Re: Kenapa Lelaki Suruh Girl Tutup Aurat Tapi Dia Menggatal Dengan Awek Seksi?

Entri ini adalah reply kepada entri Kenapa Lelaki Suruh Girl Tutup Aurat Tapi Dia Menggatal Dengan Awek Seksi? di blog Dr. Love The Other Khairul. Isu ni memang menarik untuk aku komen. Sebab apa? Sebab aku dah jumpa ramai orang yang macam ni. Biasanya orang macam ni calon nak cari bini dia memang bagus, nak yang bertudung, alim, tahu agama, cukup sembahyang dan apa-apa lagi yang sewaktu dengannya. Kiranya calon isteri dia tu memang buat mak dia sejuk hati je tengok nanti..

TAPI.. tapi dia punya menggatal, masyallah. Cukup untuk mengatakan individu macam ni kadang-kadang tergamak nak buat banyak perkara terkutuk dalam konteks untuk enjoy dunia sebelum kahwin. Yes, ramai lelaki macam ni di luar tu. Nampak baik tapi kuat merenyam.

Kenapa lelaki suruh girl tutup aurat tapi dia menggatal dengan awek seksi? Ini logik yang aku dapat fikirkan yang mungkin bermain dalam fikiran mereka :

  • Mak tak approve awek seksi
  • Awek seksi lebih fun dan sporting
  • Awek seksi ni.. just friends, tak lebih daripada itu
  • Sebab aurat wanita untuk pandangan suami sahaja
  • Awek yang tutup aurat ni memang bagus jadi isteri. Nanti boleh didik anak-anak mengaji, baca Quran

Dan ini adalah komen aku kepada surat dalam entri tu.

Hi Mr K,

I have few questions to ask you.

So, here’s the story. I had a boyfriend, we were together for almost three years and we eventually broke up, last year. Itu pun sebab ada third party and my ex is a jerk anyway. Biasa la lelaki kan pandai berlakon.

Kitorang belajar dekat US masa mula-mula kenal and became official and then he decided untuk quit medicine dekat US, and continue dekat Malaysia. He convinced me to go back with him, so I did. -.-” So, kitorang sambung dekat UM, took the same course, same class, same everything. First year and second year, semua okay, happy, fireworks, bahagia. Semua lah. *rolling eyes*

Serius aku cakap, ini memang bodoh. Bukan nak cakap aku tak hormat pengirim surat ini, tapi ini.. ini bodoh! Kenapa? Pertama, sebab bukan senang nak dapat course medicine kat US dan kalau dah dapat pun, bayangkanlah betapa banyak duit dah habis nak hantar belajar ke sana. Oklah kalau si pengirim ni orang kaya atau apa, itu kita tak tahu. Tapi kalau kaya pun, apa salahnya teruskan studies di US. Of course we can learn more from other people. Bukannya tak boleh bercinta kat sana.

Dan pasal bercinta tu pulak, langkah yang sewajarnya diambil adalah mereka kahwin je terus. Macam yang aku dah explain dulu, why wait? Nak tambah dosa menggunung dulu? Nak terlanjur baru kahwin? Kalau dah study satu tempat dan bercinta bagai nak rak at the same time, kahwin jelah. Of course hal anak tu semua boleh dirancang.

And here goes the rest of the story

Then masa early part 4, ada one extender, girl masuk kelas kitorang. Pretty, blonde malay girl. Memang HOT. Then, i noticed few differences dekat my ex-boyfriend. Dia selalu penat, mengantuk, pastu selalu tertidur dalam kelas. BUT, he never neglected me, setiap hari study sama-sama, lunch, dinner sama-sama. Emotionally, he didn’t change. We were still happy, all lovey dovey. So one day, i ternampak marks dekat his neck, macam lovebite so asked him, kenapa macam ada lovebite dekat tengkuk dia, and dia jawab “Kena gigit serangga” so i believed him. (Rupanya serangga tu rambut blonde)

Then comes Ramadhan few weeks later, hati I macam rasa lain eventhough he didn’t change a bit. I felt different like something is wrong with my ex. One day, tiba-tiba dia bagi gift and I can see the guilt from his face but I don’t know why. Strange. So, i prayed and mintak Allah tunjukkan apa yang I tak nampak selama ni. and guess what, during the second week of Ramadhan, dia kantoi.

