Kerana Bahasa

Beberapa hari yang lepas, aku ada update status di personal Facebook dan page blog.ariff berkaitan penggunaan frasa bahasa Inggeris “that means” dengan “that’s mean” Dapat banyak feedback dan like tanda ramai bersetuju dengan apa yang aku cuba sampaikan dan pernah berhadapan dengan situasi ini ataupun diri sendiri yang pernah tersilap dalam penggunaan frasa ini. Untuk pengetahuan semua, “that means” bermaksud “maksudnya” dan “that’s mean” pula adalah “itu kejam”.

Bukan untuk memperkecilkan kaum hawa, tapi berdasarkan pengalaman aku berdepan dengan situasi ni dengan kaum hawa sahaja. Kaum lelaki takde langsung sebab majoriti kaum lelaki ni degil dan egonya lebih besar kalau nak bertutur dalam bahasa Inggeris. Mereka takut kelihatan/kedengaran bodoh, jadi langsung tak berani nak mencuba.

Lagi satu biasanya kalau kawan nak cuba bertutur dalam bahasa Inggeris, mulalah kawan lagi satu sibuk membahan cakap kawan dia ni nak jadi mat saleh pulak. Lepas tu bila dah sibuk nak cari kerja dan tulis resume, barulah terhegeh-hegeh nak belajar balik bahasa Inggeris. Aku yakin benda ni berlaku di mana-mana sahaja dan sikap memperlekehkan dan merendah-rendahkan semangat orang lain untuk belajar benda baru ni adalah sangat buruk. Secara amnya, benda ni memang wujud dalam masyarakat kita. Kita lebih suka memperlekehkan orang daripada memberi semangat dan sokongan.

Berbalik pada kaum hawa.. ehem.. aku lelaki jadi aku suka cerita pasal perempuan. Cuba kalau muka dah cantik, pakai pun ikut trend siap pakai kot sebab kerja kat ofis. Tapi bila berbual sekali terkeluar la pulak “that’s mean” walaupun pada hakikatnya dia nak cakap “maksudnya”, serius aku cakap memang potong stim habis. Ada lelaki yang mengaitkan rupa paras yang cantik dan gaya wanita yang sophisticated dengan kebolehan untuk bertutur dengan baik dan penggunaan bahasa yang betul. Bukanlah kita nak grammar tu perfect, cuma kalau maksud dia dah jadi lain, itu memang parah. Aku bertutur dalam bahasa Russia ni pun memang salah je memanjang tatabahasa dia, tapi point utama dan perkara yang aku nak sampaikan tu masih betul dan berjaya disampaikan.

Tentang menulis entri dalam bahasa Inggeris, aku sangat menyokong usaha ni. Cuma kalau nak periksa grammar tu betul ke tak, cuba guna Google. Kadang-kadang kita keliru dalam pemilihan perkataan yang betul untuk sesuatu frasa, jadi guna Google untuk cari frasa yang betul. Contohnya:

I’m close to buying something -ATAU- I’m close into buying something

Dua-dua bunyi sama dan nampak macam betul, tapi salah satu je betul. Gunakan Google dan kita tahu frasa “I’m close to buying” adalah yang betul. Kalau budak sekolah nak tulis essay, memang cara ni paling berkesan untuk kurangkan kesalahan tatabahasa. Serius.

Tak perlulah sampai nak cakap bahasa baku tu semua, boleh je gunakan bahasa pasar cuma bila sampai waktu dan ketikanya, penggunaan bahasa yang tepat adalah sangat diperlukan. Kalau wartawan, editor atau penulis, memang tak boleh dimaafkanlah kesalahan tatabahasa ni semua sebab itu memang kerjaya mereka. Bahasa ni boleh membuatkan kita nampak gah, benar, cerdik dan sebagainya dan boleh juga menampakkan diri kita ni mudah, bodoh mahupun kolot. Pilih bagaimana anda mahu dilihat.

Language is the dress of thought. ~ Samuel Johnson

+ CitCat.com adalah sebuah laman yang menyediakan perkhidmatan penterjemahan web ke bahasa Malaysia.

Premium Sponsor

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

39 Comments

  • pneumedic

    19 February, 2011 at 12:43 am

    betul tu..part yang selalu melekeh-lekehkan bila ada yang nk berbahasa inggeris tu mmg aku setuju,,terutama di kawasan luar bandar..kadang2 bila kita berbahasa inggeris sikit je..dah keluar ayat ‘poyo nye’..’fuyoo speaking london tu’..sampai bila nak maju cmni..aku ingat lagi sorang kawan aku yang xpeduli semua tu..start form3 asik cakap inggeris je ngan kawan2,.skang ni,.dah jadi excecutif sime darby pun..umo baru 25..susah kalau masih ada sesetengah minda yang masih tidak berkembang..seiring dengan perkembangan arus permodenan..

  • Shahiran

    17 February, 2011 at 1:08 pm

    Selalu elak guna ‘mean’ bila speaking. Sebab tau tak selalu betul bila tergelincir. Tapi takpe general audience boleh faham, kecuali adalah TESL student tak pun mane2 orang yang berlagak, bila speaking jer terus cari kesalahan orang. Bila cakap BM salah takde lak ditergur. Leks la, orang rusia, perancis, arab, majoriti pun bukannya pandai English. Tapi lek jer mereka-mereka ni travel kerja, melancong semua. Janji takde rasa malu-malu sudah. N kalau ada orang tegur cakap trimas.

