Kenapa Susah Dapat Kerja?

Reading Time: 2 minutes

susah-cari-kerja

Dah setahun saya bekerja. Jadi nampaklah sedikit-sebanyak dunia pekerjaan ni macam mana. Perkongsian saya berdasarkan pengalaman dan pemerhatian.

Beberapa faktor yang merupakan penyebab masalah graduan susah dapat kerja sekarang:

1. Tak fasih berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris

Masa nak cari kerja kebanyakan graduan mula menyesal sebab tak ambil serius bahasa Inggeris ni masa sekolah dulu.Anda perlu tahu bahawa walaupun syarikat 100% bumiputera, mereka still cari candidate yang boleh berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Inggeris.

So brush up your English. Grammar salah takpe, asalkan boleh communicate dengan baik.

2. Tidak profesional

Saya pernah terbaca emel daripada seorang graduan yang nak cari kerja. Kandungan emel dia lebih kurang macam ni “sy baru grad, ada degree dlm bidang ni.”

Satu ayat je, then ada attachment resume dia. Resume local grad macam biasalah, kebanyakan guna template sama yang saya rasa datang daripada budak UTP.

Dengan bahasa yang entah apa-apa dan tatacara yang memang zero,tak hairan masih ramai yang menganggur di luar sana.

Belajar tulis email permohonan kerja dengan betul, belajar tentang cover letter dan belajar serba sedikit tentang tatacara dan profesionalisme di tempat kerja.

3. Terlalu memilih

Memilih is okay, terlalu memilih is not. Tak salah pilih kerja ikut citarasa kita, tapi kalau terlalu memilih sampai tak sanggup berkorban keselesaan diri untuk mendapatkan pekerjaan, sampai bila-bila kita takkan happy dengan tempat kerja kita.

Ingat satu je. Pekerjaan yang perfect adalah bisnes sendiri. Yang ni kalau tanya orang bisnes, mesti diorang setuju. Kalau kerja dengan orang, mesti ada benda yang tak kena, jadi kenalah suaikan diri atau cari tempat lain kalau boleh.

4. Tiada tawaran kerja

Terus terang, engineer dalam bidang aviation susah dapat kerja. Boleh bilang dengan jari company yang ada kekosongan. Kekosongan yang sentiasa ada adalah peringkat bawah seperti technician atau peringkat atas, Licensed Aircraft Engineer. Kalau nak dapat jawatan engineer macam saya, tunggu jelah giliran.

Jadi saya tak faham kenapa program hantar budak belajar dalam bidang aviation ni masih rancak. Saya tak faham kenapa banyak local universiti yang tawarkan course aviation/aerospace kalau mereka tahu tawaran kerja dalam bidang ni sangat terhad.

Nak tau pekerjaan apa (untuk lepasan ijazah) yang sentiasa ada kekosongan sampai kiamat?

  • Akauntan, banker dan yang sewaktu dengannya sebab sampai mati sistem matawang dan ekonomi akan wujud
  • Doktor, nurse dan yang sewaktu dengannya selagi wujud manusia

5. Majikan yang mengambil kesempatan

Semua majikan tahu sekarang berlaku lambakan graduan dan kerja kosong tak banyak. Jadi apa yang mereka buat adalah menawarkan gaji serendah mungkin untuk fresh graduate sekarang.

Memanglah nak jimatkan kos operasi, tapi kalau terlalu rendah, orang tak berminat nak terima tawaran tu. Tapi mereka tahu, dalam ramai yang tak berminat, ada yang sanggup.

Kadang-kadang bukan calon yang terlalu memilih tapi majikan yang terlalu kedekut. Hal ini pun perlu diambil perhatian oleh pihak yang berwajib.


Posted

in

by

Comments

24 responses to “Kenapa Susah Dapat Kerja?”

  1. mieyra Avatar

    bidang customer service pun sangat banyak sekarang and high pay. nak dengan tak nak aje kerja tu.

