Kenapa Saya Beli Hartanah Di Shah Alam

Kepada yang bajet tak berapa nak ada tapi masih mampu beli hartanah, saya galakkan anda cari hartanah sekitar Shah Alam.

Sebab pertama mestilah LRT yang bakal dimulakan pembinaan awal tahun hadapan. Orang tak nampak tiang LRT lagi bolehlah cakap mahal, bila dah pacak satu dua tiang, orang ramai tak fikir sangat dah. Dalam otak masing-masing dah fikir masa LRT dah siap nanti.

 

lrt shah alam

Azmi berkata, laluan di bahagian selatan pula akan melalui NKVE ke Glenmarie serta terus ke Stadium Shah Alam melalui persisiran Lebuhraya Persekutuan dan berakhir di Johan Setia di Klang.

Sebab kedua, Shah Alam masih under-developed. Cuba kira berapa banyak shopping mall mega dalam Shah Alam? Nak sebut satu pun susah. Bila under-developed, harga taklah semahal kawasan lain.

Sebab ketiga, lokasi Shah Alam ni masih strategik. Nak pegi KL tak jauh, nak pergi PJ / Damansara tak jauh.

Saya tak kata Shah Alam ni terbaik untuk investment, tapi saya boleh kata, lokasi kat sini berisiko rendah sebab harga tak mahal, jadi tak perlu keluar modal banyak. Untuk hartanah bawah RM300,000 ni, sekejap je harga naik sebab permintaannya tinggi.

Orang yang mampu beli hartanah bawah RM300,000 ni lagi ramai daripada orang yang mampu beli hartanah yang harganya lebih daripada RM300,000 sebab yelah.. gaji kat Malaysia ni bukannya besar sangat. Hartanah bawah RM300,000 ni masih lagi sweet deal dan mampu milik.

Bila market besar, harga susah nak jatuh. Sentiasa ada permintaan, tak dapat beli, mereka sewa.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

19 Comments