Bulu mata palsu, contact lens berwarna, implan payu dara.. Orang perempuan suka benda-benda ni. Kenapa? Kenapa nak pakai yang palsu? Kenapa tak nak terima warna mata yang hitam tapi nak pakai contact lens yang ada warna? Kenapa nak pakai bulu mata plastik yang memang buat mata korang semua nampak pelik? Kenapa suka plastik?
Secara peribadi, aku memang tak boleh terima kalau perempuan ni nak melawa sampai terpaksa menggunakan plastik-plastik ni. Serius. Aku lebih suka kalau perempuan tu mata warna hitam, maka hitamlah. Tak payah gatal-gatal nak pakai contact lens bercorak dan berwarna sebab nampak sangat keplastikannya. Tak serupa langsung dengan mat saleh yang punyai mata berwarna yang jernih dan bersih. Serius. Aku tiap-tiap hari menghadap mata mat saleh ni, aku tahu perbezaan yang sangat ketara ni.
Bulu mata palsu. Ni biasa sangat kita lihat time kahwin. Biasanya mak andam (mak nyah) yang pandai-pandai letak kat pengantin perempuan ikut taste dia. Si pengantin lelaki pulak terperangkap dan tak boleh lah cakap, “tak cantik macam ni.. ” Mana boleh der.. habis malam nanti tak dapat pegang bini. Terpaksalah terima cakap cantik walaupun ada sedikit kepelikan di situ. Perempuan, serius aku cakap tak payahlah pakai bulu mata plastik tu. Memang nampak tak kena sebab kita tau benda tu palsu. Kalau aku kahwin dan buat majlis, memang aku warning bini aku awal-awal jangan pakai bendalah tu. huh.
Implan payu dara? NO. Walaupun membuatkan dada nampak mantap dan tegang. Orang cakap macam pegang belon, jadi kalau aku nak pegang belon aku hanya perlu beli belon 20 sen kat kedai apek, tak perlu belon yang berharga ribuan ringgit.
Sebenarnya kan, bila nak mencantikkan dan menghias diri, eloklah kita stick to the naturals. Kalau setakat nak make up tu takde masalah lagi, warnakan rambut pun aku tak kisah sangat tapi bila sampai gunakan teknik pemalsuan ni, aku dah macam tak boleh terima. Ketahuilah bahawa ciptaan tuhan itu sememangnya cantik dan hanya bergantung kepada kita untuk menyedari dan mengakui kecantikannya.
78 Comments
seera
18 May, 2011 at 8:56 amsuka pendapat norjuma tentang definisi cantik..boleh search kat youtube
sha
22 March, 2011 at 4:55 pmhahaha..kdg2 bace entry nmpk mcm gelabah pn ye gak..contct lens is common kowt.tp xperlu komen cmtu.kalo boobjob tu setuju sgtlah..but bulu mate plsu n cntct lens tu common..xde nyusahkn org lain,its consider oklah kan..
azhari
19 March, 2011 at 10:12 amYup..totally aggree
shira
17 March, 2011 at 4:09 ami think contact lens kalau nak guna ok je..standard lorh…
hanisaleeya
16 March, 2011 at 4:34 amhuhuhu.. compact pun nis pakai setahun sekali kut.. hahaha.. yang penting kemas. tak payah nak bermekap-mekap. Allah dah bagi cantik original nak tiru orang buat apa, kan?
