Budaya Kerja Negara Berpendapatan Tinggi

kerja-gaji-tinggi

Apa beza budaya kerja di negara berpendapatan tinggi dengan negara kita? FYI, Malaysia masih lagi negara berpendapatan rendah.

Situasi ni berlaku di ofis saya baru-baru ni.

Lunch hour tak keluar ofis. Puasa kan. So duduklah kat PC main internet. Bos orang Swiss pulak jenis yang jaga makan. So dia pun tak keluar makan, setakat makan sandwich dalam bilik sendiri je.

Sekali bos datang kat saya, tegur dan minta maaf dulu sebab dia nak tanya something pasal kerja. “I’m sorry, I know this is your break time, but can I ask you something regarding … ?” .. “Sure”.

Saya terkejut sebab:

1. Dia minta maaf daripada saya dan mintak izin daripada saya untuk bertanyakan hal kerja. Padahal dalam ofis ni.

2. Dia aware masa rehat 30 minit tu. Boleh nampak betapa dia nak jaga hak saya sebagai pekerja.

Now. Cerita pasal kat Malaysia, lebih spesifik, kerja dalam bidang arkitek sebab orang rumah saya dalam bidang ni.

Kerja dalam bidang arkitek ni memang boleh jadi kaya. Tapi saya nampak kerja ni memang menindas. Budak-budak arkitek yang baru kerja macam bangla, kena perah untuk buat kerja sampai tak balik rumah.

Saya rasa kerja gaji RM2k sebagai engineer dulu pun lebih luxury daripada jadi graduate arkitek gaji RM3,5k basic ni. Kenapa? Sebab masa jadi engineer dulu, balik lambat sikit je dah boleh accumulate sehari annual leave, on top of 18 hari annual leave yang diberi oleh syarikat. Masa tu cuti banyak sangat sampai saya boleh ambil cuti untuk attend event blogger for extra income.

Budak arkitek, kalau kerja terlebih banyak langsung tak dapat apa-apa. Mungkin anda tertanya-tanya, banyak ni macam mana? Biasanya mereka ni terlebih kerja sampai kena balik jam 12 malam setiap hari, ada yang sampai tido kat ofis untuk habiskan kerja.

Dan ya, extra hours ni tak dikira langsung sebab mereka ni ‘profesional’. Doktor yang profesional pun dibayar elaun syif malam. Pada saya, ini hanyalah alasan bullshit kebanyakan syarikat yang sewenang-wenangnya memerah pekerja untuk bekerja lebih masa tanpa dibayar.

High income job bukan setakat pada gaji sahaja tetapi pada kualiti hidup semasa bekerja. Kalau bayaran lebih sikit tapi habiskan lebih daripada 10 jam sehari kat pejabat, maka ini bukanlah high-paying job.

Kalau gaji mahal dan elaun banyak sebab kena duduk kat pelantar minyak sebulan tak balik pun, yes, high income job tapi terpaksa korbankan masa dengan family. It just makes this as another normal job. Yelah, gaji dan elaun banyak untuk bayar masa yang dikorbankan tadi. Value pada duit sahaja. Kalau anda rasa masa yang dikorbankan dengan family setimpal dengan duit yang dibayar, maka terpulanglah.

Pada saya, tak. Itu sebabnya saya rasa kelakar bila masuk interview company Schlumberger dulu dan tengok candidate semua macam nak bertuhankan company ni. Of course. Money can bring you happiness, I guess. Bila tengok akak yang handle interview tu yang dah kerja lama dengan company ni, I don’t see that she’s a happy person.

Elok lagi mat saleh yang kerja kat ofis saya. Semua cool je.

Pada saya, high paying job ni adalah bila gaji cukup untuk everything, stress level rendah dan boleh balik on-time setiap hari. Of course, tempat kerja mestilah convenient (dalam bandar, bukan entah di ceruk mana tempat jin bertendang) dengan ofis yang selesa.

Apa-apa pun, ini hanyalah pendapat peribadi saya sahaja. Do whatever you want, as long as you’re happy. Tak payah marah dengan entri saya sebab kalau anda marah, nampak sangat anda tak happy dengan kerja anda. hehe..

Tapi kalau Pak Najib nak cakap Malaysia ni high income nation, then I say no. Belum lagi. Work harder.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

26 Comments

  • Hafiz Rahim

    14 July, 2014 at 10:00 am

    Dats why, 5.30 aku keluar dari ofis.. Kerja, kerja jugak.. tapi kerja di ofis takkan habis sampai bila2, yang habis adalah masa dengan family yang amat terhad. Better spend it wisely sementara ada peluang.

  • asyifa'

    10 July, 2014 at 6:59 pm

    kje dlm finance field memang xde istilah nk blik on time.. ari2 pk strategi nk achieve budget.. tp pd sy..da abes kje blik jela..work smart bukan workhard..

  • Izwan

    7 July, 2014 at 12:34 am

    bekerja makan gaji atau berniaga, masing2 dengan pilihan sendiri.

    ikut keselesaan, mana yang sesuai dengan jiwa dan have fun dengan kerja. :)

  • akubiomed

    6 July, 2014 at 11:40 pm

    Kerja lebih masa macam tidak berbaloi bayarannya kerana ada majikan mengawal kerja lebih masa ini macam ada di bajet sahaja. Kalau ada majikan yang prihatin minta pekerja kerja lebih masa akan belikan makanan untuk pekerjanya sebagai tanda terima kasih.

