Kerana Bangun Awal Itu Perlu

Aku ni jenis yang bangun awal. Tidurlah lambat macam mana pun, pukul 3-4 sekali pun kalau aku nak bangun pukul 8 atau pukul 7 masih boleh lagi. Aku tak suka bangun lambat lebih-lebih lagi masa hari bekerja ni sebab nanti kelam kabut. Perkara paling dibenci kalau bangun lambat ni, aku terlepas nak bersarapan. Ahh… memang rosak mood kalau pergi kelas perut lapar dan kalau tak sempat makan sepanjang hari, memang bila balik rumah mood nak makan orang.

Kalau bangun lambat ni otak aku mesti serabut sepanjang hari. Banyak benda yang nak difikirkan serentak masa kelas pagi tu. Jadi tak boleh tumpukan perhatian. Entah apa lecturer cerita kat depan pun tak boleh masuk. Bila bangun awal aku boleh relax check email satu-satu, chatting dengan awek, kalau call tu dia call la, layan Facebook sikit. Jadi otak aku ni dapat la warm up sebelum pergi class. Sampai class takdelah bercelaru sangat.

Bangun awal, bangun awal gak tapi aku suka tidur. Tidur ni seronok la, lebih-lebih lagi bila sejuk giler kat Moscow ni. Kalau sejuk, budaya duduk dalam kepompong ni kembali la. Tapi sekarang ni exam dah dekat, kena kikis sikit tabiat berkepompongan tu. Kerja banyak aa.. Tapi satu la, aku tak pernah tidur siang. Tak tau kenapa. Tidur awal tu ya, tapi kalau tidur siang memang jauh sekali la kecuali kalau migrain aku datang. Time tu memang kena tidur, tak boleh buat apa dah.

Sekarang pukul 11 malam waktu Moscow, dah menguap.. Kerja satu apa tak buat malam ni. Tahniah Ariff Shah.. apa nak jadi la ko nih..

2010/2011 Premium Sponsor

Vote For Me

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

48 Comments