As usual we went to berbuka and straight to Masjid for Tarawikh together, but suddenly he became sooo quiet; muka dia macam sedih, bersalah pun ada, serabutt sangat padahal baru je lepas solat. I dah pelik. Then he sent me back to my hostel, and then my roommates tell me everything.

My ex-boyfriend dah keluar dengan that blonde girl for almost a month. Dia selalu penat and ngantuk masa dalam kelas sebab dia kena spend time with both girls. Lepas dia hantar I balik, dia pick up that girl. Vice versa. siang dengan I, malam dengan that girl. Me and her duduk sama-sama hostel. Just Imagine. That guy got some balls to do that.

So, Mr K,

  1. Kenapa ada sesetengah lelaki, yang taknak bagi tau girlfriend dia the truth yang dia dah bosan, fed up, muak dengan girlfriend dia and he wants to move on with someone else?
  2. What can i do to banish him completely from my mind?
  3. How is it possible that someone yang Solat penuh lima waktu, do such things as check in into hotel, ringan-ringan, geli-geli dan bermacam2 lagi?
  4. Why lelaki, suka suruh girlfriend dia tutup aurat, pakai sopan-sopan, tapi dia pergi menggatal dengan awek yang free hair, seksi?

Why Mr K, why?

Serius mamat ni memang berani tahap gaban. Siang dengan perempuan lain, malam dengan perempuan lain. Dah kahwin nanti siaplah, silap-silap benda sama berulang. Aku bersimpati kepada awek hot dan seksi tu. What a waste.

Dalam komuniti Melayu Islam kita, selalu sangat distereotypekan dengan orang yang sembahyang cukup adalah baik tahap ahli syurga walaupun hakikatnya memang kadang-kadang menyakitkan hati dan langsung tak kena dengan statement tu. Kisah ini adalah contoh yang nyata orang yang sembahyang cukup pun perangai macam setan kadang-kadang.

Jangan salah faham. Aku tak salahkan agama dan tuntutan Islam untuk bersembahyang tapi aku salahkan cara kita dididik untuk menunaikan ibadat dalam Islam. Cukup untuk aku katakan, didikan yang kita dapat kurang dari segi penghayatan. Sebagai contoh, kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman, tapi kadang-kadang kita tengok ada orang boleh hidup dalam bilik/rumah/tempat tinggal sendiri yang bersepah dan kotor dan pada masa yang sama boleh bersembahyang dalam tempat tu.

Jadi penghayatan dalam nilai murni yang diajar oleh Islam tu takde. Bila penghayatan takde, jadilah benda-benda macam ni. Sembahyang cukup, tapi buat perkara-perkara yang tak sepatutnya.

Kepada awek-awek kat luar sana, memang baguslah kalau jumpa someone yang sembahyang cukup and whatnot tapi janganlah berhenti setakat itu sahaja dalam menilai lelaki. That’s all I have to say.


Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

54 Comments

  • ENSEM

    24 August, 2011 at 4:33 pm

    Nothing!!!..waste time….
    itu akan terjadi bila bercinta tidak berlandaskan hukum agama Islam…!!!
    Allah Maha Mengetahui apa yg manusia lakukan..bahkan keseluruhan hidup manusia itu…
    conclusion here..ADA HIKMAH YG MENANTI ~~~

  • ayam

    16 August, 2011 at 12:07 pm

    itu adalah hakikat kehidupan..
    manusia sering kali terasa umpama berada di awangan
    CINTA- tidak seperti itu..
    NAFSU- itulah yg selalu dibelenggu

