Kenapa Saya Tak Minat Melabur Dalam IPO

Antara IPO terhangat tahun ni adalah Lotte Chemical Titan yang baru disenaraikan bulan lepas. Tak pasti kenapa hangat tak tentu pasal, saya dengar lebih ramai orang bercakap tentang IPO ni berbanding IPO lain (seperti AdvanceCon Holdings yang successful). Mungkin sebab company ni nama dia sama dengan konglomerat besar di Korea iaitu Lotte (tak tau berapa besar kaitannya dengan Lotte Group), atau sebab harganya antara yang paling tinggi diapungkan di pasaran tahun ni.

Pada awalnya, harga IPO ditetapkan pada RM8 tapi mungkin sebab tak berapa laku, diturunkan jadi RM6.50. Rata-rata perbincangan di wall fb pelabur runcit tentang LC Titan ni semuanya positif sebelum IPO. Memang trendy. Semua orang pakat nak beli. Tak dapat kat Miti, masuk melalui public balloting. Hebat2.

Saya memang dari dulu tak minat IPO ni sebab 90% of IPO ni semua macam main tikam. Paling hebat pun kalau orang main IPO ni saya dengar adalah sebab ahli keluarga/rakan terdekat mereka merupakan orang besar di syarikat IPO tersebut. Lain-lain semua beli sebab dengar orang lain beli, atau sebab kawan dia cakap best, atau sebab broker dia cakap boleh buat untung.

Kemudian ada satu lagi kumpulan yang bila tengok orang sana sini cerita pasal IPO, mereka akan join sekali. Terikut-ikut. Memang dalam pasaran saham ni, herd mentality sangat tinggi. Benda ni normal sebab konsep herd mentaliti ni jugak buat sesuatu saham boleh melonjak naik secara tiba-tiba kalau kena gayanya.

Tapi bila ditanya kepada pelabur runcit yang masuk IPO ni kenapa mereka beli IPO tersebut, most of the time memang tak boleh jawab kenapa. Takde alasan yang konkrit atau analitikal, prospektus pun belum tentu mereka baca. Memang kebanyakan main hentam masuk.

I can’t accept that. Nak melabur dalam pasaran saham ni kena tahu apa yang dibeli. Yang main hentam2 ni dah macam berjudi pulak. Sekadar ikut nasib.

Saya harap pelabur runcit seperti anda dan saya takde yang tersangkut dalam LC Titan. Saya harap yang dah nampak IPO ni tak boleh pergi haritu ambil peluang untuk keluar daripada syarikat ni sebab haritu LC Titan memang beri peluang untuk pelabur runcit yang rasa nak keluar untuk isi borang supaya mereka buy back saham  IPO anda pada harga yang dibeli. Jadi tak rugi.

Mungkin mereka sendiri dah tahu yang next quarter result mereka memang tak cantik dan akan menyebabkan harga saham jatuh, jadi mereka sediakan jalan keluar untuk pelabur runcit. Lain kali kalau nampak ada jalan keluar seperti buy back ni untuk IPO syarikat lain, kena lari jauh-jauh sebab dah semacam petanda IPO tu tak boleh buat duit. Kalau boleh buat duit, no point syarikat tu nak buat skim buy back tersebut.

Nak pergi mana??

Lagi satu petanda yang saya nampak pasal IPO ni ialah kalau mereka awal-awal cakap ada polisi dividen yang hebat, be careful. Dividend game ni sesuai untuk pelabur institusi especially untuk IPO sebab fund mereka besar, ada certain allocation untuk dividen sahaja. 99% pelabur runcit buat untung daripada capital appeciation / growth. Dividend game bukan untuk pelabur runcit.

Dalam pelaburan saham, saya lebih suka follow route di mana saya boleh belajar sendiri dan tak perlukan buy call daripada sesiapa. Memang slow macam ni sebab perlu pengalaman dan ajaran yang betul. Memahami fundamental analysis adalah kunci untuk melabur dalam saham syarikat yang betul pada masa yang betul. Technical analysis lebih banyak digunakan dalam trading dan kalau anda beli sebab fundamental sesebuah syarikat, technical analysis digunakan untuk mencari buying range yang betul.

Untuk fundamental analysis, saya ada group yang menyediakan analysis untuk selected companies. No bullshit buy / sell call. Belajar cari sendiri bila nak beli dan bila nak take profit. From there you’ll get better. Yang berminat nak join, baca sini.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

5 Comments