tersebut. Jadi kalau pinjam RM30,000, dalam RM5,000 pasti hangus untuk pembayaran faedah dan kos lain seperti insuran.

Kalau rasa kos yang dikeluarkan berbaloi dengan pulangan yang bakal anda dapat (atau masalah yang anda dapat selesaikan), silakan.

4. Beli Rumah Sebab Low Downpayment / Dapat Pakej Menarik

Memang bagus kalau dapat beli rumah tanpa / tiada downpayment. Memang banyak pakej pembelian hartanah daripada primary market (under-construction) yang membolehkan seseorang membeli hartanah menggunakan downpayment rendah.

Ada yang bagi macam-macam pakej, daripada bagi aircon setiap bilik sehinggalah ke pakej fully furnished.

Walaupun begitu, janganlah jadikan benda ni sebagai alasan untuk membeli hartanah tersebut. Memang silap besar. Biasanya faktor-faktor negatif tentang hartanah tersebut telah pun dimasukkan sekali dalam pakej harga hartanah.

Contoh faktor negatif. Pegangan leasehold dalam kawasan majoriti freehold, harga premium berbanding hartanah lain di kawasan sama, lokasi jauh dari pusat bandar.

Bila anda beli hartanah, perlu jelas dengan sebab dan alasan bagi pembelian tersebut. Jangan beli sebab pakej yang datang dengan penjualan hartanah tersebut.

5. Nak Beli Rumah Pertama Yang Perfect!

rumah pertama

Nothing is perfect, termasuklah rumah pertama yang bakal anda beli untuk tinggal sendiri.

RAMAI orang yang tak berapa ada duit ada mentaliti macam ni. Nak beli rumah pertama untuk tinggal sendiri, tapi nak cari yang paling besar, paling cantik, paling wangi dan paling murah.

Sudahnya, daripada mampu beli rumah, dia tangguhkan pembelian setahun dua. Lepas setahun dua, harga hartanah di tempat yang mampu dibeli tadi dah naik sebab projek pembangunan baru diumumkan, kawasan tersebut telah matang, kawasan komersil di situ dah mula membangun atau macam-macam lagilah sebab harga hartanah naik.

Kalau anda kerja dan bekerja di kawasan bandar, ada modal untuk beli hartanah pertama yang ok dan boleh didiami, beli je. Jangan tunggu terlalu lama semata-mata nak kumpul duit beli hartanah yang terbaik.

Kena fikir macam ni. Pendapatan akan sentiasa meningkat. Lambat laun mesti mampu punya nak beli rumah idaman. Jadi rumah pertama tadi dah boleh dijual untuk modalkan pembelian rumah idaman.

Harap bermanfaat. Share supaya saya rajin lagi tulis pasal topik pelaburan.

21 Comments