Kenapa Kita Perlu Bayar Bil Pesakit Kanser Yang Merokok?

Reading Time: 2 minutes

Tertarik dengan berita di akhbar The Star hari ni tentang seorang pelajar berumur 24 tahun yang merokok sejak umur 17 tahun kini dalam keadaan tenat kerana menghidap kanser mulut tahap ketiga. Walaupun tak dibuktikan lagi kanser mulut disebabkan oleh tabiat merokoknya, tapi berdasarkan statistik penghidap kanser mulut ni majoritinya adalah perokok.

1. Saya berpendapat orang yang hisap rokok ni perlu ada insuran/takaful perubatan sendiri supaya kalau menghidap penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokoknya, kos perubatannya tak perlu ditanggung oleh pembayar cukai lain.

2. Rakyat yang merokok ni hanya sebahagian kecil sahaja daripada populasi. Jadi tak wajar pembayar cukai yang tak merokok perlu membayar kos perubatan pesakit merokok yang disebabkan oleh tabiat merokok. Dana yang dapat dijimatkan boleh disalurkan ke tempat lain yang lebih bermanfaat.

3. Perokok semua dah sedia maklum pun yang merokok memang membahayakan kesihatan. Jadi wajarlah untuk mereka bersedia dari awal untuk menghadapi kemungkinan sakit disebabkan tabiat merokok ini dengan mengambil pelan insuran/takaful perubatan sendiri.

4. Kalau dulu-dulu ya, takde bukti merokok membahayakan kesihatan. Jadi perlindungan perubatan daripada kerajaan diberikan secara menyeluruh tanpa diskriminasi. Tapi disebabkan sekarang dah ada bukti saintifik merokok membahayakan kesihatan, tak perlu dah bantu lagi perokok yang sakit ni sebab merokok adalah pilihan hidup mereka sendiri.

5. Membayar bil perubatan orang merokok yang sakit tenat ni adalah perbelanjaan kerajaan yang sia-sia. Pesakit tidak akan terus sembuh 100% dan biasanya akan sakit terus sepanjang hidupnya dan tidak mampu bekerja.

6. Kerajaan perlu serius untuk mencegah rakyat daripada merokok dan bukan hanya setakat menaikkan cukai setiap tahun dan mencetak amaran di kotak-kotak rokok sahaja. Tindakan drastik seperti ini akan memberikan impak yang besar dan cepat kepada semua.

Secara peribadi saya takde masalah dengan perokok. Itu hak anda. Sebagai pembayar cukai, saya rasakan perbelanjaan untuk menyembuhkan perokok daripada penyakitnya yang dicari sendiri adalah tak wajar dan merupakan satu pembaziran dana negara.

Agree? Share this. Disagree? Leave a comment below on why you disagree.


Posted

in

by

Comments

5 responses to “Kenapa Kita Perlu Bayar Bil Pesakit Kanser Yang Merokok?”

  1. Bryan Avatar
    Bryan

    Pls also bear in mind smoker paying 2nd largest excise duty to the govt after automotive. I am not agree to smoking habit but if just to said that non smoker is the one contributing tax I am totally disagree. By doing this, well shall we also split the healthcare budget to those smoker and non smoker so that it’s fair. A society exist from the point of humanity. What’s needed is to continue to educate the people, and not discrimate them with this reason.

    Bear in mind also there are other chronic diseases due to continuous consumption of certain food. Those include of sugar, cheese, coconut milk and so on. Shall i also protest of my tax contribution those who consume these food and ending up use public money for the medical treatment?

    This is the article indicate the tobacco industry contribution to the govt income.

    http://www.theedgemarkets.com/article/government-seen-getting-less-tobacco-revenue-despite-hefty-duty-hikes

  2. JMR Avatar

    bahaya ke tak halal, perokok tetap merokok..memang tak patut pembayar cukai kena bayar bil diorang..

  3. semakini Avatar

    Senang cerita. Merokok membahayakan kesihatan.

  4. akubiomed Avatar

    Ya, kurang bersetuju duit yang dibayar cukai untuk rawatan pesakit kanser berpunca dari rokok disebab mencari masalah. Adalah lebih baik duit hasil cukai digunakan untuk manfaat lain.

  5. musadun Avatar

    walaupun terbuktinya rokok ni membahayakan kesihatan namun masih ramai yang menerimannya…