Kenapa Lelaki Cepat Boroi Lepas Berkahwin?

Benda ni real dan saya rasa semua lelaki kena terima hakikat. Bila pergi kenduri kahwin kawan sebaya, memang boleh nampak la kawan lain yang dah kahwin terlebih sihat daripada biasa.

Kepada yang bujang, bersedialah kalau anda jenis yang nak maintain. Saya senaraikan tiga faktor utama lelaki yang baru berkahwin cepat boroi.

1. Kurang Bersenam

Benda ni normal. Bila dah berkahwin, macam-macam alasan dan kekangan yang menyebabkan orang lelaki kurang bersenam. Contoh alasan-asalan ni:

  • Sibuk dengan kerja / tak cukup masa sebab kerja. Tak dinafikan alasan ni memang valid lebih-lebih lagi kalau yang jenis ada pekerjaan yang demanding. Tak pun yang buat kerja part time atau side business, memang susah dah nak jumpa masa untuk bersenam.
  • Kurang masa. Masa bujang dulu memang banyak masa untuk diri sendiri. Kemudian dah kerja, kurang sikit tapi still ok. Dah berkahwin dan ada anak, makin kurang sebab kena luangkan masa untuk family. Yang ada anak kena uruskan anak. Bila dah ada keluarga ni, memang masa kemain cepat berlalu.

Perlu ada komitmen yang tinggi untuk pastikan waktu riadah yang cukup bagi membakar kalori yang belebihan.

Kurang bersenam ni punca utama lelaki yang berkahwin cepat boroi sebab kalau banyak makan dan banyak bersenam pun masih lagi ok.

2. Banyak Makan

Banyak makan ni berlaku hampir setiap saat dalam hidup seorang lelaki yang dah berkahwin.

Waktu kerja, kalau kerja company Melayu / kerajaan, majlis yang diselangi dengan acara makan tu memang satu kewajipan dan kadang-kadang majlis / event ni sengaja diadakan supaya boleh makan-makan dan kurang bekerja. This is a fact. Dah memang culture kerja kerajaan ni semua produktiviti tak tinggi mana, tapi majlis  dia macam-macam.

Kemudian faktor keluarga. Keluar makan dengan isteri tapi isteri nak diet. Sang suami terpaksa habiskan makanan isteri untuk elakkan pembaziran.

Lagi satu faktor keluarga, anak. Kalau dah besar sikit tu anak kecil tu mulalah ada selera sendiri. Macam Naurah, dia suka nasi lemak, pasta, spageti. Memang susah nak bagi makan benda lain cuma most of the time, tak makan sangat pun. Of course ayah dia la jadi tukang habiskan makanan untuk elakkan pembaziran.

3. Faktor Usia

Dulu masa muda makan tak jaga sangat pun tak susah nak maintain. Bila dah dekat-dekat umur 30 ni, kadar metabolisme badan memang dah berubah banyak berbanding masa umur muda-muda dulu. Of course, 30-an ni muda lagi, cuma badan dah mula bagi signal untuk luangkan masa jaga dia jugak.

Faktor usia ni natural dan tak boleh dikawal. Dua punca atas ni boleh dikawal.

So kepada yang bujang tu, you have been warned. Tapi kalau bujang pun dah boroi, I don’t know what to say except jagalah kesihatan sebelum penyakit yang mengarut tu semua datang.

Saya? Sedang bekerja keras untuk maintain.

 

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

5 Comments