ariff
16 March, 2011 at 4:43 amyes. Kemas. That’s the word. Kadang-kadang touch up sikit pun nampak ok dah..
hamba Allah
15 March, 2011 at 7:38 amnak tergelak pun ada time bca entry ni. pmpuan2 yg plastik ni jadi camtu sbb tak yakin dgn diri sendiri kot. anyway, bulu mata palsu cantik ap?melentik lagi kot, haha
ieda
15 March, 2011 at 8:59 amplastik yg mahal harganye…nape suke plastik?? rsnye sbb pengaruh kut…xpun jeles tgk org lain lg cntik kut…nk kata sbb nk built up confidence, mcm kurg menyakinkn sbb diorg berani wat those scary things e.g. implan tu,mksdnye diorg mmg da cukup konfiden…yelah, bkn sume org sanggup undergo operation without solid reason…or maybe for self satisfaction…bangga sume org puji cantik…hoho…bulu mata palsu ngn coloured contact lens tu, kene tny Rozita Che Wan la…die mmg suke sgt tuh…pdhal kalau xpki pun die mmg da cntik…ish3…ape2 pun, tpulang pd taste & penerimaan masing2…setiap org ade pendapat tsendiri…for me, leceh la sume2 ni…biarlah xcntik pun, jnji selesa & happy…hehe
Shahiran
15 March, 2011 at 4:40 amTu maksudnya perempuan tu tak cantik. Soe knela skip tengok girl len lak.
iz-fiza
14 March, 2011 at 6:36 amtak brapa berkenan dgn benda2 plastik nieh.. even make-up pun xpkai ha3.. rsanya pnah pkai celak je kot tu pun msa umur 4 thun lpas tu xpnah pkai dah..dn bila pergi skolah tgok kengkwan pkai celak geli rsanya… tp klu lelaki yg pkai contact lens yg kaler2 cm na plak?
cikgufaezah
14 March, 2011 at 1:46 amemm. saya pun tak suka. original lagi best.
saya
14 March, 2011 at 9:27 amsy normal. x make up pon. hihi. tp sy tak suke post awk ni.
biar lah diorg nak pakai ape pon sbb sikit pon tak ggu org lain. yg tak suke tu awak, mane tau die n org sekeliling die suke ke? ayah or bf die pon tak kisah ke kan kan. and baik2 sikit la kalo nak ckp ckp yg mcm ni. takot yg awk tak suke ni nti jadi pilihan hati awak. so jage je lah bakal bini awak tu. kalau awk dpt yg mcm awk ckp ni, nk letak muke kat mane braderrr ? :p
fadhilah
15 March, 2011 at 3:24 amyang asli tak tambah segala benda yang plastik itu nampak lebih sederhana dan lawa secara semula jadi.
Arrif tu cuma cakap pasal benda yang actually memang pon nampak aneh.
kalau awak suka untuk kelihatan sedikit aneh dan cantik pada mata awak teruskan tiada siapa nak hairan.
Tapi mata asli mat salleh nampak lagi selesa dipandang dari contact lense sebab ia tak nampak besar giler dan wierd.
cat
14 March, 2011 at 9:10 amdye rambut pon da tak nampak asli :) mcm awak cakap, bila buat semua tue diri akan lebih confident & positif. Ada sesetengah akan rasa mcm tue. Dan saya setuju bila awak cakap “Apa-apa pun kalau apa yang kita buat tu, kita yakin dan buat kita bahagia, tak perlu dengar cakap orang.” cuma kalau da terlalu over tak nampak natural beauty nya memang saya faham lelaki pon x bole accept :)
DhiyaNadia
14 March, 2011 at 2:49 amkelakar lah entry nie ..
baca sambil tergelak2 .. hehe ..
for me, bila entry ni di buat, baru terfikir kenapa kebanyakkan perempuan suka benda-benda plastik nie ..
pelik jugak ..
and as for myself, kite hanya pakai make up je ..
no bulu mata palsu coz mine punya punya dah cukup panjang & melentik .. pakai maskara je pun dah cukup ..
rambut pun xcolor bagai ..
mata pun x pakai color2 ni as mata masih sihat sbb x perlu pakai contact lense or spec.
nyway, nasib ur gurl(fida aishah) mmg cantik natural .. hehe ..
send my regards 2 her ..
