
Kenapa tidak?
Jadi keyphrase ni tersesat la masuk ke dalam blog aku. Aku pelik pulak macam mana pesoalan macam ni boleh timbul. Jadi, ni aku nak kasi pendapat aku kenapa aku nak dapat straight A dalam SPM:
- Aku percaya bahawa good education will bring good opportunities in life. So in order to get good opportunities, you have to obtain good education but good education can be obtained from anywhere. It's just that I choose to study hard, get good result for my SPM, get a scholarship and study overseas to obtain knowledge. Still, studying locally also means getting education. So it's all just choices we make. For me I want to study elsewhere and not locally. Itu pilihan saya.
- Bantuan pendidikan. Aku tahu kalau aku dapat result SPM yang tak melayakkan aku dapat biasiswa, mungkin susah untuk aku lanjutkan pelajaran ke mana-mana, hatta dalam negara sekali pun. Jadi, aku belajar gila-gila untuk dapat scholarship tu supaya aku tak perlu susahkan mak bapak aku cari duit untuk hantar aku belajar jauh-jauh. Untuk orang yang mampu, ya. Mereka tak perlu straight A untuk melanjutkan pelajaran ke mana-mana. It's all about the money.
- Membalas jasa. Sebagai anak yang belum ada duit gaji kerja, dapat straight A dalam SPM adalah salah satu cara untuk menunjukkan pada mak bapak kita yang usaha mereka membesarkan kita berbaloi la jugak. Still, banyak lagi cara lain dan bukan dapat straight A je.
- Sebab saya boleh! Berfikir boleh dan membuktikan kita boleh adalah dua perkara berbeza. Walaupun ada yang cakap nak dapat straight A ni perlu DUIT (Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakal) tapi tak semetinya macam tu. Manusia ni berbeza. Masing-masing ada tahap IQ mereka, ada yang boleh faham apa yang dipelajari dan ada yang susah nak faham. Jadi ya, BUKAN semua orang boleh dapat straight A SPM. Akan ada yang gagal untuk mendapatkannya walaupun dah berusaha sampai nak mati. Yang penting kita dah berusaha dan dah buat sehabis baik.
Hari ni result SPM 2009 keluar. 1001 cerita kejayaan akan kita dengar. Ya, orang yang tak dapat straight A mungkin akan dilupakan sebentar. Aku dulu tak dapat straight A gak, terus sekolah lupakan aku padahal satu B untuk EST je pun. Ya, aku masih bengang sampai sekarang. Itu baru satu B, orang lain yang tak dapat banyak A tu pula macam mana?
Kepada yang lain tu, yang dah betul-betul berusaha keras dan berazam nak dapat straight A tapi gagal, aku bagi tau korang this is not the end. Straight A SPM bukan satu sahaja jalan yang korang perlu ikut. Yang penting kat sini, kita berusaha untuk memperbaiki diri kita dan berusaha mencapai kejayaan dalam apa yang kita buat pada masa hadapan.






21 Responses to “Kenapa Ramai yang Nak Straight A Untuk SPM?” Leave a reply ›
tak dapat straight A. satu jep dapat A yg lain credit. tak memuaskan.. x(
dan... dan... grrrrr.. ~~~ sgt sedih jap hari ni. T____T
Cerita terbaru maisyara.. i'm MISSING | cuti-cuti malaysia ku belum habis. so, aku busy lagi ok? xD
agak tak adil sbnrny spm ni..sbb exam oriented sgt..bt neway, result spm adlah antara event yg aku tunggu every year..hoho..so that bleh compare result..*wajar ke compare2 pn?*
congratulations to those who scored tho..way to go ppl..life achievement doesn't depend solely on spm result..
betul juga.
mungkin ada yang dah ditakdirkan untuk jadi street smart punya orang..hehe
adehh...
Cerita terbaru aboi.. Kalau emosi tak stabil beginilah jadinya..
teringat zaman spm dulu.
result atas pagar ja. membe aku dah kat republik chezh
Cerita terbaru Wan Perlis.. Gengblogger - Aku Tak Puas Hati
musim result spm keluar nih, banyak blog buat tajuk pasal spm kat entry. blog ariff shah tak terkecuali. weh, adik ko spm kan? cam mana result dia? result adik aku tak straight A. tapi dia dapat A untuk semua subjek teras, BM, BI, Math, Sejarah.
Cerita terbaru nursarah.. lain orang, lain ragamnya.
Erk. adik aku spm tahun ni la.
hehe~ biaselah. Kena ikut mood semasa gak kalau nak tulis.
huuhuh...
walaupun tak dpt straight A...
yg penting saya dah usaha...
nnt kat U, saya akan buat yg terbaik...
doakan saya :)
huhu..
tahniah kepada sesiapa yang cemerlang SPm..