  2. Izwan Avatar

    resume memang main peranan untuk 1st impression nak dipanggil interview. member aku banyak kali mohon tak dapat2 last2 dia adjust sket resume dia mohon beberapa company tak sampai 2 minggu sangkut interview.

  3. farhan Avatar

    info yg berguna..saya pun belum dapat kerja

  4. Khairul Zamri Avatar

    Memang payah dapat kerja, tapi kalau ada peluang baik kita terima dahulu daripada tidak dapat apa-apa.

    Terfikir ingin tanya bro, ingin tulis blog dalam Bahasa Inggeris, tapi penguasaan bahasa inggeris tak begitu power, risau pembaca gelak dan tak faham. Ada tips tak untuk penulisan sebegini? hehe

  5. Risi Yusoff Avatar

    Diaorang perlu belajar macam mana nak attend interview. aku pun belajar interview daripada expert daripada india . masa ambik course singkat dekat KLMU

  6. eyriqazz Avatar

    Dulu saya sendiri pun terima kije ah long untuk timba pengalaman..ternyata pengalaman sebegitu yang menarik minat mendapat jawatan di tempat kerja sekarang….

  7. Fakarepain Avatar

    junior technician kena ada degree??siapa yang buat tawaran tu..hampas giler..gaji junior tech ni kecik je..x yah ngade2 nak degree bagai la..buat rosak masa depan orang je..kalau starting gaji basic 1300++ buat jadah apa nak ada degree..betol x??

  8. leha Avatar
    leha

    tp tak semua graduan memilih kerja..mcm sy, ade degree and master in engineering..tp buat mase skarang sy jd cekgu kt skolah tadika..sementara nk tunggu mane2 offer kerja yg lebih baik….yg penting usaha dan tawakkal..rezeki Allah yg tentukan..walau baik mcm mane pon kite perform mase interview, tp klu Allah kate kerja tu bkn utk kite ia ttp bkn milik kite….lipat gandakan usaha dan yakin dgn rezeki Allah…..peringatan utk sy dan rakan2 juga..:)

  9. Akuro San Avatar

    sekarang nih, iklan kerja kosong ‘Junior Technician’ pun mereka minta sekurang-kurangnya ada Degree… gara-gara adanya Degree dlm bidang Aviation. Jadi org yg cuma ada Diploma/Sijil yg tak sambung Degree, mcm mana? : P

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Mengarut sebenarnya degree as technician ni.

      1. Sebab kena ikut route sama untuk jadi LAE (experience, exam etc) – No shortcut
      2. Menaikkan kos untuk jadi technician (kena ambil degree instead of sijil/diploma)

      Uni yang buat course degree ni dapat untung from PTPTN, gov budget etc. Yang rugi, bakal technician sebab job opening sangat terhad. Ramai je
      yang ambil this so called degree tapi tak dapat kerja dalam bidang aviation.

      Education adalah salah satu industri paling banyak boleh buat duit (terbukti dengan wujudnya pelbagai private uni sekarang).

  10. Warren Kuan Avatar

    Tips-tips yang amat berguna!Fresh graduate memang kena belajar sebanyak mungkin untuk mencapai STANDARD yang kian meningkat di masyarakat kita nie.Terima Kasih =)

  11. Muhammad Syafiq Bin Afandi Avatar

    wah.. ikut tempalte utp tu.. bangga jap, hahah

  12. hazman aka species1980 Avatar

    Tak semua orang dapat pekerjaan ikut sijil atau kemahiran yang ada…. teruskan usaha mungkin rezeki kerja datang juga nanti

  13. Fyzal Avatar

    Competetive World. Dunia hari ini memang begitu. Jadi aku cadangkan kepada mereka yang nak sambung belajar, pilih course yang ada market pekerjaan nanti. Takpun ambil course yang membolehkan anda menjalankan perniagaan sendiri pada masa akan datang. Macam aku, dalam Legal Field, there is always demand for legal services sebab sebenarnya almost everyday ada legal disputes dan tambah dengan orang nak beli hartanah. Cuma isu dalam legal field, kalau running firm sendiri, kerja kena lebih, bak kata kawan aku kena lebih “cargas”. Kalau dalam bidang lain aku takpastilah mcm mana. Tp rezki tu Allah pegang. Kita ni kalau usaha mesti ada jalan Allah bagi.