-PEACE-
;)
lina Jalil
13 March, 2011 at 7:28 pmkadang2 org pkai lens de sebab..like me..x bole pkai cermin mata..mula la kpale pening..sbb tu pkai lens..knape berwarna?..sbb lina slalu tertido..bila bgun mula la risau lens tersekat dlm mata ke apa..bgun2 tgok cermin..ohhh warna hijau..tak risau..kalau colorless mula nak pegang mata tu..risau tersekat..kih3.. :)
lg dua tu mmg x buat la..
cat
14 March, 2011 at 9:15 amkita serupa :)
ery farieha
14 March, 2011 at 10:13 amhaha samalah. kalau contact lens berwarna hilang, sng detect. tp kalo yg colorless, adoi makk .
tpinky
13 March, 2011 at 3:24 pmkalau part bulu mata palsu n lens kaler2 tu sbnrnya cantik bila pakai mengikut keperluan dan situasi.. Rozita Che Wan tu cantek jer pakai bulu mata palsu..lom penah tgk dia tak pakai..xtau mcm mana rupa dia:-)
ariff
13 March, 2011 at 6:15 pmjarang tengok gambar dia sebab tak minat sangat. Tak faham kenapa orang lain tergila-gilakan sangat Rozita tu..
Izyan Ismail
13 March, 2011 at 3:08 pmi think guys, you asked for it..so tak payahlah nak salahkan girls..okey be honest with me..anyone here willingly to approach a big,fat and ugly woman but this girl have inner beauty and super duper wanita solehah..anyone??mesti tak ada kan…got u Arif..
Lutania
13 March, 2011 at 3:25 pmSo true!
ariff
13 March, 2011 at 6:17 pmah. u got me..
cat
14 March, 2011 at 9:16 amsetuju hik hik hik
aiez
13 March, 2011 at 12:44 pmcantik luar,dalam kena cantik jugak..kalau dah kena dua-dua cantik barulah tak plastik..hoho..
siti zulaikha
13 March, 2011 at 11:14 amhipokrit…cantik plastik
nev
13 March, 2011 at 10:42 amthis is subjective.its no big deal for me.i think they just wanna look good and pretty with those lentik2 eyelashes and becorak2 c lens.i kinda like it though.really menawan for me.but i am really against boobjob.
ariff
13 March, 2011 at 6:19 pmIt is subjective. Different people has different taste. This entry is the matter of my taste and preference. Some might agree, some might not.
Then again, say no to boobjob.
Izaty khairina
13 March, 2011 at 7:27 amwowwww…straight to the point…i like.. =)
FasiHaH
13 March, 2011 at 6:29 ambagi aku, kalau nak pakai contact lens tu boleh lah diterima..tapi bulu mata palsu semata-mata nak letik semua itu,xperlu lah..ini sampaikan nak buat pembedahan untuk payudara semua bagai,memang sangat tak perlulah, kalau darurat lain cerita lah, kalau sebab nak cantik, haram ler…
ENCIK TIKUS
13 March, 2011 at 6:08 ambagi aku part bulu mata and contact lens tue tak salah tapi kalau sampai tahap implan buah dada itu yang melampau tue… tak gentle langsung..
eiyda
13 March, 2011 at 6:06 amsemua ori jek…
tang mekap jek la palsu heee
kin
13 March, 2011 at 5:12 amtakut nk kai contac lens.sanggup pkai spek je.haha. naturallah kan!
yangbaik
13 March, 2011 at 4:23 amingatkan plastik untuk isi barang tadik… maklumlah hari ni kan Sabtu, Hari tanpa Plastik.
okeh back to the point, semua tu pasal pengaruh yang kuat dari penjual kosmetik dan mereka adalah mangsa yang tak upaya menahan diri dari terpengaruh dan mengikut arus fesyen semasa…
ariff
13 March, 2011 at 6:23 pmhaha.. kat sini memang takde plastik free tau. Kalau pergi kedai samada bawa sendiri ataupun kena beli.
Fesyen? Kemungkinan besar. Kebanyakan daripada kita suka ikut apa orang lain buat.
Lord Zara
13 March, 2011 at 4:12 amSampai nak buat pembedahan plastik ataupun pakai benda2 yang plastik ni sangatlah eww. Kadangkala orang akan beri alasan untuk berikan keyakinan pada diri. Tapi kalau sampai takde bulu mata palsu, tak nak keluar rumah, how I wish perempuan macam tu go to whatever they want. >.<"
cantik kan subjektif, even tho aku tak cantik. hahaha. tapi takdenya aku nak pakai benda2 mengarut tu semua.
