Kerana Buat Facial Itu Menyakitkan

Seumur hidup aku memang tak pernah la pergi memanjakan diri dengan benda-benda macam ni. Faktor kos untuk pergi buat rawatan macam ni memang menjadi penghalang besar. Pergi kali ni pun sebab aku ada menang voucher bernilai RM500 daripada Men’s Health. hoho~ Sebenarnya voucher tu adalah untuk slimming package, kasi bentuk six pack tu cepat sket. Tapi aku cakap dia slimming2 ni memang tak jadi masalah pun. Aku balik Moscow nanti habis hilang semuanya jadi diorang kasilah aku tukar guna voucher tu untuk facial.

Satu benda pasal voucher2 macam ni, biasanya diorang akan push supaya korang bayar untuk sesuatu. Nanti pandai-pandaila diorang gunakan marketing skill dan awek salesgirl dahi licin supaya beli something; produk atau pakej lain. Memang kalau datang semata-mata nak guna voucher tu tak dapat la. Mak aku dah cakap awal-awal, aku je tak percaya. eheh.. Aku nih kadang-kadang degil sket. Setelah dipujuk rayu oleh amoi salesgirl tu, maka aku pun amiklah satu treatment lain ngan satu produk. Harga semua belakang cerita, kecuali kalau ada orang nak sponsor untuk next session boleh la tanya aku harga dia.

Minggu depan buat treatment ni pulak

Aku buat appointment untuk dua treatment. Hari ni treatment yang aku beli tu, facial biasa je kot. Next week yang guna voucher. hoho.. Tak sabar nak tunggu yang guna voucher tu sebab treatment yang tu lagi mahal.

Treatment tadi.. biasa je kot. Awal-awal sampai amoi tu suruh tukar baju, pakai robe. erk. Tak tau lak aku kena tukar baju nih.. Rasa janggal pun ada. Lepas tukar baju lepak-lepak jap. Kalau tak puasa ada coffee maker sume, boleh la nak minum-minum dan bersantai kat situ. Handset dua-dua aku off. Karang ada orang call takkan nak suruh amoi tu jawabkan pulak. ish.. habis jatuh saham. Phone orang single tapi ada perempuan lain yang jawab. Sejak kebelakangan ni terasa macam ada girlfriend pulak sebab hampir tiap-tiap hari ada je awek call. ehem..

Mula-mula facial tu sedap je. ohh… Bila masuk part dia picit keluar segala bendalah kat kulit muka ni, mak aih. Memang rasa macam nak meraung kesakitan. Aku rasa kalau orang badan tough2 tu pun kena macam aku tadi memang keluar air mata la menahan sakit. Pedih siot. Taubat pak! Lepas ni memang nak jaga muka ni betul2.

Sementara aku menunggu buat facial tadi, sempat gak pergi saloon potong rambut. Tak boleh la rambut panjang-panjang ni. Rambut aku jenis keras dan kerinting, jadi kalau panjang memang tak smart langsung. Tak sangka pulak kat sini potong rambut RM10 siap dengan basuh sekali. Macam tu kalau kat Moscow kurang-kurang RM40.

Pergi facial dan potong rambut smart-smart camni macam ada big date je.. Mana ada weh! Apa-apa pun memang puas hati la.. Lain kali aku nak try pergi spa lak.. hehehe..

2010/2011 Premium Sponsor


55 thoughts on “Kerana Buat Facial Itu Menyakitkan

    • Mana ada gebu lepas satu treatment. Kurang-kurang nak satu lagi baru ok sket. Habis la.. confirm meraung lagi next time.