Kenapa Putus Cinta?

Kali ini aku ingin menyenaraikan beberapa sebab/isu di pihak lelaki yang menjadi punca utama putusnya sesebuah hubungan cinta itu. Ini adalah perkara biasa dalam setiap lelaki biasa yang ada pada masa kini.

  1. Lelaki tidak lagi merasakan kekasihnya cantik dan menarik. Aku guna perkataan ‘merasakan’ ni sebab benda ni macam tak berasas. Kadang-kadang si perempuan takde pun berubah apa-apa, tapi pada mata kekasihnya dia tiba-tiba kelihatan kurang menarik.
  2. Lelaki ingin berfoya-foya dan tidak mahu ketinggalan mengecapi keseronokan dunia. Dalam diri lelaki, memang ada sifat dan perasaan ingin mempunyai perempuan lain dan ingin melakukan pelbagai perkara yang biasanya memang mendatangkan masalah sekiranya pasangan mereka tahu akannya. Itu memang lumrah. Yang membezakan pasangan bagus dan tidak bagus adalah mereka yang mampu mengawal perasaan tersebut dan tidak mengendahkannya.
  3. Lelaki merasa bosan terhadap pasangannya. Ada satu tahap lelaki akan cepat merasa bosan bersama pasangannya. Kebosanan ini datang mungkin disebabkan mereka selalu berjumpa, selalu bergaduh, selalu itu dan ini. Rutin boleh menyebabkan kebosanan. Jadi kalau boleh jangan terlalu mengongkong lelaki itu dengan jadual tertentu atau rutin dan berikan sedikit kebebasan padanya.
  4. Lelaki takut akan komitmen. Akan sampai satu tahap bila lelaki akan merasa takut tentang masa depannya. Dalam otak mesti fikir mana nak kerja, gaji berapa banyak dapat nanti, nak kasi duit pada ibu bapa dan sebagainya. Pada tahap ni, perempuan eloklah sangat kurangkan bercakap tentang kahwin dan apa-apa yang berkaitan dengannya sebab ia akan merunsingkan lelaki anda. Beri dia masa untuk berdiri dan mengukuhkan status dia, barulah boleh berbincang tentang perkara yang lebih serius secara mendalam.
  5. Lelaki merasakan diri mereka terkongkong. Rasanya semua orang baik lelaki atau perempuan memang inginkan kebebasan dalam hubungan mereka, maksud kebebasan di sini ialah kalau bercakap/chat/bertegur sapa sekali dalam sehari pun cukup dah.

Pengorbanan

Dalam sesebuah hubungan percintaan, pengorbanan mesti ada. Lima perkara atas ni memang akan terkena pada mana-mana lelaki, kalau tak semua mungkin satu atau dua. Jadi untuk menjadi kekasih yang terhebat itu, pengorbanan mesti dilakukan supaya cinta itu berkekalan. Pengorbanan dalam hal ini adalah dengan tidak mementingkan diri sendiri dan tidak memikirkan kemahuan diri sendiri sahaja sebaliknya memikirkan juga tentang kemahuan dan keinginan pasangan kita. Lelaki akan lebih bersedia untuk berkorban apa sahaja demi cinta apabila mereka melihat ada sinar dan harapan untuk hidup bahagia bersama pasangan mereka kelak.

Bila lelaki tidak kisah apa yang mereka mahukan sekarang dan hanya mementingkan kebahagiaan yang mereka akan kecapi setelah berkahwin nanti, itu bermaksud lelaki itu komited dalam hubungan cinta tersebut. At the end, semuanya datang daripada minda dan pemikiran lelaki itu sendiri samada ingin keseronokan sementara atau kebahagiaan yang berpanjangan.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

37 Comments

  • Ayin Torres

    19 August, 2011 at 2:32 pm

    Zaman sekarang ni memang susah nak cari lelaki yang betul2 ikhlas kat kite…kadang2 dah dapat terbaik still nak cr yang lain..kesudahan nya menyesal barulah terhegeh-hegeh nak minta kembali..its funny kan..come on la cuba la bila da dapat tu jaga hubungan betul2 jgn cpt goyang =)

