Dalam entri pertama, aku dah tunjukkan resit pembelian 1 dinar aku yang pertama. Pada masa tu harganya hanyalah RM300+. Sekarang dah jadi RM600+. Kalau simpan dalam ASB tanpa divided diusik, aku kira pun baru dapat RM400+ setelah 4-5 tahun disimpan. Dan nilai RM400+ tu tak banyak kalau dah tolak inflasi dan kenaikan harga barang (harga minyak tahun 2006 lebih rendah berbanding 2011). Sedikit kerugian kalau simpan duit dalam bentuk matawang dan bukan emas.
Emas dan wang kertas berbeza. Emas adalah aset dan wang adalah kertas yang dijanjikan nilainya oleh sesebuah kerajaan. Kalau kerajaan sesebuah negara tu runtuh, maka jatuhlah nilai wang kertasnya. Berbeza dengan emas, kalau kerajaan tu runtuh, nilai emas masih kekal mengikut nilai pada pasaran dunia. Jadi kita simpan dalam emas sebab ianya selamat dari segi nilai.
Kalau ikut prestasi harga emas dari dulu sampai sekarang, memang harganya naik. Emas bukan sahaja digunakan dalam barangan kemas, malah digunakan dalam pelbagai industri lain. Emas adalah hasil galian bumi dan semakin lama semakin susah nak dapat emas. Oleh itu, demand bertambah dari tahun ke tahun tapi supply semakin berkurangan dan kos untuk mengeluarkan bijih emas semakin bertambah. Jadi bersandarkan pada pelbagai faktor, memang dalam jangka masa panjang harga emas akan naik dan terus naik tanpa perlu kita risau macam main saham.
Lagipun dalam Islam, kalau dah cukup nisab 85 gram emas dan sempurna milik (hutang untuk beli emas tu settle dah, kalau ada) selama setahun penyimpanan, wajib dikeluarkan zakat emas 2.5%. Ni emas yang memang kita simpan untuk pelaburan ye, barang kemas punya kiraan pulak lain. Pernah terfikir tak kenapa wajib dikeluarkan zakat? Pada pendapat aku, 1) Itu bukti status kewangan kita dah stabil, nak buat belanja kahwin pun mampu dah. 2) Sebagai petunjuk yang penyimpanan emas ni memberi faedah jangka panjang kepada penyimpannya.
“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”.
At-Taubah; ayat 34-35
Ada orang takut simpan emas sebab tak nak bayar zakat emas. Sigh. Zakat tu bukan bebanan. Kalau dah layak bayar zakat tu, bersyukur sangat-sangatlah sebab kita layak bayar dan bukannya layak menerima zakat. Ada beza langit dan bumi di situ. Apalah sangat 2.5% tu kalau dalam setahun boleh dapat minimum 10%. Itu minimum, maksimum mungkin sehingga 30%.
Liquidity. Emas ni laku, macam duit gak. Simpan dalam emas, kalau nak guna duit, pajakkan di Bank Rakyat, Agrobank ataupun mana-mana kedai emas. Nak jual kat orang pun boleh, kat bank pun boleh. Alasan kalau simpan dalam emas susah nak guna duit tu sangat-sangat tak boleh dipakai. Kena ada strategi la, jangan tukarkan 100% simpanan kita ke dalam emas, dalam 30-40% pun cun dah. Bila betul-betul suntuk baru guna.
Itu jelah setakat ini. Banyak lagi sebab, tapi aku guna sebab dan logik akal yang mudah supaya orang yang tak belajar ekonomi macam aku ni boleh faham gak. Tinggalkan persoalan korang kat ruangan komen, akan diterangkan dalam entri-entri seterusnya. Ilmu yang baik harap dapat disebarkan supaya dapat memperkukuhkan ekonomi orang kita.
Carta harga emas 5 tahun lepas sehingga Mac 2011. Sumber: Kitco
Pengetahuan asas untuk baca carta macam ni:
- Garisan merah – purata harga emas harian, hijau – purata harga emas 200 hari dan biru – purata harga emas 60 hari.
- Kalau garisan biru di atas garisan hijau, maksudnya trend harga emas adalah menaik dan sebaliknya.
- Setakat ni, trend pada tahun ni masih lagi menaik.
