Keris Untuk Pengantin

Dulu kalau lelaki Melayu keluar rumah tanpa diselitkan keris dipakaiannya, dia diibaratkan macam berbogel di khalayak ramai. Pengantin lelaki Melayu yang bersanding tanpa keris dianggap hilang pengiktirafan kelelakiannya dan dianggap masih belum layak pegang tanggungjawab atau masih belum matang. Dalam budaya dan identiti masyarakat Melayu, keris sememangnya memainkan peranan yang besar.

Tapi tu dululah. Sekarang orang kalau tak bawa handphone keluar rumah, memang hidup serba tak kena. Zaman dah berubah.

Haritu melawat Pusat Kraf. Ada pameran kraftangan dari seluruh Malaysia. Antara yang menarik perhatian saya adalah pembuat keris yang datang dari seluruh negara untuk memperlihatkan kerja tangan mereka.

20131006_160340 20131006_155556

Harga keris yang ditempah ni bermula dari RM400 sehingga RM2,000 bergantung kepada saiz, jenis besi dan rupa yang kita nak. Kalau nak tempah, saya prefer pembuat keris dari Melaka. Kalau tak silap, nak buat tempahan kena sebulan macam tu.

20131006_155356 Biasanya kalau nak tau pembuat kraf ni bagus ke tak, elok tahu dulu berapa keturunan dah dia buat kerja ni. Kalau yang bisnes family sejak dari beberapa keturunan, kita boleh expect hasil kerja mereka lebih authentic dan original. Gambar sekadar hiasan. 20131006_155847

Saje gatal tangan. Ni bukan keris dah.

20131006_155901(1)

Tak boleh dibuat keris pengantin. Buat tebas lalang belakang rumah boleh la.

Kalau nak tengok pertunjukan keris, biasanya memang ada setahun sekali kat negara kita ni. Pertunjukan ni memang besar-besaran dan dihadiri oleh beribu pengunjung.

Selalu dia buat kat PWTC. Tapi biasanya mereka tunjuk je la keris tu, paling power pun dia cium keris. Silat-silat takde sebab tak siapa pun pandai bersilat. Tak ingat apa nama pertunjukan tu. Mungkin ada pembaca yang tau. hehehe…

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

22 Comments