Kerja Tuan Rumah

seksyen 7 shah alam

Saje nak share. Segan pulak orang yang ada lagi banyak rumah baca entri saya. hehe..

Dengar pasal property investment memang best. Tapi nak buat dia penat sikit ya. Alhamdulillah, hari ni dapat settlekan rumah seksyen 7 saya untuk penyewa baru nak masuk.

Balik kerja pergi ke pejabat lawyer untuk ambil copy consent letter rumah baru. Copy consent letter diperlukan untuk pengeluaran KWSP.

Lepas tu terus ke seksyen 7 Shah Alam. Rumah ni masa ditinggalkan hari tu ok, api air ada. Last week masa bawa prospek tenant tengok rumah, dah takde api pulak. Seingat saya bil semua tip top budak-budak sebelum ni dah habis settlekan.

Rupa-rupanya fius kat meter tu ada orang cabut. Adoi.

Call TNB. Diorang kata boleh datang, tapi lambat sikit. Oklah. Biar settle semua harini. At the same time, tunggu tukang repair rumah sebab nak repair sikit-sikit. Macam biasa, plug ada yang rosak, lampu. Minor stuff.

Tunggu tukang repair datang. Sejam baru sampai. Tunjuk benda yang nak direpair lebih kurang. Elok-elok dah selesai dengan dia, TNB pun sampai.

Katanya kalau apa-apa sebelum sampai meter tu bukan tanggungjawab TNB. Dan kalau berlaku apa-apa pun kalau tempat meter tu tak berkunci pun bukan tanggungjawab TNB. Jadi sebenarnya fius besar tu bukan tugas diorang untuk tukar. Owner kena beli sendiri kalau hilang.

Pandailah TNB ni. Untung berbillion-billion kot.

“Takpelah bang. Saya dah ada kat sini, saya tukar jelah. Lepas ni tak boleh lagi tau” Lega hati mendengarnya. Kalau tak silap RM50 jugak fius besar tu.

Eleh. Tak luak pun keuntungan TNB. Staf TNB masih dapat unlimited medical benefit sampai pencen. Ceh.

Masa penyewa sebelum ni masuk, saya tak involved langsung sebab agen beriya-iya nak carikan. Nasib baik bagus budaknya. Harap yang baru masuk ni pun bagus. Bukan student, tapi pasangan husband & wife.

Kali ni semua saya buat sendiri. Dari pengiklanan, tenancy agreement, bawa site viewing sehinggalah dapat deposit. Kalau tak experience sendiri bila lagi kan.

Nama kat bil semua tak sempat tukar lagi :p Still nama owner lama. Tapi takpe, owner lama ada banyak hutang lagi dengan saya sebab maintenance fee tertunggak tak bayar.

Haiyaa… bilalah ada masa nak settlekan semua ni.

Jadi itulah sedikit sebanyak kisahnya. Rumah ni simpan gitu-gitu je sebagai education plan untuk anak saya selain education plan dalam bentuk Takaful. Boleh la sikit-sikit kan.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

6 Comments