Kenapa Kurikulum Sekolah Memandu Akan Diperketatkan?

Reading Time: < 1 minute

Pertama sekali anda perlu tahu, di negara maju adalah lebih susah untuk mendapatkan lesen memandu. Di Australia contohnya, 120 jam latihan memandu ditemani oleh jurulatih bertauliah diperlukan untuk mendapatkan lesen P (21 tahun ke bawah) atau 6 bulan memegang lesen L (21-25 tahun) atau 3 bulan memegang lesen L (lebih 25 tahun).

Basically, 8 jam di Malaysia adalah tidak cukup dan kadangkala kekurangan masa belajar ni membuatkan segelintir pemandu kita mempunyai sikap kurang ajar. Well, kalau memang kurang diajar, gejala pemandu kurang ajar ni memang tak boleh dielakkan.

Oleh itu, adalah wajar sebenarnya supaya tempoh L tu dipanjangkan sebelum seseorang boleh memegang lesen P. Jumlah jam latihan juga perlu ditambah.

Satu lagi sebab kemalangan yang paling ketara ialah gagal merancang perjalanan. Bila seseorang gagal merancang perjalanan, salah satu atau kesemua di bawah akan berlaku:

  • Tidak tahu laluan mana yang perlu diambil menyebabkan pemandu menjadi kelam kabut dalam perjalanan sekiranya tersesat
  • Terperangkap dalam kesesakan lalu lintas menyebabkan ketegangan (stress). Tak nak lambat sampai ke destinasi, lagi stress
  • Lupa periksa kenderaan. Manalah tau tayar dah botak, lampu brek tak menyala dan sebagainya

Jalanraya adalah tempat yang berbahaya, tak kisahlah samada naik motosikal atau kereta tapi risiko boleh diurus. Kemalangan biasanya berlaku kepada mereka yang gagal mengurus risiko dengan bijak.


Posted

in

by

Comments

19 responses to “Kenapa Kurikulum Sekolah Memandu Akan Diperketatkan?”

  1. sha Avatar

    hahaha.. janji kak sha dah lepas amik lesen…kikikiki…..

  2. incik Avatar

    semalam gua nampak budak belajar memandu tapi pakai proton persona siap ada L besar kt tepi pintu kereta dgn nama syarikat. biar betul persona, ke gua sorang je yang baru tau…tapi tak puas hati sebab gua kancil barai je dulu.. nasib baik lulus cukup makan.

  3. Ekspresi Ruang Avatar

    kdg2 tgk bapak budak ambil anak dr skolah dgn slambernya langgar lampu merah..tak hairan kalau ajaran di rumah pon main peranan selain drpd di sekolah memandu..
    umur kdg2 br 6 tahun dah bg bwk motor sendiri. kaki pon xcecah lantai nk tongkat sendiri….

  4. hafizal Avatar

    kasik kurang sikit pemandu yang kurang skill….agar jalan raya jadi lebih selamat.

  5. azmanisma Avatar

    Makin lama makin susah nak ambil lesen,baguslah macam tu,takut lagi susah lagi byk xcident kat Msia ni.

  6. akhiyy Avatar

    wow..bagus gak system sane.

  7. SyazwanAdzhar Avatar

    nak bagi pendapat sikitla.

    Saya kat US nih, tak pulak masa belajar tuh terlalu panjang atau susah. In fact, memang senang gila nak amek lesen. Boleh belajar dgn sesiapa je (parents, kwn etc) kemudian pergi testing center, buat road test and parking test. Sonang gila.

    Saya tak tahu pulak rate kemalangan sini berapa. Tapi org sini mmg sgt menghargai nyawa la. (ok, jgn terpedaya degn counter culture hollywood, exaggerate lebih) Even lampu hijau untuk belok serentak dgn lampu hijau untuk pedestrians crossing the road – dan kereta akan beri laluanlah. Sgt tak beradab kalau kereta tak beri laluan.

    Lagi, kalau hi-way yang tol hanyalah 1-2 untuk perjalan 12-20 jam atau dua tiga hari pun, akan ada speed limit. Dan police traffic dia mmg buat kerja betul-betul la. dorang akan tunggu tepi jalan, dan once ada kereta yang lebih speed limit mmg kena kejar dan saman la. Mmg akan ada scara konsisten. bukan periodically atau sporadically. Jadi semua org (termasuk kami yg dah bese pandu laju) akan jadi sgt cautious dan takut gila nak.

