Kepuasan Menyertai Contest di Blog

Kepuasan menulis blog ni kalau diukur dari segi duit yang kita dapat, memang tak pernah puas. Dengan itu, semakin lama kita menulis untuk blog semata-mata untuk duit, semakin kuranglah kualiti penulisan kita. Janganlah terlalu mengejar wang dan SEO sampai dicop blogger kejar trafik terutamanya apila ada kempen buffered earning atau CPM yang berjalan.

 

Apa yang best bila ada blog ni adalah contest yang boleh kita masuk. Ada yang buat contest untuk promosi produk/jenama mereka, ada yang buat contest atas sebab hidup untuk memberi. Rasanya join contest dalam blog lagi besar peluang nak menang berbanding kalau kita join contest dalam surat khabar dan sebagainya.

 

Awal tahun dulu, pernah rasa macam nak berhenti terus daripada menulis blog atas sebab kesibukan belajar. Masa tu pulak, ada beberapa masalah teknikal yang agak serius dan memeningkan (baru tukar hosting, macam-macam tak kena). Masa tu aku stress tahap nak pulangkan semula wang untuk tajaan blog ni sebab rasa macam dah tawar hati nak teruskan.

 

Akaun Paypal sentiasa dikosongkan. Bahaya..

Tapi sponsor aku cakap, simpan je duit tu untuk bantuan belajar. Sangat terharu. Jadi, slow-slow aku kembali semula ke dunia blog ni. Aku ni takdelah masalah kewangan sangat (kecuali hutang beratus ribu pinjaman MARA), tapi bantuan kewangan macam ni memberi sedikit kegembiraan setelah stress hidup kat sini. Selain tu, dapatlah jugak membantu apa yang patut kat rumah tu.

 

Terus terang aku cakap aku join contest yang aku boleh menang je. Ini tak tipu dan aku tak main tipu. Kalau aku rasa orang main tipu, aku suarakan dalam blog, tapi aku berhenti setakat tu jelah, takdelah nak sabotaj orang atau apa-apa. Pada aku join contest yang melibatkan undian ramai (retweet terbanyak, Like terbanyak) sangat leceh dan memenatkan. Contest macam tu setahun sekali masuk boleh la..

 

Bila menang contest, barulah kita rasa segala apa yang kita buat tu berbaloi. Itu sebab aku tak masuk contest yang aku tak boleh menang. haha.. Tapi korang janganlah ikut macam ni, kalau semua buat macam ni, tak ramai la join contest yang aku atau orang lain nak buat nanti. Masuk je contest tu, just for fun.

 

dapat pun sekeping iPad 2

iPad 2 dah dapat, duit $500 dah dapat. Disebabkan aku tak balik tahun ni, tak dapatlah join contest Selangor Idamanku. Hadiah dia lumayan, tempat pertama RM4000. Kalau aku kat Malaysia, jalan-jalan satu Selangor update blog jelah kerja aku. Cuma yelah, macam biasa aku suspek dah ada orang main tipu, baru submit penyertaan hari pertama dah ada 500 vote. Padahal laman tu pun baru buat. SQL injection kot.

 

Biarkan. Sekarang nak memikirkan cara untuk aku dapatkan iPad 2 aku secepat mungkin. Terima kasih kerana membaca bebelan pagi Sabtu ni. hehe..

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

28 Comments