Kenapa Tak Boleh Buka TV3 Kat Astro?

Untitled

Kalau dulu ramai orang perasan rutin harian saya setiap hari adalah menonton Buletin Utama sambil tweet. Tapi sekarang dah jarang nampak. Kenapa ye?

Sebenarnya dah berapa bulan Astro kat rumah ni tak boleh buka TV3. Tak tau kenapa. Kalau setakat call service centre tu dah berapa kali buat, tapi technical team Astro langsung tak contact balik or datang untuk check decoder. Tapi saya tak rasa decoder yang rosak, channel lain ok je.

Tak taulah berapa puluh kali lagi dia nak suruh kita call. So annoying. Kalau bab pembayaran bil tu, kemain lagi, terlambat sehari terus potong. Nak reconnect kena charge RM20 tapi kualiti perkhidmatan tak boleh jamin. Macam mana ni Astro?

P/s: Siapa layan Fantasy Premier League, boleh join league ni 1371323-454246

Comments

    • Ariff says

      nak buat macam mana, mak saya nak tengok channel Al-Hijrah dengan Oasis. Kalau tak dah lama stop melanggan

  1. says

    Ahhh Astro memang macam tu lah. Bab nak potong tu laju jer, tp bila kita komplen, lebih slow dari kura-kura. Memang hampehhh…! Tak sedar yg kita ni customer dok bayar siaran, silap-silap gaji depa pun duit kita.

  2. naihusna says

    bil makin lama makin mahal..tapi servis macam tu jugak..sebab tu ramai sekarang ni orang tengok TV guna internet je..kalau buffering pun kita tau line internet tu macam mana..