    • pneumedic

      19 February, 2011 at 12:45 am

      betul tu bro..kadang2 “omputih’ yang dari barat ni sendiri pun bukan leh berbahasa inggeris dgn baik pun..cnth player2 bolasepak yang terkenal..secara umum mmg la ‘omputih’..tapi kena pakai translator gak kalau nak cakap..tapi atleast dorang ada juga mencuba,..ni kita bila nak bercakapa sikit..dah orang kampung gelak..adoyaii

      • yas

        19 February, 2011 at 1:53 pm

        pneumedic: Yup..kalau nak belajar kene slalu praktik..tapi bro,kalau dah lu cakap omputeh ngan orang kampung, mmg kene gelak ler bro…

        takkan ngan pak aji,pak cik2,mak cik2, atuk nenek lu nak bantai speaking gak..
        Nak cakap pun biar le kene ngan tempat dan orangnya…

        lu guna ayat org kampung tu yg gua tak setuju….
        umum sangat bro.

        p/s: jepun/korea/itali/france/russia maju sbb ape??

  • fifiey

    16 February, 2011 at 10:22 pm

    lol;D most of the people, always using that’s mean instead of that means and it’s really mean to say that if we are just nice;) hahahahahaha…. make sure lepas ni jangan salah guna lagi:))

  • Izwan

    16 February, 2011 at 8:01 pm

    kadang2 memang keliru nak sebut that means @ that’s mean.. bajet bunyi sama, maksud lebih kurang..rupanya jauh berbeza.. ‘means that’ pn same ke ?

  • gelarezz

    16 February, 2011 at 1:37 pm

    thats mean n that means, t’ingat lak masa aku amek satu subjek U ni, blaja dgn lect dri fakulti lain. dan aku rase sebb lect tu asyik sebut thats mean, anak2 buah die sume ikut ckp mcm tu.hehehe

  • guru bahasa

    16 February, 2011 at 12:24 pm

    mungkin kerana bahasa Malaysia pon tunggang langgang akibat suka mengubahsuaikan bahasa sendiri sehingga digelar bahasa rojak,jadi bahasa sendiri pon belum sempurna,apatah lagi bahasa kedua Malaysia:).tapi kagum dengan keberanian kaum hawa yang tersilap cakap “that’s mean” tu kerana tidak malu untuk mencuba dan optimistik kerana yakin pada diri:).kesilapannya hanya lah pada ayat bukan pada dialog.orang masih memahami kata2 dia melainkan dia menulis karangan.

  • hanep

    16 February, 2011 at 1:43 am

    6 tahun lepas aku kena tegur benda yang sama. memang bebal english. Fail. Haha..

    Tp ramai org kita ckp je nmpk cam pandai, tp still grammer terkontang kanting. Wahaha.

  • yas

    16 February, 2011 at 1:01 am

    Gua terrrrammattt le lemahhnyer dlm penggunaan bahasa mat salleh ni….kalau gua n kawan dr korea bersembang…mmg kami ni cam ayam ngan itik jer laa….
    yg pentingnya point tu sampai,walaupun berbelit2…hahaha

  • lord zara

    15 February, 2011 at 10:41 am

    Dulu selalu salah antara Who cares and who’s care?
    Ha ha ha.

    Memalukan dan ya, aku setuju dengan pendapat yang menyatakan perempuan memang lagi berani guna bahasa lain dan tak takut diketawakan even tho sangatlah amatur. Lelaki biasanya yang ada keyakinan diri yang betul2 tinggi dan mahir buat camtu. No offense. :)

    Tapi yang penting, nak belajar dari eksilapan itu yang penting kan? Aku kalau belajar bahasa baru ni, biasanya akan terjumpa cursing words dulu sebab kalau kita ter-curse dalam bahasa lain dan orang tak tahu, it’s a bonus (kata cikgu aku dulu. LOL!)

  • Adzriel AB

    15 February, 2011 at 10:17 am

    he..he.. nasib baik betul sbb bahasa inggeris saya mmg tak ok. that saya refer kepada ‘nya’, kalau that’s – that is… macam ‘itu’. betul ke maksud akak ni ariff? memang banyakkkkk sgt kena belajar.

  • belalang

    15 February, 2011 at 7:56 am

    entry yg sangat menarik!

    walaupun belalang pernah bekerja berurusan dgn mat salleh dan minah salleh, tp saje2 nak bercakap omputih mmg x akan keluar sebab faktor takut silap dan tak berani mencuba…

    ngee…

  • Adi Luqman

    15 February, 2011 at 7:30 am

    This entry is spot on! Dah banayk kali encounter this problem. Ramai orang kita tak tahu dan tak nak amik tahu untuk tahu penggunaan bahasa yang betul. Most of them, hanya belajar cakap Inggeris dari pendengaran, bukan pembacaan. So dorang hanya tahu mengikut, tapi tak tahu betul ke salah.

    Satu lagi, ‘thanks god’ and ‘thank god’..tu pun ramai yang salah. uhuhu