Ali ridha
13 March, 2011 at 4:00 amperempuan materialistik kan? hehe…
bulu mata diperbuat daripada plastik.hehe..
nur
13 March, 2011 at 1:10 amSangat tak suka tengok orang pakai benda2 alah nih.Nampak pelik giler.Being simple is just nice.Contact lens tuh maybe boleh diterima tapi kalo dah sampai nak buat operation segala tuh memang over la jugak kan.
alex adriana
13 March, 2011 at 12:32 amtak pernah pakai semua tu dan macam tak akan pakai je. anak mata yg ori ni pun orang selalu tanya pakai lens ke pakai lens ke. :p
abangensem
13 March, 2011 at 12:22 amKenapa perempuan suka plastik? Sebab diorang nak tarik perhatian abangensem untuk ngorat diorang..
ariff
13 March, 2011 at 6:25 pmdiorang juga suka plastik sekeping dalam beg duit tu..
Haz
12 March, 2011 at 11:35 pmnatural is always the best..
syahrilhafiz
12 March, 2011 at 10:26 pmhaa, kalau nyah palsu macam mana pulak ariff..hehe
ariff
13 March, 2011 at 6:26 pmnyah palsu? camane tu?
syamimi
12 March, 2011 at 10:07 pmnatural beauty is always the best… suka entry nih. rimas bila tgk org pakai bulu mata palsu. lps tu yg pkai contact lens wana wani tu duk kata kita yg tak pakai ni ketinggalan. tolonglah… tapi tak semua macam tu…
takky
12 March, 2011 at 8:06 pmsometimes tak perlu sangat benda2 palsu dalam hidup ini…
kdg2 bile tgk pompuan pakai lens ke @ bulu mata palsu yang paling jelas sekali…
kita pula yang rasa rimas…
sakit mata bila tengok…
dalam hati nie tanya “tak berat ke mata 2 dok pikul beban bulu mata palsu 2? Dah la kelas nie ngantuk, kalau aku yang pakai, rasanya memang dah selamat aku tutup mata masa tu juga”…
huuhuhuhuhuh
desantaihauz homestay
12 March, 2011 at 7:11 pmyang original lebih baik drpd yang klon..:-)
sha myheart
12 March, 2011 at 6:15 pmPlastik? Nak bina keyakinan kot, macam Ery cakap. Kdg2 bila cantik, keyakinan naik dan bertambah semangat nak berhadapan dengan dunia.
Jangan over dah la, nanti kufur nikmat pula.
ery farieha
12 March, 2011 at 6:45 pmyeah, sbb tu ery pun mention kadang2 :)
sha myheart
12 March, 2011 at 7:02 pmEh, tak kata kat Ery pun pasal kufur nikmat tu. Sekadar menginsafi diri jua..
bubbles182
12 March, 2011 at 6:01 pmmy original eyelashes look much better than Rozita’s fake eyelashes tauuu ;p
ariff
12 March, 2011 at 6:38 pmRozita pakai fake eh?
*tertipu*
sha myheart
12 March, 2011 at 7:01 pma ah, nampak sangat bulu mata dia palsu. Ariff tak pandai nak bezakan ek? Ni best kalau main teka-teka sama ada fake atau asli. Hehe~
ctsoleha
13 March, 2011 at 6:55 amoh,ariff tau tgok mata palsu je..bulu mata palsu lentik 360 darjah camtue dari jauh pun dah nampak..mmg plastik abes..
ariff
13 March, 2011 at 6:29 pmhaha. tak lah. Tak tau pun macam mana rupa Rozita tu. nak kena google balik. Tak minat pun kat dia.
nurelle
12 March, 2011 at 5:20 pmkalau jenis bulu mate atap plus kontot smpi gne maskara pon xjadik ape camne plak.?thee~
Izwan
12 March, 2011 at 5:01 pmkalau dah kahwin,cantik2 untuk suami besar manfaatnya.. hehe.. apapun,normal wanita suka yg cantik..itu fitrah..cuma ada batasnya yang perlu diketahui..
ariff
12 March, 2011 at 6:37 pmbetul. Memang wanita suka cantik tapi pakai benda2 palsu ni pun kadang2 buat nampak tak kena gak.
wanie
12 March, 2011 at 5:01 pmtp klu pakai gigi palsu???HAHAHA
ariff
12 March, 2011 at 6:36 pmgigi palsu? oh! tidak
Sizarifalina
12 March, 2011 at 4:39 pmXske pakai bulu mata palsu ! Sebab nanti specs comot! :p contact lense lagi la! Alergic skit!
Nadya
12 March, 2011 at 4:30 pmTak semua perempuan bertuah dilahirkan dengan natural beauty..
Ada yang dilahirkan biasa² je..