    Lagi satu limit passengers. Memang kalau 5 seater, maka 5 org jelah boleh naik. Ini sgt relevanlah jugak dkt US sebab harga kereta murah – dan berkualiti kott. Jadi tempoh hidup kereta tuh mcm lagi lama lah jugak.

    Kesimpulannya, sya nak bgtaw. mentaliti kena ubah gak, bg rakyat Malaysia. Melalui penguatkuasaan dan juga harga kereta mampu milik. Bukan setakat panjangkan tempoh waktu je. Malaysia, kalau lagi mahir, lagi nak tunjuk terer kan? Wallahua’lam :) Sori panjang, haha

  8. titan Avatar

    aku rasa lebih dari 20 jam. itu lagi bagus..dah betul-betul mahir, baru leh bagi lepas. kalau tak, bazir duit aje sebab peratus yang fail ujian bukit memang sentiasa ada pada setiap kali ujian.. 8 jam. memang tak cukup punyalah..

  9. Naziman Avatar

    tak semestinya 8 jam. sekarang ni orang boleh bayar mengikut jam yang kita mahu juga. tapi bagus juga kalau lagi ketat, kurang orang darah muda ni ambik lesen. tapi sebelum ketatkan untuk ambil lesen tu. saya nak ambil lesen motor dulu. hehe

  10. noorsyamsul Avatar

    saya tengok sikap ‘cikgu sekolah memandu’ semasa memandu pun biadap jugak. macam man diaorang nak ajar orang lain…

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      kat tempat saya takde pulak masalah tu. memang diajar betul2. boleh dilaporkan pada jpj kalau kes pelatih tak berkaliber

  11. Fazreen Avatar

    kau nak ke buat latihan lama-lama sebelum dapat lesen? heh

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      aku tak nak. tapi aku sarankan yang akan mengambil lesen in the future supaya amik lama2. janji aku dah lepas. hahah

  12. akubiomed Avatar

    Isu disini adalah sikap pemandu sendiri akan berubah karektor ketika memandu. Tidak nafikan saya mempunyai sahabat berbangsa Australia akan merancang perjalanan mereka termasuk mendapat ramalan kaji cuaca. Mereka ini pandai baca peta dan selalu menepati masa.

    1. shraqs Avatar

      Yup. Aku setuju bab karektor pemandu tu. Latihan lama2 & ketat memang bagus. Pemandu tempat kita ni ramai yang tak memandu ikut peraturan. Semua lorong pun nak masuk. Ramai yang selfish. IMO

  13. azriMy Avatar

    rasanya lah kan kat Malaysia ni memang hampir semua orang perlu ada Lesen Memandu sebabnya kat negara kita ni kekurangan pengangkutan awam yang efektif, kalau ada pun kat kawasan bandar-bandar membangun sahaja. Kalau tempoh pembelajaran dipanjangkan, mungkin mendatangkan beban kepada rakyat juga :)

  14. Queen Teratai Avatar

    sikap pemandu di Malaysia ni mmg kebanyakkannya kurang ajar dan sesuka hati jer… signal ntah ke mana, berhenti sesuka hati, bawa slow tp duk kat lane pandu laju, ada gak tu mungkin mencari jalan kejap ke kiri kejap ke kanan… kalau x pasti kan bagus berhenti tepi bagi signal dan pastikan jalan mana yg nak lalu… lg 1 kalau jalan jem.. mcm dia sorg je yg dah lambat boleh lak potong Q guna laluan kecemasan.. abis we all yg dah beratur ikut laluan yg betul ni x lambat ker? hehehehe sikap pemandu Malaysia ni mmg ntah apa2… mmg wajarlah ditambah waktu jam latihan dan kelas2 memandu tu…

  15. rohaniah noor Avatar

    di US, bayaran lesen memandu nya sangat murah. 1/3 dari yuran kita sedia ada, itupun lepas diconvert ke RM.
    tapi, di sana kena pakai kereta sendiri atau pinjam kereta member. kereta utk ambil lesen tidak disediakan.

  16. Man Avatar

    ini mesti frust sesat nak pegi IOI semalam kan..hehehe apa pun mmg betul pun apa yang bro cakap..tenaga pengajar memandu dekat Malaysia adakalanya sambil lewa.