  • 750913

    4 May, 2011 at 2:10 pm

    haha. mmg perit kalau sayang kat org yg bukan untuk kite. terase shittt gile kot.
    but i think, dye ade girl lain lah. alasannn bukan main. padahalnye, nak sorok kot. haha. kalau tak, takan la senang sgt nak lupe right? padahal nye, dah lame gile kot couple. on no! malang nye nasib aku jatuh cinte ngan laki cam tu. choiiiiiiying. the girl pun,, jgn laaaa jage pakwe aku ! aduyaiii. bia aku jage sniri okayy. aku ade tgn, ade kaki ade feeling gak nak jage dye. walaupun, aku tak suke, tp, aku ttp harap DIE jodoh aku woii. haha. bongoknye terase diri ini. hihiiii. takpe takpe. ini ari aku, nanti ari ko lak, aku akan pastikan ko nyesal wat aku gini yea syggg. sbb ko, iloveyoudamnmuch tahu??? sampai skrg taley lupe! oh no! ALLAH knows the best. satu ari nanti, ko lak melutuitt dpn aku ye sygg.

  • fatin masturah

    27 March, 2011 at 5:08 am

    well, mmg betul ye, LELAKI cpt bosan…fahami lelaki..bile nk fhami lelaki, time tu die sibuk, dh kata jiwa x serasi..tulah maknanya…dan2 clash,tpi bile mksud nk mntak clash..dieorg ini, x bgitau pun knp dan ckp nk mntk clash..tgh2 gduh, time tula rse nk clash….alih2 sekjp lps tu, publish awek bru difb..-keseronokan dunia shja yg dicari..pngorbanan x prnah trnilai..akhirnya…jdi pngkhianat cinta.

  • Kenji

    23 March, 2011 at 4:01 pm

    aku ni pun skrg ngah pning2 nk clash ke x..tp lately dia buat sumthin yg aku gt benci. hati ni da xde praaan da kat dia. ikutkn ni da msuk 5 tawon a kitc couple.. anyway, ak rs dia pun da xde rs pe2 lg.. just masing2 xnk lukakn prasaan.. cis…

  • skudiver

    23 March, 2011 at 7:21 am

    aku bru je pts ngan bf aku cz mase tu kitaorang ade gaduh kecik je pon n besela dlm kapel surela ade gadoh ckit then aku da mntak maaf n try pujuk die..tp pada awalnye die ckp die da bosan ngan aku… npe??aku xpnh bosan pon ble berade ngan die n aku leh je trime die ape adenye…tapi nape die xblh wat sume tu…dulu die jga yang janji ngan aku jgn tgglkan die tapi die lak yang buat…tapi aku xpts asa, ak try pujuk die lagi then die ckp die xblh da nk troskan hubungan ni lagi..aku jadi confius..aku xphm nape die buat cmtu..then selang sebulan kitaorang clash die da kapel ngan orang lain..tapi pts jgk..lame ckit lak die kapel lagi ngan pompuan lain…mmg lelaki cmtu kot..dasar playboy..

  • titan

    23 March, 2011 at 4:32 am

    bagi aku, simple.

    lelaki kalau nak mintak putus, memang biasanya dia dah ada orang lain..tak kiralah dah memang ada ke, tengah berura-ura ke, dah masuk line ker dan sebagainya. Pendek kata orang ketiga..tapi ada gak kes, yang bila dia mintak putus, sebab dah tak tahan dengan perangai orang perempuan..nak kahwin cepat, tapi si lelaki kerja pun tak ada lagi. Nak keta, nak makan mahal-mahal walhal lelaki tu barulah student 20 tahun..aduhaii..

    yang pempuan, kalau mintak putus, biasanya memang disebabkan ada lelaki lain. Situasinya sama dengan orang laki..

    Pusing mana-mana pun, gitu gak..sama je lelaki dengan pempuan ni kalau bab putus-memutus ni..