  • pm mb

    11 August, 2011 at 1:03 pm

    dalam cerita di atas ramai yang terpengaruh dengan cerita tersurat..mengatakan lelaki lebih jahat..tengoklah kepada penyebab perubahan lelaki itu..dia berubah kerana tidak mampu mengawal emosi nafsu dalamam disebab ancaman dan tekanan luaran..walaupun dia solat,walaupun dia bersereban besar sekalipun,akan kalah dia kalau berdepan dengan perempuan seksi,Jadi saya nasihatkan pada semua perempuan,TuTuplah AuRatmu Sebelum Kamu Di Tutup Kain Kapan..Kasihanilah Hati-hati lelaki yang mudah tergoda dgn kecantikanmu..kasihankanlah keluarga mereka boleh porak peranda disebabkan keseksian kamu…Jom pakat Puasa Zahir Batin

  • jyundoo

    11 August, 2011 at 6:36 am

    Dah lama ada dalam Quran, kita boleh renung ayat ni:

    firman Allah yang bermaksud: “Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji. Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik”. [Surah al-Nur, ayat 26]

  • kasotputeh

    10 August, 2011 at 5:56 pm

    smua org xleh lari dpd dosa sbb itu adalah lumrah mnusia biasa. bab solat tu, nk mncarik solat yg btul2 ksyuk mmg susah. klau dpt skali ktew akn dpt rseknnya sndr. stakat tiap2 hr solat dah boley lari dpd mlakukan dosa2 bsar mmg ssh la. pnghayatan dlm islam mmg pntg.

  • ub3y

    9 August, 2011 at 11:41 pm

    sume org semayang. tp klu dah awek seksi ajak cemolot ke hape, mmg susah la nak lawan. satu kalau laki tu betul2 beriman, dia akan elak kapel. sbb die akan fikir sepanjang panjangnya. igt mudah ke nak elak doa. tu ak benci sgt statement pompuan, nk cr balak, amik yg solat. same je solat x solat. nafsu kalau dah tembus sekecil hujung jarum, lama2 retak seribu gak

  • Miss Meen

    9 August, 2011 at 3:42 pm

    Serius Gile..s0k0ng statement neyh!!! ^_~

    Cukup untuk aku katakan, didikan yang kita dapat kurang dari segi penghayatan. Sebagai contoh, kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman, tapi kadang-kadang kita tengok ada orang boleh hidup dalam bilik/rumah/tempat tinggal sendiri yang bersepah dan kotor dan pada masa yang sama boleh bersembahyang dalam tempat tu.

  • eiela

    9 August, 2011 at 12:08 am

    Sebab cinta berhenti belajar kat US dan sambung kat sini, memang rugi la, bukan semua orang dapat peluang tuh. kenapa la tak guna akal yang diberi, sanggup plak mengikut. sebab tuh jangan bg 100% kepercayaan kat lelaki tinggalkan sikit untuk diri sendiri.

  • zulkbo

    8 August, 2011 at 11:10 pm

    salam..
    memang tak patut,harapan
    jika di beri peluang sesudah
    beristeri yang solehah menjadi
    suami yang baik, bukan kembali
    berpoya dengan perempuan tak
    senonoh pula kan..?

  • Hito

    8 August, 2011 at 9:36 pm

    jwpn pling snang adalah,
    yg baek tu stok bini,
    yg sexy tu stok main la…

    tu la ayat pling mudah n x srabut…

    n tu juga la reality…

  • Kenji

    8 August, 2011 at 2:09 pm

    tu pasai la dibenarkan untuk berpoligami. mmg sifat lelaki camtu. tapi manusia ni lagi ‘pandai’ dari tuhan. tukar hukum ikut suka.

