Kenapa PPSMI Gagal?

Sekarang PPSMI dibubarkan. Sebenarnya masalah PPSMI ni senang je, selagi kita menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantaraan di sekolah, adalah lebih susah untuk pelajar terjun ke dalam dunia bahasa Inggeris untuk belajar Sains dan Matematik.

Sama juga hal di Moscow ni dan di negara lain di mana pelajar kita dihantar. Selagi pelajar Malaysia duduk sekampung satu kelas, memang susah nak belajar bahasa Russia atau bahasa yang digunakan di universiti sebab tak cukup pendedahan kepada bahasa tersebut. Dahlah tinggal pun sebilik..

Kalau ibu bapa pelajar jenis yang memang keep up dengan perkembangan pembelajaran anak-anak di sekolah, tak jadi masalah sebab di rumah pun mereka akan berlatih dan belajar. Bagaimana pula kalau ibu bapa yang tidak mempunyai kapasiti pengetahuan untuk meneruskan pembelajaran di rumah? Inilah sebenarnya yang berlaku di luar bandar yang menyebabkan kegagalan PPSMI.

Pada pandangan saya, pembelajaran peringkat rendah ni penting dan sangat perlu diteruskan di rumah. Saya sendiri adalah ‘produk’ pembelajaran yang berterusan sehingga ke rumah. Mak saya akan memastikan saya mempunyai masa belajar yang cukup di rumah ketika kecil dahulu. Bila masuk sekolah menengah, dah pandai sendiri untuk belajar demi memastikan keputusan peperiksaan yang diperolehi cukup memuaskan.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya…

Comments

  1. says

    entri menarik.saya setuju dgn entri ni.pembentukan dari awal amat penting.

    dalam isu PPSMI ini, pada hemat saya pula, pada awal dasar ini diperkenalkan bertujuan murni sebenarnya memandangkan kesemua kajian yg melibatkan sains dan matematik dibukukan dlm bahasa Inggeris.malangnya, dalam perlaksanaan tersebut, kementerian kepimpinan terdahulu sememangnya lupa kot dalam memantapkan pengajaran,pembelajaran & penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.

    okey.bagi saya,jika pelajar yg sememangnya sukar nak mahir dlm berbahasa Inggeris akibatnya semakin parah dlm penguasaan 2 subjek hardcore tu pula.

    dan mentaliti tipikal orang kita ni pula, bila bertutur dlm bahasa Inggeris digelakkannya.disindir.diherdik.dimalukan.tapi sebenarnya bahasa ini amat penting kot utk melangkah setapak kehadapan.susah kalau nak mendalami bahasa ini bila otak dah beku nanti.bila masuk universiti pula akan ternganga dalam kuliah.sebab kebanyakkan universiti tempatan kita dah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

    langkah pemansuhan polisi ni pada awal dahulu memang membazirkan sebab duit rakyat dah dibazirkan.jangan takut pada pecinta bahasa ibunda, bahasa kita dijaga rapi oleh Artikel 152 FC.

    dan dlm pada masa yg sama, kita pula kenalah mantapkan penggunaan bahasa ibunda.kerajaan.pak menteri kalau kat luar negara tu berucaplah dlm BM mcm pemimpin Jepun, Arab, China dll. barulah nampak sikit polisi utk memartabatkan BM.

    *sekadar pendapat sbb saya antara mangsa uji kaji polisi ni. :)
    Entri terbaru riffzam >> ISU : Memerdekakan SeksualitiMy Profile

  2. says

    Perbetulkan pengajaran bahasa Inggeris dulu. Saya sekolah dulu kelas English dibahagi ikut seksyen. Pandai–>Kurang Pandai. Yang kurang pandai akan terus ketinggalan sebab tak dapat belajar dengan orang pandai. Cikgu yang ngajar di kelas kurang pandai ni yang tak best/tak expert. So, jadi tak pandai kuasa dua. Tapi mujur last sekali dapat cikgu bagus. Baru ok. Saya rasa memang ada masalah dalam pengajaran bahasa Inggeris di sekolah. Takde pun kita belajar pasal phonetic English. Lepas kerja pergi training baru tau. Takde pun ngajar budak presentation dalam BI. Asyik2 menulis je dan menjawab exam.
    Entri terbaru jeff >> 5 jenis handphone dual simMy Profile

  3. says

    Bagi aku,PPSMI ini bagus bagi siapa yang rasa perlu berbahasa Inggeris,ada semangat nak maju kehadapan dan banyak lagi.

