Kenapa Kita Suka Masuk Kain Orang?

1. Social media membolehkan semua orang ambil tahu tentang orang lain dengan mudah. Biasanya orang yang ada atau pernah ada nama menjadi sasaran.

2. Kadang-kadang kita lupa pepatah ni, mind your own business atau tak perlu jaga tepi kain orang. Tak tahulah samada lupa atau kebanyakan ibu bapa tak ajar tentang ini semasa kecil.

3. Kita tak suka kalau orang cakap belakang tentang diri kita tapi pada masa yang sama, sepanjang masa kita cakap belakang perihal orang lain. Adil ke macam tu?

4. Dunia internet sekarang dah macam medan untuk mencari kesilapan orang. Siapa kita untuk menghukum peribadi dan tingkah laku orang yang kita langsung tak pernah jumpa, tak mempunyai kepentingan langsung dalam hidup kita dan hanya kenal pada nama sahaja?

5. Lebih buruk, perlukah kita jaja perihal orang lain dalam blog/twitter/facebook? Sedap ke makan duit hasil daripada penyebaran cerita keburukan orang lain?

6. Moraliti dan kualiti semakin pudar dalam masyarakat kita. Entah mana silapnya.

Great minds discuss ideas; Average minds discuss events; Small minds discuss people – Eleanor Roosevelt

Comments

  1. says

    Salam Hormat,

    Maaf la kalau silap faham, apa maksudnya masuk kain orang? sama ke jaga tepi kain dengan masuk kain ?

    Mungkin anggapanmu sama. ok. apa pula maknanya?
    Sama ke, dengan kita yang menceritakan kisah-kisah keburukan orang yang telah mati seperti firaun, haman dan lain-lain. Atau seperti kita menghina dan mengutuk penyamun, peragut, perogol dan lain-lain. Pendek kata, ada juga mereka yang kita suka kutuk-kutuk tu, belum terbukti dia bersalah…

    Yang sedihnya, kerana budi dan bahasa yang kurang diajar, walaupun bertujuan demi kebenaran, usaha menjaga tepi kain orang menjadi membosankan orang lain pula.

    Apa, susahke nak berbudi bahasa dan menegur dengan hormat jika dirasakan suatu perbuatan layak diperbaiki menuju jalan yang diredhai Pemilik dan Pentadbir Alam ini. Ooo.. takut orang kata hipokrit!

    Seolah-olah kita takut kepada manusia tetapi tidak gerun terhadap kemurkaan pencipta. Seolah-olah hari perjumpaan yang pasti kita akan berjumpa lagi, adalah peristiwa yang belum pasti? Oh! sori, sori… bukan niat nak menuduh sesiapa, semoga kita adalah insan-insan yang yakin akan hari pertemuan itu.

    Jika kain orang terselak depan mata, pandangan pertama pun dikira nampak juga. jika bersujud terlalu dekat di belakang, kadang-kadang kepala pun masuk juga…??

    hmmm… tak pernah sudah.

  2. says

    Orang Melayu dari dulu suka gossip terutama artis. Dulu URTV kini dah ada blog. Nak trafik semua langgar. Kita ajar SEO katanya buang masa. Blog aku baru setahun jagung pun dah byk trafik katanya.

    Salahnya orang politik pun ada tak kira pemerintah atau pembangkang. Diaorg suka rakyat bodoh jadi akan ikut je kata diaorang … Bos kata demo kita demo … Bos kata tentang kita tentang tapi apa yg kita buat kita tak tahu pun akibatnya 10 tahun lagi …

    Blog, FB dan Twitter sekarang jadi alat utk kongsi semua ni ….

  3. says

    wah peribahasa baru, ‘masuk dalam kain orang’? bunyinye agak menakutkan, mungkin maksudnye pun lagi dahsyat dari sekadar ‘menjaga tepi kain orang’. hehe

  4. says

    dunia sekarang dah semakin sempit… so pemikiran pun semakin sempit jugak … kot la… maaf la yer Yangbaik pun tak pernah kenal sesapa kat dunia blog nih melainkan 2 3 orang sahabat itu pun tak berapa aktif sangat… eh eh… ada kaitan ker…. :D

      • says

        betul… nasihat, tetapi bukan cara seperti menjadikan Amalina sebagai trending di Twitter… bak kata Ariffshah, Great minds discuss ideas… amalina bukan subjek utama dlm isu ini… mari kita pandang secara objektif faktor yang benar2 menyebabkan hal ini berlaku…

        dlm islam, menegur dan menasihati, ada banyak cara.. ada yg perlu secara sembunyi, ada yang perlu secara terbuka… saya ada menulis tentang isu ini.. hrp boleh membantu sedikit sebanyak.. (“,)

  5. says

    sudah menjadi kebiasaan mentaliti org kita. walhal peribahasa sudah mengatakan perkara tersebut. dan agama pun larang kita aibkan org. :) sibuk pula nak jaja hal org. sampai bogel org tu dibuatnya. lbh malang, bila individu tersebut dijaja kisahnya disertai dgn maki hamun. kan lbh elok elakkan jaja hal org dan mendoakan yg terbaik utk mrk yg melakukan kesilapan. itu yg lbh elok bagi saya. :)