  • zurra

    8 August, 2011 at 10:22 am

    sebagai wanita, rasa geram bila baca kisah ni…
    lelaki memang senang berubah..
    dah kawin pun still boleh berubah…
    contoh paling senang bila isteri sibuk dengan anak-anak… lelaki mula rasa tak dihargai dan di anaktirikan dengan anak sendiri…then mula cari teman tapi mesra kat luar…walaupun melalui handphone or sms n tak pernah jumpa…tapi kene bayang kan perasaan isteri bila dapat tahu perkara tersebut…

    kalau isteri yang buat perangai, mau kene simbah asid, ugut bunuh dan sebagainya…

    tapi tak semua nya lelaki macam tu.. harap2 semoga girl dalam cerita kat atas ni akan dapat lelaki yang lebih baik..

    memang adat juga, lelaki suka pada benda2 seksi..tapi bila wife or gf pakai seksi suruh tukar sebab tak nak org lain nampak keseksian wife or gf diaorg…

    macam mana tu???

  • Fahmi

    8 August, 2011 at 5:57 am

    Nafsu lelaki lebih terhadap seks… mungkin sebab itu ada kes macam ni berlaku… Bezanya ada lelaki yang boleh mengawal nafsu mereka dan dapat mengawal keadaaan.

    Ada juga lelaki yang dikuasai nafsu mereka. Jadi bila kes macam ni berlaku macam-macam nikmat dunia ni nak dicuba.

    Tapi in the end… sejahat-jahat lelaki dia still akan cari isteri yang baik untuk dijadikan ibu kepada anak-anak mereka.

  • syafiah

    7 August, 2011 at 11:58 pm

    I agreed with ur answer.

    manusia terlalu taksub dgn cinta. maybe someone can say that I said this because I never fall in love. but pls take note, ‘syg mcm mna pun kita dgn insan, kita masih ada tuhan’

    satu lagi, sikap orang melayu kalau nampak orang tu solat je, dh cakap alim, dh panggil ustaz. ada yg free hair tp solat, ada yg colourkan rambut tapi mereka pun solat. inilah yg dinamakan amalan tanpa ilmu, ilmu tanpa kefahaman. jgn judge people dgn satu perkara shj. sebab buruk baik manusia cuma dia dan Allah sja yg tahu.

    and for that girl, everything happens for a reason. kita hidup dgn tujuan. find out!!

  • haiqal

    7 August, 2011 at 11:51 pm

    Satu benda yang aku percaya:

    Kita jangan harap nak dapat bini baik,perfek and so on.Why not kita sendiri berubah menjadi ke arah itu?Kan TUHAN kata,yang baik akan berpasangan yang baik,dan juga sebaliknya.So,apa kau buat,kau sosial kau akan dapat pasangan yang setaraf dengan kau,kalau kau baik,itu ini,InsyaALLAH isteri kau akan begitu.

    :))

  • Atirah

    7 August, 2011 at 11:08 pm

    Kesian gila kat girl tu..Mmg lelaki tu solat tapi solat dia tak berkualiti.. ramai skrg gunakan agama sebagai topeng just nak orang pandang dia baik..

  • My Name is Mar

    7 August, 2011 at 10:24 pm

    Ok. Aku memang TERASA gila dengan cerita tu sebab itu yang aku sedang lakukan pada masa ini. Bercinta dengan 2 orang pada waktu yang sama.

    BTW, salah satu sebab kenapa si lelaki taknak berterus-terang yang dia dah fedup,muak n bla-bla adalah sebab dia STILL sayangkan perempuan tu lagi. Atau dia tahu perempuan tu GILA. Gila yang macam mana? Akan mengamuk tak tentu pasal and ugut bunuh bagai.. Gila r..

    Maybe dia nak pasang dua ikut ala-ala Saleh Yaacob tapi maybe yang pompuan tu taknak bermadu.. Huhuhu.. Entahlah weyh.. Soal hati dan perasaan ni kadang-kadang tak boleh diselesaikan dengan MUDAH..
    Istikharah je lah.. Itu yang TERBAIK..