    Jujur aku kata,aku UPSR english C.Aku masuk form 1,satu hapak aku tak paham apa soalan tanya.So,memang hancur.Final exam aku f1,english aku D.See,D.Bukan lagi C.

    Masuk form 2,aku mula kenal soalan.Kalau soalan direct,bolehlah,Kalau soalan ayat-ayat macam matematik,aku kantoi.Aku rasa aku teruk gila.Benda boleh jawap,tapi aku salah interprate soalan.Last-last aku dapat Sains B,Math A and english D again.

    Masa tu aku rasa give up.Masuk Form 3,aku masuk tusyen english.Aku da niat dalam hati,aku nak B at least in english.PMR aku dapat semua A kecuali English.

    Bagi aku,bahasa inggeris tu bukan lahir2 kita tahu,paham.Jangan terkejut,adik aku punya grammar much better dari aku yang beza usia kami 8 tahun.

    Kami duduk kampung which my mum and dad tak speaking langsung kat rumah.Tapi macam mana adik aku boleh dapat A setiap kali exam english?USAHA diri sendiri.So benda ini tak ada kena mengena either kau dari kampung,hulu,bandar,semua sama sahaja.

    Kalau buat Bahasa Melayu di sekolah,kenapa tak nak ubah bahasa dekat universiti juga.Tak payah lah susah2 belajar in english kan.Buat letih je kan.Tukar terus lagi senang kan.

    Bagi aku,bila belajar sains and math in english,aku rasa aku gembira.1 sebab belajar ilmu baru.1 lagi belajar bahasa inggeris dengan cara yang gembira which by experiment,gambar dan sebagainya.

    Ini yang aku rasa.Kalau tukar kepada asal,tak rasa ke sia-sia usaha yang kerajaan lakukan semua ini.Kena cetak balik buku,kena itu ini,bla bla.

    *ini hanyalah pendapat peribadi.Nak bangkang?silakan.:)

    • Ariff says

      “Usaha diri sendiri” Aku memang fammiliar dengan tu sebab dulu masa nak SPM pun benda yang sama aku buat, tapi untuk add maths la.

      Bila kita belajar daripada kemahuan dan minat diri sendiri, most probably apa yang kita nak belajar tu akan mudah difahami. Kalau setakat buat ikut cukup syarat kerja rumah cikgu kasi, memang tak cukup.

      Long story short, it’s all about the effort and desire to change. Ada kedua-duanya, pasti berjaya.

  4. says

    Saya ini dari kecil hingga lah ke sekolah Menengah penguasaan Bahasa Inggeris sangat lemah dan ketika kolej saya ambil pengajian kejuruteraan pun bahasa penghantarnya didalam bahasa Inggeris. Termasuk buku rujukan didalam bahasa Inggeris ketika itu internet masih belum lagi meluas dan buku teks di perpustakaan menjadi rujukan.

    Bapa saya bersekolah aliran Inggeris dan hari-hari membeli surat khabar The Star cuma hujung minggu baru saya dapat membaca Mingguan Malaysia. Adakah lemah bahasa Inggeris menjadikan saya seorang gagal ketika di kolej dengan mengambil jurusan kejuruteraan. Tidak sama sekali.

    Saya tidak menyalahkan sistem PSMI yang telah cuba diterapkan tetapi sejak dari rumah pengunaan bahasa Inggeris dikalangan keluarga pun kurang kerana ada ahli keluarga yang lemah atau langsung tidak boleh menguasai bahasa Inggeris.

