Kenapa Saya Berminat Dengan Toshiba Ultrabook Z830?

Entri ini adalah review saya untuk Toshiba Ultrabook Z830. Sebagai pengumpul gadget, rasanya Z830 ini juga merupakan gadget yang amat sesuai berada dalam koleksi saya. Walaupun saya menggunakan sistem pengoperasian bukan Windows untuk urusan harian saya, saya masih lagi menggunakan Windows untuk tujuan urusniaga di Bursa Malaysia. Kepada yang tak tau, urusaniaga saham online untuk Bursa Malaysia hanya boleh dilakukan dengan menggunakan Internet Explorer yang terdapat pada Windows.

Apa-apa pun, itu bukanlah sebab utama saya ingin memiliki Toshiba Ultrabook ini. Alasan saya yang pertama ialah, Toshiba Ultrabook ni memang seksi. Tengok je design dia dan anda dapat nilai sendiri rekabentuk ultrabook yang menawan ini.

Serius la nak cakap, sekarang banyak manufacturer lain mampu mengeluarkan ultrabook yang super sexy dan menawan. Toshiba adalah salah satu daripada pengeluar tersebut.

 
 

Alasan kedua: Z830 adalah ringan. Now, ringan tu macam mana? Adakah 1kg, 1.5kg atau 2kg? Apakah standard yang boleh digunakan untuk mengatakan ultrabook tersebut paling ringan?

Berat Toshiba Protege Z380 13″ adalah 1.08 kg. Nak tau macam mana rasa 1.08 kg tu? Pergi dapur sekarang dan cari satu paket gula 1 kg. Haa… macam tulah rasanya kalau pegang Toshiba Z830 ni. Ringan kan? Btw. Protege Z830 ni adalah ultrabook paling ringan di dunia sekarang!


 
 

Untuk melayakkan sesebuah menjadi sebuah ultrabook, ia bukan sahaja perlu nipis, malah perlu mempunyai Solid State Drive (SSD) bagi menggantikan pemacu keras versi lama. SSD ni laju. Kalau ultrabook tu dalam sleep mode, nak wake dia kejap je, tak sampai seminit. Dalam dunia sekarang, semua perlu cepat dan pantas supaya produktiviti dapat ditingkatkan. Kelajuan SSD adalah 90 kali lebih laju berbanding pemacu keras biasa.


 
 

Jom kita tengok trackpad dan keyboard dia pulak. Ada banyak ultrabook yang baru keluar tidak mempunyai backlit keyboard. Backlit keyboard nin penting untuk tengok porn buat kerja dalam gelap atau kawasan yang kurang pencahayaan. Jadi sesuailah kalau nak chatting ngan awek atas katil sebelum tidur kan..


 
 

Trackpad Toshiba Protege Z830 ni besar dan dilengkapi dengan fingerprint scanner kat bawah tu. Untuk keselamatan yang lebih terjamin, ultrabook ini juga dilengkapi dengan face recognition software, iaitu perisian sekiriti yang menggunakan wajah anda sebagai kunci. Canggih.. canggih..


 
 

Semua port standard untuk ultrabook ade, termasuklah dua USB port dan satu USB 3.0 port. Port USB 3.0 terletak di sebelah kanan seperti yang dapat dilihat pada imej sebelum ni (port warna biru).


 
 

Paling penting Toshiba Protege Z830 ni mempunyai bateri yang tahan lama! Berdasarkan pembacaan dan review pihak lain, bateri boleh tahan sehingga lebih daripada 8 jam!! (berdasarkan penggunaan tanpa internet). Oklah tu. Kalau ada internet, paling-paling pun dalam 5-6 boleh tahan lagi.


 
 

Toshiba Protege Z830 ni memang best dan rasanya antara ultrabook yang terbaik setakat ini. Berbaloi rasanya kalau dapat. Sebelum tu, retail price di Malaysia untuk Z830 ni adalah RM3999. A bit pricey kepada saya yang belum lagi start kerja ni, tapi kalau tengok spesifikasi dan feature dia, still worth every Ringgit. Itu pendapat saya la. Apa pula pendapat korang?

Apa-apa pun Projek Review Ultrabook Toshiba anjuran Denaihati.com ditaja bersama oleh Toshiba & Intel MalaysiaEizil.comAnarm.neteQurban.comAlansarproperties.comKedai Kak Siti dan Jerungperkasa.com

Rajin-rajinkan tekan butang Like/RT/+1 bawah ni boleh? Mana tau kalau boss Toshiba baca nanti dia kasi saya satu ke.. heheeh… Terima kasihhh

Sumber gambar: The SSD Review

 

Comments

  1. says

    laptop jenama toshiba x pernah try lg..yg ada cuma lenovo , samsung ngan compaq..
    tp baca review..rasa mcm best je kalau ada satu..part yg paling best sebab dia sgt ringan.so xde la terasa beban sgt di bahu kalau membawanya,,

    anyway..gud luck

    • Ariff says

      komen ko keluar la. aku rasa ni mesti ada problem ngan caching. ramai cakap dah submit komen, tapi tak nampak komen keluar.