Kenapa Saya Tak Suka Masuk Lelong

apartment - lelong

Beli rumah lelong adalah salah satu cabang dalam pelaburan hartanah. Sekarang ni boleh kata kalau nak cari rumah murah, rumah lelong jelah tempat yang paling senang nak cari.

5 sebab kenapa saya tak suka masuk lelongan:

  1. Didominasi oleh otai lelong seperti mamat ni! pffft. Untuk orang baru macam saya, memang susah kalau nak bersaing dengan orang berpengalaman macam dia.
  2. Tak tahu prosedur. Sama macam nak beli rumah dulu, kalau tak masuk seminar, memang takkan tahu prosedur yang sebenar.
  3. Tak boleh mark-up. Walaupun rumah yang menang lelong biasanya below market value, namun loan yang dapat adalah pada harga kita menang lelong. Tak boleh mark-up harga untuk dapat excess cash atau zero-down deal.
  4. Masa. Kebiasaannya lelongan awam ni dilakukan pada waktu pejabat dan untuk mereka yang mempunyai pekerjaan hakiki, memang kadang-kadang susah nak hadir waktu lelongan dijalankan.
  5. Risiko. Apa nak buat kalau ada masalah dengan pemilik lama? Tentang peraturan berkaitan rumah lelong? Tentang kerosakan yang melampau pada rumah?

Itulah orang cakap, pelaburan yang paling berharga adalah pelaburan ilmu/pelaburan untuk diri kita sendiri. Kalau knowledge zero, buat apa pun takkan berjaya. Nak cari rumah murah dalam lelongan memang boleh, nak dapat, belum tentu lagi.

eBook Sifu Rumah Lelong

eBook yang ditulis oleh Shafie Bustan ni adalah jawapan kepada 5 persoalan di atas dan pelbagai lagi persoalan tentang rumah lelong. Basically, eBook ni cerita dari A sampai Z.

Malas nak cerita banyak, pendek cerita main income mamat ni sekarang adalah melalui keuntungan rumah lelongnya. Dia dah berhenti kerja dari Telekom sejak tahun 2008 lagi (kalau tak silap). Personally, he’s the best guy untuk mengajar dan bercerita tentang rumah lelong.

Bercadang nak venture dalam cabang pelaburan ni tak lama lagi. For now, belajar dululah apa yang patut. Kepada yang macam saya, all the best!

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

13 Comments

  • Amirez

    26 September, 2013 at 12:38 pm

    terfikir jugak baik buruk pasal rumah lelong ni. terima kasih bagi jawapan ringkas. fahamlah sikit2.

    baru2 ni timba ilmu hartanah daripada saudara Faizul Ridzuan dan Saufi Karim. memang terbaik.

  • mselim3

    25 September, 2013 at 12:51 pm

    Assalammualaikum…bro ariffshah,

    mselim3 dah klik link tu.. e-book tu terbaik… bagus utk sesiapa yg minat beli rumah lelong dan kemudian jual balik… kalau betul2 study boleh buat duit nie…
    susuh nak beli rumah lelong nie.. kena ada banyak duit.. masa nak masuk lelong pun nak kena bayar deposit 10% harga rumah. Kalau dah dapat beli rumah lelong nak kena cari banker utk bayar harga rumah lelong tu. Tapi biasanya.. rumah lama nie kena penilaian juga.. kalau harga rumah lelong kita beli RM 100K . Penilaian, nilai harga rumah lelong RM 80K… beza nyer tu kita kena cari. ..
    Biasa rumah lelong lebih rumah daripada pasaran… lepas tu kalau nak untung rumah lelong kita jual balik dengan harga pasaran… untung tu. Kemudian untung jual rumah lelong kita boleh beli rumah lelong yang lain.. tapi biasanyer pembeli rumah lelong nie xder kerja lain .. bisnes dia beli dan jual rumah lelong… janji kena rajin. dan kena ada rakan2 bisnes .. rumah lelong… kira sealiran… senang nak cari market.. biasa lah .. biokrasi biasa lah dalam jual beli…

    mselim3

    pls: beli rumah lelong boleh buat duit.. try jgn x try.. bangsa lain dah lama buat .. kita pun boleh…janji kena berani ambil risiko.. perniagaan apa yg xder risiko kan..

  • ira

    25 September, 2013 at 11:29 am

    sya bru 2 kali pngalaman gi auction hartanah ni, semua nya sbb temankan kwn.. lum brani lgi join lelong…
    1st pegi ikut kwn di cimb, meriah giler… kecoh sgt org bid.. terkejut pun ada, hihi..
    2nd pegi sbb kwn ajak, dia mmg nak beli umah lelong utk sndiri duduk.. yg ni lgi terkejut sbb takde org lnsgung.. mknanya xde sapa brminat pun dgn umah tu so dgn mudahnya my fren beli umah tu murah sgt, under value..
    tpi like u said, risiko nya… umah tu mmg teruk.. dgn buruknya, anai2 nya n mcm2 lgi kena uat sblum dpt pindah dgn tenang & now umah tu dah cantik gile lps renovate… corner lot lak tu.. huhu, jeles lak ;)

  • Ahmad Hati

    25 September, 2013 at 8:28 am

    Lagi satu tempoh POS tu terlalu singkat. Bila saya intern dkt Law Firm ni mak cik ni bakal hilang 10% of her purchase price sbb tak dapat settle kan lagi RM99,000+. Saya cuba dapatkan extension lg sebulan dan dia masih gagal utk byr. Sudahnya 10% bakal burn mcm tu je.