    Ketika bekerja saya terdedah dengan bekerja dengan bangsa asing jadi bahasa Inggeris adalah bahasa perantaraan. Dari situlah saya menguasai bahasa Inggeris pertuturan sedikit demi sedikit. Ketika mendapat latihan diluar negara tidak ada pilihan dengan bertutur bahasa Inggeris. Bagi saya ia sepatutnya bermula dari diri sendiri untuk ambil inisiatif belajar bahasa Inggeris kalau mengharapkan bentuk modul menjayakan bahasa Inggeris sehingga bila-bila akan gagal menguasai bahasa Inggeris. Kalau hendak kata Mat Salleh bagus berbahasa Inggeris ia adalah tidak betul percaya atau tidak saya pernah membetulkan karangan Mat Salleh. Mereka pun ibarat kita apabila bertutur bahasa Ibunda dikata berasa bagus.Padahal tatabahasa pun kucar kacir.
    Entri terbaru akubiomed >> Permainan Congkak tradisional tidak luput dek zamanMy Profile

    • Ariff says

      Banyak je mat salleh grammar fail. Serius. Sama jugaklah orang kita berbahasa Melayu. Bukan semua yang boleh perfect ikut tatabahasa yang betul.

  5. says

    bagi aku pendedahahan dari rumah dan peringkat rendah amat penting bagi memupuk minat dan kefahaman dalam sesuatu bahasa, bukan bererti meminggirkan bahasa ibunda

  6. Giti Musi says

    PPSMI ada prons dan cons…aku ngajar mate ni sian dekat budak kat sekolah…budak sekolah kena cari klu nak paham soalan penyelesaian masalah…difference tu kena tolak, sum tu kena tambah…padahal satu menda ayat diorang tak paham…so masalahnya kat sini BI tu sendiri…apa yang perlu dimantapkan adalah pembelajaran BI tu…yang bagusnya pulak budak2 tahu banyak term-term matematik dalam BI…so vocab diorang pun bertambahlah…Kesimpulan yang dapat aku buat…PPSMI meyebabkan pengetahuan Sains dan Matematik berkurang, dan dapat meningkatkan sedikit pengetahuan BI…

    • Kuda says

      Ramai kawan aku di UM dulu waktu Asasi Sains, SPM BI tak kredit. F9 pun ada. Kira gagallah. Tapi asas Fizik, Kimia, Maths kuat. Setakat BI teknikal tak susah mana. Jika asas kuat, pelajar kita ke JP, KR, FR setakat istillah sains tu mudah sangat. Konsep yang penting, kalau konsep tak tahu fasih BI macam Obama pun tak guna sebab tak faham/ reti nak selesaikan masalah Sc/ Maths.

    • Ariff says

      Kalau pengetahuan Sains & Maths berkurang sebab ni, maka jelaslah yang program ni tak mencapai matlamatnya

  7. Kuda says

    Gagal kerana melanggar sunatullah. Dalam sejarah dunia belum pernah ada satu tamadun dibina dalam bahasa asing dan pinjaman. Kita bercakap membina generasi dan rakyat bukannya sesetengah keluarga yang kebetulan mampu, berkeboehan dan sebagainya.

    Contoh, katakan. Seawal 7 tahun anda dipaksa belajar hukum Islam, rukun imam, sembahyang dalam bahasa Arab dari Ustaz dari Yaman. Keluarga Ustaz mungkin beruntung. Kita yang dari famili tak bercakap Arab? Dinafiakan. Bukan itu zalim?

    Lihat PPSMI. Berapa kerat dari keluarga Melayu fasih BI? Dahulu cuma BI masalahnya. Sekarang kita tambah sains/ maths pulak? 3 % untung dan kita nafikan hak 97% lagi.

    Satu lagi, belajar Sc/ Maths bukan setakat Istillah. FAHAM kata kuncinya. Sebab itu pelajar kita ke Kr, JP, GR, FR boleh ikut walaupun dulu belajar dalam BM.