  14. myvitrd dot com Avatar

    bagi aku..mana-mana kursus yang peluang kerja susah nak dapat bila dah habis belajar tak yah buat lagi atau kurangkan pengambilan.. lagi satu.. kalau boleh yg baru grad tu.. ambil je apa2 kerja dulu untuk dapat suasana ditempat kerja.. sambil2 tu tu boleh apply kerja yg sesuai dengan jiwa..kalau terlalu memilih sampai kiamat kerja yg dicari tu takda.. kecuali kerja sendirilah

  15. diarisakura Avatar

    Assalammualaikum wbt,

    Benarlah tu, graduan sekarang terlalu memilih kerja. Kalau belajar hebat2, tapi ilmu di dada tetap sma mcm sblm belajar..tak guna mereka nak demand kerja hebat2 dgn gaji tinggi2..skrg majikan tak pandang sangat dah qualification pendidikan tu..mereka lebih pada pengalaman je sekarang. Sepatutnya mereka harus belajar utk mula dari bawah jika dah terlalu lama menganggur.

    Sekian..

  16. iz Avatar
    iz

    byk i setuju…
    english communication/grammer graduan baru skang mmg mendukacitakan.. i slalu jadi panel utk interview keje… alahai, sedih sgt dgr… ada yg berani speaking wlupun hancur, dan ada yg langsung x bunyi apa2 when we asked in english & trus giveup ckp english x fasih… aduyai…padahal jawatan pegawai atas tu bukan cikai2 punya..

    then about resume pun sama… majoriti nya sgt dull & boring, cuma ada yg nmpk kelainan sbb berani kasi gmbo camwhore sndiri 5R (instead of passport size) siap uat ‘peace’ gaya k-pop… LOL :p (but tu x mnjamin dpt keje pun)

    and of course bidang kena tepat pilih & luas pasaran nya..
    like my self, akauntan yg senang dpt keje (interview mmg kena tnjuk power la) dan bila company expand, projek/duit masyuk so bil. akauntan pun makin tmbah… cari calon bru mmg ramai, sgt2 ramai tpi nk yg berkualiti tu… alahaaiiiii.. wlupun akauntan keje ngadap akaun/system but still personaliti tu penting..

    pnjg lak i komen.. sorry, just my 2 cents

  17. akubiomed Avatar

    Trend majikan lebih suka ambil pekerja secara kontrak berbanding jawatan tetap. Kalau tak bagus boleh pilih.

  18. titan Avatar

    bab memilih kerja tu..gua setuju. Orang kita memang memilih tapi tak sedar diri.

  19. Asyrof - Blogger Tanah Arab Avatar

    Saudara Ariffshah,

    Asyrof memerlukan kerja sangat ni. :)

    Melihat kepada situasi Mesir yang semakin hari semakin gelap potensi untuk cerah.

    Asyrof cuba untuk kerja full time dahulu.

    Jadi, rasanya ada ke kerja kosong dengan bidang Laws yang Asyrof ceburi untuk kerja dimana-mana syarikat ya?

    1. Azri Johan Avatar

      ini troll ke apa? hahaha

  20. Bahrain Avatar

    thanks bg info, boleh buat persediaan nie..

  21. Azah Avatar

    Doktor pun x lama lagi akan jadi jobless. Nursing program pun semakin lambakan… Senang cerita, semuanya makin mendekati possibility jobless. Nak buat macam mana, facilities tak bertambah.

    1. Zulhilmi Zainudin Avatar

      Endless Possibilities. Hehe. :p