Kerana BMW

bmw

Saya tunggu BMW ni dari tahun lepas lagi.

Bukan. Bukan kereta, sebaliknya no. pendaftaran kenderaan siri BMW. Kereta belum mampu lagi. Boleh baca langkah untuk tender no. pendaftaran di JPJ yang saya tulis dua tahun lepas.

Keluar pergi kerja pukul 7 pagi kelmarin. Terus pecut pergi JPJ Shah Alam untuk hantar borang tender no plat ni. No. yang ditender BMW 688.

Saya suka 3 nombor macam ni sebab kurang popular, bila kurang popular, kurang saingan dan harga rendah.

Kalau orang cina fahamlah apa maksud no. 68 dan 88 ni. Bila beli no. orang Cina, nanti nak jual nombor ni pada taukeh Cina takde masalah. Mereka sanggup bayar.

Lagipun kalau jual kat pemilik BMW, takkan nak main ratus-ratus, mesti ribu-ribu punya. Kereta mahal takkan tak mampu beli no. plat mahal-mahal. Itulah angan-angan kalau dapatlah no. yang saya bida ni. Actually, memang ni sebab utama nak bida nombor ni pun. Sebab nak jual.

Sekadar cuba mencuba nasib. Kalau dapat memang rezeki saya. Kalau tak dapat, wang bidaan akan dipulangkan kembali. Untuk siri BMW ni, katanya sampai tak muat dah peti borang tender tu. Orang entah dari negeri mana datang hantar borang tender. Memang panas.

Tak sabar nak tunggu keputusannya.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

17 Comments