  8. says

    Memang perlulah fikirkan kepentingan semua, jangan hanya segelintir pihak sahaja yang mendapat faedahnya. Sebelum laksanakan, kaji dulu dan ambil pandangan semua pihak terutama orang yang akan melaksanakannya. Kalau sesuatu tu dilaksanakan mengikut kehendak orang tertentu sahaja, maka tiap kali orang atasan bertukar, tiap kali itu tukar dasar. Kadang-kadang kasihan anak-anak.
    Entri terbaru Kak Long Mawar Merah >> Menangi Hadiah Penginapan Percuma dan Wang Tunai dalam Peraduan Tulis dan Menang di mawarmerah2008.comMy Profile

    • Ariff says

      Rasanya itulah yang berlaku kat Malaysia ni. Tukar je orang atas, adalah benda dia nak buat kepala sendiri. Bukan nak improvekan apa yang sedia ada

  9. says

    Secara jujurnya, aku tengah berkecamuk sebab perlu mengajar Sains Tingkatan 4 dalam BM. Sejak masuk matrikulasi, universiti, aku dah tak jumpa benda-benda saintifik dalam BM. Bukan berlagak konon bagus Bahasa Inggeris, cuma pada aku, bagi memudahkan pembelajaran & budak sekarang makin maju, kalau benda tu diajar dalam BI, akan mudahkan capaian maklumat.

    Contoh, tajuk dalam Sains Tingkatan 4 : Sex Determination. Kalau diterjemah, penentuan jantina. Agak-agaklah, berapa banyak sahaja bahan dalam BM tentang itu?

    =.=”
    Entri terbaru Lord Zara >> Anugerah Skrin 2011 : Lintas Langsung Dan KeputusanMy Profile

    • Ariff says

      ada eh Sex Determination? Dulu macam takde punn..

      Bila sistem pendidikan berubah, aku rasa guru yang lebih teruk akibat perubahan ni. Kalau merosot, guru yang dipersalahkan dulu, lepas tu barulah naik sampai peringkat kementerian. Betul tak?

      • says

        Memang cikgu yang kena dulu. Well, pada KPM atau JPN atau PPD (hatta sesetengah Pengetua), kalau keputusan merosot, cikgu akan kena. Cikgu akan di-blame dengan alasan, budak tak salah. Budak datang belajar sahaja. Cikgu yang bertanggungjawab nak asah budak2 tu.

        Ok, itu betul dari satu sudut. Tapi sudut yang lain, budak kita setiap tahun tak sama. Sebagai contoh, tahun ni aku dapat batch PMR untuk KH yang bagus. Banyak budak kelas pertama – which is bagus untuk score. Tapi budak untuk tahun depan, lebih separuh datang dari kelas belakang yang selalu ponteng sekolah. Tak ke seriau aku nak kejar semua budak2 tu untuk buat kerja kursus KH?

        sekarang ni ada skim Bai’ah atau New Deal, kalau sekolah dapat naikkan GPS (Gred Purata Sekolah) instead of peratusan macam dulu2, sekolah tu akan dapat insentif. Pengetua akan dapat, guru2 akan dapat, segala lapisandi sekolah termasuk murid akan dapat. Tu yang kalau kau dapat baca, banyak laporan cikgu/sekolah halang budak2 lemah ambil exam. Cikgu/sekolah desperate nak kejar tu semua.

        Dan ya, bila tukar dasar, kesian cikgu & kesian murid. Kalau sekarang budak Form 3 dah selesa belajar dalam BI untuk Math/Sains, masuk Form 4, Math dalam BM. Sains (kelas Sastera biasanya ambil ini – Sains Tulen tak dengar khabar lagi), kena belajar Sains dalam BM. Dan aku, sebagai salah seorang pengajar Sains Form 4, tengah tengok istilah2 dalam BM.