  • Yuzz

    6 July, 2014 at 10:42 pm

    Hehehe, menarik artikel berkenaan kerja ni. Saya antara yang mementingkan keluarga, jadi bila cukup pukul 5.01 minit petang saya terus terpacak depan punch card, lepas tu terus berjalan pantas ke kereta, terus memandu dengan megahnya pulang ke rumah tanpa menoleh ke belakang lagi.

    Pada mulanya boss saya cukup marah sebab dia nak sekurang-kurangnya saya balik pukul 5.30 petang, kononnya itu perkara yang sebetulnya saya perlu lakukan. Tapi saya jawab saya mempunyai keluarga dan kehidupan lain, dan saya dah tunaikan tanggungjawab saya dari pukul 8.00 pagi sampai 5.00 petang, so it’s enough! Lagi pun saya tak melanggar apa-apa disiplin yang ditetapkan oleh jabatan dengan balik kerja ikut time seperti mana yang ditetapkan.

    Antara kata-kata favourite saya untuk rakan-rakan yang terlalu mementingkan kerja di pejabat sehingga pulang lewat, saya katakan kerja sampai bila-bila pun tak akan habis.. Enjoy kerja anda, pada masa yang sama ingat anda juga mempunyai kehidupan lain di luar sana yang tidak kurang pentingnya.. :)

    • Izwan

      6 July, 2014 at 11:06 pm

      hari tu saya shoot korporat kat sebuah HQ bank. akak corporate comm tu pn cakap, “boss sini kalau kita balik ontime tu macam tak betul. kalau lambat2 tu bagus”

      saya macam.. speecless..

  • mtbink.com

    6 July, 2014 at 4:06 am

    dahulu ada pepatah, orang yang berkira masa separation work-life ni sebenarnya tak suka kerja yang dia buat, kalau suka mesti dia tak kisah punya over hours.

    • Ariff

      6 July, 2014 at 10:15 am

      Haha. Kalau ikut pepatah macam itulah yang buat majikan suka kudakan pekerja.

      Nope. Saya tak setuju. Cuma kat kebanyakan MNC, yang pangkat manager memang macam ni, dia tak berkira pasal working hours.

      Mungkin sebab mereka ikut flexible working hours, boleh kerja dari rumah asalkan projek jalan.

      Tapi gaji mereka tahap boleh menyewa kat kawasan Bukit Bintang/Bangsar/Hartamas.

      Macam mana nak berkira kalau gaji yang dia dapat pun terlebih

  • eelleenana

    5 July, 2014 at 8:38 pm

    setuju sngat2
    tambah2 kalau bg perempuan yg bekerja and dh kawen
    nak spent masa dgn suami, anak2
    bg sy, sekarang ni, business is the best way for women..hehe

  • myrujukan

    5 July, 2014 at 1:29 pm

    bagi pendapat saya pula, sbnrnya kita x perlukan pun membazir masa kita di tempat kerja. Kenapa perlu berjam jam di tempat kerja? sehinggakan kita punya masa dengan life kita menjadi sangat minimum.

    Saya bekerja 12 jam sehari. Duduk didalam syarikat ada aircond semua. Pastu ada komputer dan internet. Masalahnya kerja kena 12jam. Sejujurnya secara peribadi kerja saya boleh sahaja setel 8 jam.

    Bila fikir balik, xder ker syarikat ni nak buat inisiatif kerja maksimum hanya 8 jam sahaja di malaysia ni, nanti ramai la rakyat Malaysia ada masa nak sosial dengan lebih baik sepert melakuka aktiviti sihat macam jogging setiap petang dan macam macam lagi

  • samzahri

    5 July, 2014 at 12:54 pm

    Tak setuju dgn part tempat kerja yg conveniet ialah bukan mcm kerja yg terceruk kat tempat jin bertendang sbb to think of it, somehow ada yg bekerja di pedalaman eg Sabah Sarawak mcm cikgu, doktor kerajaan etc yg mmg ditempatkan ke sana and they are actually happy with their job, but it is your opinion then :)

  • Ezlaila

    5 July, 2014 at 11:13 am

    Di Malaysia ni, bekerja lebih masa bermaksud kerja secara PERCUMA.
    So, untuk jangka masa panjang, boleh mengurangkan kualiti kehidupan seseorang.

  • zul

    5 July, 2014 at 7:24 am

    setuju tu ariff, kat Malaysia ni kalau kerja sampai lewat malam tu bos suka, memang pelik. Diorang memang tak kesah pasal masa staff.

  • life4hire

    5 July, 2014 at 6:16 am

    kije ngan SLB mmg demanding utmost dedication…leh kata married sungguh la dengan job…aku tak leh nak cakap bg geng2 department lain or oil field personnel, tapi IT pon leh tahan demanding…ada time relax..ada time mmg busy giler…sbb tuh almost annual dinner aku pegi, the big bosses akan mention psl sacrifice spouses/partners made for employee…hehe

  • Syahril Hafiz

    5 July, 2014 at 6:08 am

    Kekeke tahu tak pe, rata rata anak Cina semua kerja overseas. Overtime pun atas kehendak masing masing bukan dipaksa. Kerja lebih bayar lebih. Pak Jib cakap kat Buletin tu nak sejukkan hati je.. AR slow.. :3