    Tetiba macam terdengar lagu Di sana menanti di sini menunggu..
    Ha-ha-ha:D

  • cEro

    7 August, 2011 at 9:58 pm

    “Sesungguhnya solat itu menghindar dari perbuatan keji dan mungkar”
    Ustaz aku tanya kepada murid..
    “Tapi kenapa ada jugak org solat tunggang terbalik cukup, tp ttp kaki judi, kaki zina dsb?”
    Jawapannya..
    “sbb mereka hanya solat. Tapi hati tidak ada. Macam pergi kelas, attendance penuh, tapi gagal exam, sbb jasad ada, tapi hati tak hadir.”

  • namee

    7 August, 2011 at 9:14 pm

    you know what? saya lebih suka topic ni version Ariff Shah. kalau perempuan tu tanya kat you, lagi tenang jiwa kot. btw, kasihan kat perempuan tu, rasa simpati. but at least dia ada pengalaman duka macam ni. so boleh hati2 next time. kalau saya? as if kena macam ni..tak tahu lah.

  • Bella Enveeus

    7 August, 2011 at 8:01 pm

    Sebenarnya ada ramai je yang bersembunyi disebalik “bersembahyang 5 waktu” di luar sana.. Tapi tak semestinya itu maksudnya mereka ni baik.. Jangan kata lelaki solat 5 waktu masih boleh pasang pompuan lain.. Wanita pun yang solat 5 waktu boleh menduakan suaminya sekiranya dia mahu.. Semuanya terpulang kepada niat individu tu sendiri.

    Adakah dia solat kerana ingin menjauhkan diri dari perkara mungkar (sekaligus melakukan perkara wajib) atau adakah dia fikir kalau nak buat dosa/jahat tu, perkara wajib jangan tinggalkn supaya jangan tambah LEBIH dosa?(ramai sungguh kenalan saya yg berfikiran like the latter.. kadang2 bingung saya nak membantu mereka ni)

  • alex adriana

    7 August, 2011 at 7:41 pm

    nak bini stok ustazah so bleh la didik anak2, ajar mengaji semua, tapi bapak dia cam harem. mana keikhlasan lelaki camni.

    mmg tak mustahil bila anak besar. perangai pun cam bapak.

  • zharmin

    7 August, 2011 at 6:51 pm

    Kebiasaannya, masa bagi talk kat student, saya selalu akan cakap, love yourself before you try to love others. Kenapa saya ckp mcm tu, sebab siswa siswi kita ni bila masuk je kolej atau universiti, terus akan ada dalam kotak pemikiran diorang,couple is a must. Tu yang hasilnya, belajar pun entah ke mana sampai boleh jadi macam awek dalam surat kat atas ni. Berkorban untuk pasangan, tapi sendiri merana.

  • mas

    7 August, 2011 at 6:04 pm

    i totally agreed with u, brother.

    kurang/tiada penghayatan terhadap makna ayat2 yang dibaca semasa kita solat itupun adalah faktor utama kenapa dia boleh solat 5 waktu tapi pada masa yg sama buat perkara mungkar.

    wallahualam. may Allah makes us a better Muslim.

  • SiS NaD

    7 August, 2011 at 5:45 pm

    Salam Inchik Ariff…

    Memang dah biasa lihat perkara2 macam ni… Kawan lelaki saya sendiri mengaku yang dia akan mencari perempuan yang sopan (bertudung, hormat ibu bapa) untuk dijadikan teman hidup… Cuma apa yang terjadi pada gadis yang menulis surat tu, mungkin ada something yang tidak kena sepanjang hubungan diorang means ada buat benda2 kurang elok)… Mungkinlah… Tapi, dia patut bersyukur la sebab Allah dah tunjukkan awal2 pada dia… Kalau Allah tunjukkan lepas dia dah berkahwin, parah jawabnya…

  • red

    7 August, 2011 at 5:39 pm

    aku tahu apa yang cuba ko tekan kan… penghayatan.. thax for reminding..bilik aku bersepah kut.. and… er.. bukan ke mr K geli dengar orang panggil dia dr love eww eww.?? haha XD