Kepentingan Link Pertama Dalam SEO

Pernah terfikir tak apakah link pertama dalam blog kita? Link yang dimaksudkan bukanlah banner yang dilinkkan dengan homepage kita, tapi pautan dalam bentuk teks. Banner adalah imej dan search engine bukan manusia yang boleh nampak imej, jadi kelebihan yang boleh didapati daripada link pertama kita tadi dah hilang.

Link pertama dalam blog kita perlulah menggunakan anchor text daripada keyword yang kita nak optimize. Dengan itu, bila blog kita diindeks link pertama masuk ke dalam indeks tadilah akan mendapat keutamaan. Oleh itu adalah sangat penting untuk kita meletakkan link ke page yang paling banyak mendapat trafik dari search engine dengan anchor text yang sesuai supaya ranking dalam Search Engine Result Page (SERP) terpelihara.

Imej di bawah adalah rupa sebenar blog ni setelah dibuang segala jenis CSS dan inilah rupa sebenar page yang telah diindeks oleh search engine. Walaupun banner diload sekali, tapi search engine bukan manusia yang boleh nampak banner tu, jadi hanya teks yang diambil kira.

Keyword: harga ipad2 malaysia

Apa-apa pun benda ni semua tak memberikan keputusan serta merta. Ianya taklah semudah itu sebab banyak lagi signal yang diambil kira oleh search engine untuk memberikan ranking kepada link kita dalam SERP. Ikuti setiap tips SEO seperti ini dan mungkin suatu hari nanti usaha anda semua akan berhasil.

Pautan lain:

  • Google First Link SEO Test. Kat sini dibuktikan keberkesanan first link ni dengan keyword yang kita gunakan serta efek kalau nofollow digunakan dalam link tersebut. Untuk internal pages (page dalam domain yang sama), anchor text yang ada nofollow tidak akan diindeks.
  • Website Optimization: First Link Priority. Lebih lengkap, tapi apa yang anda semua baca tadi adalah ringkasan kepada entri ini.
  • Web Developer – add on Firefox & Chrome kalau nak tengok page yang telah dibuang CSS seperti dalam imej atas. Klik pada toolbar > CSS > Disable all styles.
  • Iklan Says.my Super Mom.

33 Comments