Setuju macam yang ery cakap,mereka nak ‘build up self confidence’ kot..
Plus SESETENGAH lelaki memandang perempuan pada rupanya sahaja..
Yang cantik semuanya baik,yang tak cantik semuanya buruk..
Ini realiti..
Sebab tu ada ungkapan ‘dari mata turun ke hati’
Susah la nak dengar ungkapan ‘dari hati naik ke mata’
ery farieha
12 March, 2011 at 6:44 pmtq sbb stuju. ihikss
ekspresiruang
12 March, 2011 at 4:16 pmbila tak bersyukur dgn apa yg ada, muka cun mcm header kat blog2 pon masih rasa diri tak cantik. jgn setakat nak cantik kt fizikal je, tolonglah cantikkan hati sekali. kena igt, perempuan yg baik hanya utk lelaki yg baik.
wanie
12 March, 2011 at 5:03 pmbg dorang klu x cantik,karang tak laku…entahla..
namaakulynn
12 March, 2011 at 4:16 pmyess!semua makhluk ciptaan tuhan itu punya kecantikkan tsendiri..baik laki ke pmpuan..depend pada individu tu je nak corak mcm mana..anyway,betul laaa..tak payah la nak pelastik pelastik ke hape..natural beauty lg menjadi rebutan..kan kan?haha~
Sabahan Bloggers Club
12 March, 2011 at 4:13 pmSemuanya sebab orang lain buat. Perempuan biasanya perlukan perhatian, bila orang lain buat, dia tak buat. Maka mula rasa tercabar….
ery farieha
12 March, 2011 at 6:42 pmada point jugak di sini :)
tarmizishukri
12 March, 2011 at 4:09 pmaku suka yg natural.. baru nampak ayu..
haru
12 March, 2011 at 4:15 pmyup..aku pn suke natural..aku lbih suke pompuan yg xmakeup wlaupun kdg2 make up tu wat wanita cntik..tp natural lebih cantik :)
Fakrul Roslan
12 March, 2011 at 4:07 pmplastik tu palsu…tak sedap…haha
marhaenkacak
12 March, 2011 at 4:06 pmtak boleh blah pasal belon…haha
sixth sick
12 March, 2011 at 4:02 pmu r beautiful in ur way cOz gOd makes nO mistakes
:D
APi
12 March, 2011 at 4:01 pmorang putih kata natural is better..^^
ery farieha
12 March, 2011 at 4:00 pm#terkena
ahahahaa. entahlah, kekadang aku sendri akan cakap kat diri aku, “cantik kalau palsu pun buat pe”. cthnya aku pakai contact lens + bulu mata (bila ada event), kdg2 just terasa mcm nak build up self confidence kot.
aku sendri x dpt jwb kenapa. hehh.
ariff
12 March, 2011 at 4:12 pmpasal self confidence tu memang tak terfikir pulak. tapi ada logiknya.. Macam aku, suka pakai smart2 pergi kelas (kadang-kadang jelah) pun rasa confident dan lebih positif. Kalau perempuan, mungkin macam tu.
Apa-apa pun kalau apa yang kita buat tu, kita yakin dan buat kita bahagia, tak perlu dengar cakap orang. NI pendapat peribadi je dan aku pun nak tengok pendapat orang lain pasal ni. Mungkin ada lebih ramai lelaki yang setuju dengan aku, mungkin tak.
paan
12 March, 2011 at 3:58 pmbelon katanya. kah3
aiez
12 March, 2011 at 3:56 pmhaha..lawak baca statement yg cakap pasal implan payudara tu..terima seadanya,tak payah nak ubah kejadian yg sedia ada..