  • cik allly

    22 March, 2011 at 7:22 pm

    dlm bnyk2 komen ni..senang je. Nak seribu daya, x nak seribu dalih.bila da rse muak mula la cri setiap inci salah utk cri sbb putuskan hbgan. trsekat ka, trkongkong, x brsedia, xde mase dpn.. alasan standard yg lazimnya sy dgr.. lali dh

  • namaakulynn

    22 March, 2011 at 4:56 pm

    thats y la kot kata org klau pmpuan nak cr psngan,cri yg tua 2/3 taun..selamat sikit…matang..
    jadinya,tak timbul la soal takut komitmen ke,rs tkongkong ke apa..sbb,they think for the future..bukan relationship sbulan dua..jadinya,lelaki2,sila matangkan pemikiran anda..;D

    P/S:laki cari perempuan tua skit pon ok what..hee~

  • cEro

    22 March, 2011 at 4:46 pm

    patut ade citer pasal pompuan gak…
    terlalu inginkan kesempurnaan..
    selalu label lelaki…
    dengki tgk kawan pakwe lg kacak…
    cepat bosan..dll

  • nurida ardy

    22 March, 2011 at 4:15 pm

    owh~ bukan lelaki jew yang takut ada komitmen, perempuan pun sama. paling ketara tak ada jodoh..:)
    *T_T kalu lelaki skg macam ini, alamatnya makin mencabor la den nak cari calon..sigh~

    • akubiomed

      22 March, 2011 at 4:34 pm

      Bukan lelaki setakat takut komitmen, perempuan takut komitment macam-macam alasan basi yang diberikan contoh mahu membalas jasa orang tua dan mencari duit dengan berkerjaya.

    • aisyah

      1 June, 2011 at 1:49 am

      2 yg ssh 2..trust mmg le dh trust kn..tp pe cite if llaki 2 nk jgk affair ngn pmpn lain?bla tnye sbb wt cm2,dia ckp dia sndiri pn xtau..bla mntk ptus,sakan lak ngis n mrayu2..xpelah,Allah tau yg terbaik tuk kita..wpun syg tp xsggup dh dikecewakan..

      • eena

        28 June, 2011 at 2:51 am

        kenapa lelaki mudah berpaling…Pelbagai janji yang dah di muntahkan… Bila dah senang, di lupakan cm tu je…Si perempuan pula yang menaggung kepayahan

  • diana

    22 March, 2011 at 11:06 am

    lelaki memanng akan cepat bosan.jadi orang pompuan kena selalu buat kelainan.yang peliknye bila buat kelainan dikatanye buang tebiat..
    tu la jadinye bila hati dah hilang sayang..;p

  • Fathiha Zainal

    22 March, 2011 at 10:40 am

    Sangat tak suka lelaki yang bila nak break up macam2 alasan dia bagi. Last2 dapat tahu rupanya ada girl lain. Kejap je dah tukar awek. Huhu.. Susah sangat eh nak mengaku ada orang lain?? Huhu.. *Emo pulak*

  • aiez

    22 March, 2011 at 8:45 am

    setuju sangat dengan point yg ada kat atas tu..lelaki kan lambat matang..hehe..
    tapi bila dah sedia untuk berikan komitmen untuk lebih serius,perempuan pulak yang tak sedia lagi..alasan masih terlalu awal..

  • Lord Zara

    22 March, 2011 at 7:29 am

    Kudos!
    Ni aku boleh tampalkan dengan muka seorang kawan aku nanti. :)

    Dan ya, kadangkala perempuan relax tak nak kahwin, tapi lelaki asyik ajak nak kahwin walaupun in the end, bila perempuan tu dah setuju nak kahwin, lelaki pula angkat kaki. Serupa haram itu perangai. =.=

    Aaa, tapi aku rasa certain of alasan di atas boleh apply pada perempuan juga. :)

  • ekspresiruang

    22 March, 2011 at 7:00 am

    kadang2 lelaki terlalu byk memberi alasan sehingga tak terberi oleh mereka pengorbanan. hubungan menuntut pengorbanan. keseronokan dunia hanya sementara tapi bila melihat perempuan yg plg kita sayang mendoakan kesejahteraan akhirat kita, itulah yg plg berharga sebenarnya

  • NailahAzman

    22 March, 2011 at 6:05 am

    Yes. Setuju dengan Ariff.
    Macam aku dah kahwin ni …
    Zaman bercinta dulu memang banyak berkorban.
    Dah kahwin ni lagilah.
    Kena ada give and take.
    InshaAllah akan kekal sampai bila-bila dengan izinNya.

  • apple

    22 March, 2011 at 5:54 am

    ermmm…susah sebenarnya nak kekalkan sesuatu perhbgn~~kdg2 pengorbanan yg dilakukan tuh mmg menyakitkan just utk dptkan sebuah kebahagiaan yg berkekalan…