Kalau berminat, boleh baca kisah pendek ni berkaitan scene jual beli emas fizikal di negara kita. Mungkin korang akan dapat gambaran sedikit bagaimana (dalam bentuk kuantiti) orang kita yang membuat pelaburan emas jual beli emas.
35 Comments
Pingback:
27 May, 2011 at 6:55 pmsyafika
9 April, 2011 at 6:10 ammcm berminat je..byk gak tgk iklan ttg ni..tp tak tau mana yg betol dan boleh d percaya..
PutraRocker
15 August, 2011 at 2:32 amthisisbestbro
Kenji
23 March, 2011 at 4:08 pmutk bulan feb n mar ni elok la dtangguhkn dulu.. skrg musim krisis.. da reda sket nnt bru bli. hrge hari ni dlm 142.00/gram. ikutkn index model ak, normal is 132-136/gram. tp lau nk simpn 5 tawon cm arif ni. bli je laa…
ariff
24 March, 2011 at 5:19 pmAku memang nak simpan long term. So takde masalah sangat.
shah
20 March, 2011 at 10:14 ampenah jugak aku beli dulu… 4 bulan je.. untung rm 80.. jual sbb nk beli moto..huhuhuhu
ariff
20 March, 2011 at 3:34 pmPatutnya pajak je dulu. Jual terus macam rugi. Dalam setahun kumpul duit untuk tebus balik.
namaakulynn
17 March, 2011 at 6:11 pmtggu ur next entri ttg procedure nak beli and mn boleh beli emas ni..bminat bminat..=)
saiful
17 March, 2011 at 7:33 amsalaaam….tahniah rakan2 yg dh sedar kepntingan emas….emas mmg tak susut nilai…buktinya zaman nabi harga kambing 1 dinar,skg 1 dinar dpt RM654 dapat seekor kambing jgk kan?dah 1400 tahun pun nilai ttp maintain,tp duit cmne plk?dlu RM10 dpt bi mcm2,tp skg RM10 dpt ape je?barang mahal ke?sbnrnye duit kertas yang jatuh nilai…
cahaya
17 March, 2011 at 1:46 amnak jugak beli emas ni..tapi kalau beli barang kemas memang lain ye value dia?
hidayah sapidih
16 March, 2011 at 12:45 ammacam berminat jugak lah.tapi takut pun ada
ariff
16 March, 2011 at 4:48 amKenapa takut tu? Cuba cerita sikit. Mungkin nanti boleh saya terangkan dalam entri akan datang.
NailahAzman
16 March, 2011 at 2:01 pmMemang nak buat pelaburan dengan beli dinar tapi asik dok tangguh je. Nanti update eh kat mane Ariff beli semua. Senang sikit bila dah tau sikit info.
Lagi satu, Ariff simpan kat rumah ke ke kat bank?
Isma
16 March, 2011 at 12:44 pmmmg bagus simpan emas ni…. saya pon baru bermula je….
pada sesiapa yg berminat bole jugak tgk kat link http://jutawanemas.com
Kancilbiru
16 March, 2011 at 12:33 pmnanti share la cara2 lebih detail nak menyimpan dalam emas ni ya…apa option yang ada di Malaysia ni..
slay
16 March, 2011 at 10:27 amSori bro off-topic sikit komen aku ni. Tapi sebab kau pun ada sentuh pasal nilai mata wang kertas kan dalam entri ni, jadi aku nak tanya sikit la.
Apa pendapat kau tentang nilai mata wang dinar Iraq yang dijangka akan melambung tinggi dalam masa terdekat ni?
ariff
16 March, 2011 at 10:59 amoh. yang tu aku tak tau sangatlah. Kena tanya orang yang simpan mata wang tu.. Tapi kalau ikutkan, bila ekonomi dia dah kukuh, memang nilai matawang tu akan naik. Cuma nak cari bank/money changer yang boleh terima tukaran wang tu je yang mungkin bermasalah sikit.
slay
17 March, 2011 at 3:55 amThanks bro. Saja nak tau pendapat kau tentang hal ni. Aku dah banyak baca pasal potensi mata wang dinar Iraq ni, dan macam berminat untuk invest tapi bila fikir-fikir balik macam ‘too good to be true’.