        Sungguh tak menahan =.=”
        Entri terbaru Lord Zara >> 5 Hari : Kenal – Luah – Cinta – Masalah – BerpisahMy Profile

  10. says

    both bahasa pun penting, kalau bahasa melayu mungkin penting sbb nak terapkan ‘bahasa jiwa bangsa’ di kalangan rakyat. kalau difikir sudut untuk pergi jauh, english sangat lah penting. even di Malaysia pun, zaman kita ni belajar bahasa melayu tp bila masuk university, terus english. emm, pembelajaran dr rumah kot penting. tak boleh harap sekolah je, serious. bila masuk university, ramai yang duk repeat paper english padahal benda tu simple je. sbb takde asas.

    kalau keluarga boleh buat jadual, seminggu sekali kena baca buku English ke, then tuliskan balik synopsis cerita tu. would be great juga kan. jangan tunggu masuk university baru nak belajar. kelu lidah.
    Entri terbaru namee roslan >> Lelaki dan ProfessionMy Profile

  11. says

    Sekolah rendah budak bukan nak belajar sangat. Yang bersungguhnye mak ayah. Kalau serius pun, mantapkan lagi sistem sekolah menengah. Tuisyen elektif bahasa Inggeris waktu petang untuk tingkatan 1-2 ke macam kelas agama KAFA ke.
    Entri terbaru Lagubestbest >> Someone Out of Town – YunaMy Profile

    • Ariff says

      Sikap budak nak belajar sangat ke tak itulah yang perlu dibentuk oleh ibu bapa. Dulu aku pun main banyak, tapi bila sampai time exam sendiri tau nak buka buku.

    • Ariff says

      Anak2 kat europe ada yang belajar 2-3 bahasa sekaligus. Aku tak taulah macam mana diorang manage.

  12. says

    aku pun tikus makmal jugak
    nak cakap berjaya ke tidak tu subjektif
    kalau kat bandar nampak berjaya
    tapi yang luar bandar tak sama
    hmm aku rasa better improve sistem lama je
    bukan asyik buat sistem baru/polisi baru je
    kan?
    Entri terbaru afqh >> Exploring Medan (3)My Profile

    • Ariff says

      Kita banyak sangat buat benda baru dan sistem baru semata-mata nak memenuhi aspirasi politik seseorang. Duit pun banyak terbazir akibat daripada kegagalan benda baru tersebut.

  13. says

    salam Bro..
    saya masa mula di lancarkan dahulu
    saya dah agak akhirnya akan membuang
    duit rakyat je program nih..

    kenapa kita tak berbangga dengan bahasa
    sendiri contoh di Indonesia, Jepun malah
    di China..matapelajaran kebangsaan di
    utamakan..

    Bahasa Inggeris ni saya zero mula
    bekerja dahulu..sekarang alhamdulillah
    pandai-pandailah belajar sendiri..cara
    saya baca akhbar Star..itu je
    Entri terbaru zulkbo >> Do A Barrel Roll From GoogleMy Profile

    • says

      Untuk pengetahuan saudara,pada zaman Meiji kerajaan Jepun telah mengambil beribu² tenaga luar untuk mengajar rakyatnya bahasa Inggeris kerana pada masa itu kebanyakan ilmu pengetahuan adalah dalam bahasa Inggeris ..

      Kemudian golongan yang telah mahir berbangsa Inggeris ini menterjemahkan buku² berbahasa Inggeris ke bahasa Jepun..Usaha ini mengambil masa berpuluh² tahun..Bukannya sehari dua..

      Adakah pada masa dahulu rakyat Jepun tidak menghargai bahasa mereka?

      Bayangkan jika suatu ketika dahulu Jepun berputus asa seperti ‘rakyat kita’..Mampukah Jepun berdiri di tempatnya sekarang ini?
      Entri terbaru Nadya >> Happy Birthday Fndrocka!My Profile

      • Kuda says

        Nasib baik pada zaman Meiji, kerajaan Jepun tak buat PPSMI kepada rakyatnya tetapi menterjemah buku dan kembangkan dalam bahasa Jepun. Dua perkara berbeza. Mengajar & menterjemah.

        Kalau buat PPSMI agaknya jadi macam Filipina, India, Pakistan yang cuma dapat eksport pekerja asing.