Tak silap aku denai hati ada simpan. Dan kalau aku tanya orang yang simpan, confirm diorang kata yang baik-baik je ye tak?
diana
16 March, 2011 at 4:26 amSalam,
Terima kaseh atas perkongsian. Tumpang tanya. Kat mana boleh beli dinar ni ya?
Berminat untuk berkongsi sesuatu di sini,
“Money used to be made principally of gold or silver. Since it was made from these precious metals it had inherent value. Even if it was melted down, its value did not change- unlike paper money which at Fahrenheit 451 ignites and turns to ashes.”
Petikan dari Dajjal the Antichrist, karya Ahmad Thomson.
Sheikh Imran Hosein juga ada memberi sedikit ‘pencerahan’ tentang sistem monetari di link di bawah.
http://www.halaltube.com/the-strange-world-of-today
ariff
16 March, 2011 at 4:40 amok. Akan dijawab dalam entri seterusnya. Sila follow blog ini supaya tidak ketinggalan update seterusnya.
muhammad fakhruddin
16 March, 2011 at 2:31 pmPasal komentar Syeikh Imran itu ada dijawab Ustaz Zaharuddin http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/980-perbankan-islam-wang-kertas-a-back-door-riba-video.html
misz myza
16 March, 2011 at 2:14 am10s for the info ni.. memang teringin sangat2 nak tau pasal emas ni.. especially yg entri lepas psl dinar tu…
aizuddin
16 March, 2011 at 2:01 amkena study lagi pasal emas ni..macam menarik
ariff
16 March, 2011 at 4:41 amBanyak lagi siri. Stay tuned.
ekspresiruang
16 March, 2011 at 1:09 ammmg bagus amalan menyimpan emas ni. nnt oneday kalau dah cukup peruntukan, nak simpan gak la untuk keluarga masa dpn
hafify
16 March, 2011 at 1:05 amartikel yg menarik,welldone..just nk tanye,antara emas jongkong n emas dinar-dirham,mane satu yg lebih ok dan bernilai utk simpanan dan pelaburan?atau kedua2nya sama shj..trm kasih..
ariff
16 March, 2011 at 4:46 amLebih suka jongkong. Ada banyak size sebenarnya. Dinar pun ok je. Ikut kemampuan.
maria
16 March, 2011 at 12:28 amrasa menyesal pulak dulu2 tak beli…kalau tidak dak jutawan….kan
ariff
16 March, 2011 at 4:49 amYeah. Semua orang pun akan menyesal kalau terlambat buat sesuatu. Aku pun menyesal gak. Tapi masih belum terlambat. Bila-bila pun boleh start menyimpan dalam emas ni.
dinsblog
15 March, 2011 at 11:02 pmpeluang dapat pahala pun org tak nak..
Lord Zara
15 March, 2011 at 10:55 pmSebab itu orang2 dulu (maksud aku, orang2 tua) lagi senang beli emas. cakap pasal emas, sebab aku pernah jaga atok aku masa sakit, dia ada bagi aku satu gelang. tapi bagi gelang pada aku yang tak tau nak pakai aksesori ni, aku simpan je sampai mak aku suruh aku pergi kedai emas hari tu. mak aku kata, jual je gelang tu, tukar beli emas lain. aku pun poyo2 la bawa, ingat murah je. bila timbang, emas 916, aku tengok harga pasaran 1g = RM 153. bila timbang gelang tu, kira2 adalah dalam RM1.5k. Gila terkejut daku =_=”
Memang betullah, harga emas memang kalau jatuh sekalipun, tak jatuh macam harga getah atau sawit. dia punya nilai susah nak cari. macam petroleum, macam arang batu.
ariff
16 March, 2011 at 4:53 amItu baru 916 zara.. Belum 999. Biasanya standard emas yang digunakan sebagai simpanan pelaburan adalah 999.
Orang tua kita awal-awal dah tau pasal simpan emas ni. Memang jangka panjang harga dia naik. Itu fakta yang dah dibuktikan sejak dari dulu lagi.
yoy
15 March, 2011 at 10:04 pmnice..at least buka mata orang yg terlalu pesimis pasal zakat..
ariff
15 March, 2011 at 10:08 pmItulah.. Zakat tu setakat celah gigi je kalau dah layak bayar. Tapi kalau tak bayar gak, memang tak taulah nak jadi apa.
blogger addict
15 March, 2011 at 9:44 pmthanks ariff…perkongsian yg cukup menarik….