Kenapa Jubah Ada Hoodie?

First time sebenarnya nampak jubah macam ni. Actually ceritanya macam ni, ada sedara tu solat sebelah saya. Dia pakai jubah yang ada hoodie. Setiap kali ruku’ dan sujud, terpaksalah tolak hoodie tu ke belakang sebab dah jatuh dan menutup kepala.

Now you tell me, bukan ke leceh macam tu sampai mengganggu pergerakan dalam solat?

Kat Moscow yang ada salji dulu tu, takde pulak saya nampak pak imam pakai jubah ada hoodie. Yelah, hoodie tu sebenarnya untuk tutup kepala ni daripada salji/hujan rintik-rintik. Waktu musim luruh dan winter, memang hoodie sangatlah berguna supaya rambut tak basah. Boleh demam kalau tiap-tiap hari keluar rambut basah kena salji.

Tapi kat Malaysia ni, pakaian yang ada hoodie sebenarnya sangatlah tak praktikal. Point saya mudah je, kat sini kalau hujan, ada hoodie pun basah kuyup gak. Lagi satu, disebabkan kebanyakan pakaian yang ada hoodie ni lengan panjang, sangat tak sesuai sebenarnya untuk dipakai dalam negara dengan cuaca panas ni. Pakai tshirt pun dah berpeluh..

Kalau anda cakap pakai jubah hoodie ni semata-mata untuk fashion statement, maka saya #tepukdahi. Suka hati kamulah. Saya tak cakap salah, cuma sekadar menyuarakan pendapat. Selamat beramal di bulan Ramadhan. Insya Allah.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

40 Comments

  • jaerul

    31 July, 2012 at 5:19 am

    ada gak tgk orang kat masjid guna pakaian macam tuh,. mula2 nampak pelik,. tapi lama2 dah tak pelik lagi sbb mkin byk yang guna,. curious…

  • arrizz

    23 July, 2012 at 12:31 pm

    jubah hoodie yang dipakai sekarang more to fesyenlah..sekarang ramai pihak dah nampak dan cuba nak eksploitasi pakaian islamik nie..ada market kata mereka..macam kat screenshot tuelah..mereka terap unsur stylish ke dalam pakaian islamik dalam usaha memartabatkan industri fesyen mereka sebab kat New York memang terkenal dengan street fashion..mereka nak kalau boleh semua orang berfesyen..

  • azydy

    22 July, 2012 at 10:46 pm

    tak boleh tu.. kalau selalu sangat buat pergerakan boleh batalkan sembahyang.. kalaulah setiap rukuk dan sujud kena gerakkan tangan, kalau solat isyak tu agaknya 12 kali pergerakan dia dah buat.. hanya Allah saja yang tahu samada solat dia sah atau tidak..

  • Ar-Razi

    22 July, 2012 at 8:27 pm

    Jubah yg ada hoodie ni antara pakaian tradisional orang Maghribi (tempat saya belajar sekarang ini).

    Jubah yang macam nie boleh menggantikan serban yang dipakai seperti di Arab Saudi. Serban terbahagi kepada 2 jenis. 1 jenis seperti yang dipakai di Arab Saudi dan negera-negara Arab Teluk dan serban yang dipakai seperti di Malaysia. Jadi, mereka yang pakai jubah yang ada hoodie, mereka boleh gunakan hoodie itu sebagai serban yang dipakai di Arab Saudi.

    Masalahnya, mereka yang pakai jubah hoodie ini tidak menggunakan hoodie tersebut, itu yang menganggu pergerakan solat. Kalau guna, tidak ada masalah kot.

  • Syed Naqiuddin

    22 July, 2012 at 4:30 pm

    biasamya yg ada hoodie ni sweater..jubah ada hoodie ni jarang nampak org pkai kt malaysia. mungkin fesyen baru. Kalau smpai nak kena tolak ke belakang, mcm menyusahkan. baik beli jubah biasa murah pun murah. Hehe..

  • Nadot

    22 July, 2012 at 11:31 am

    Agak cool juge utk skali skale dorg nak bergaye gi masjid… Maybe patut ade button bhgn belakang hood & jubahnye so leh lekatkan bg tak jatuh time solat..

    (achewah!! ala2 pesen dezainer plak… ;p)

  • Amir Said

    22 July, 2012 at 8:21 am

    Tak selesa solat pakai hoodie ni. Memang hoodie akan jatuh bila time sujud. Setuju dgn bro. Malaysia ni takla sesejuk mana nak pakai hoodie ke apa.

  • topo

    22 July, 2012 at 7:27 am

    errr ok kagum jugak la aku tengok jubah yang ada hoodie ni -.-boleh upgrade sikit ni kot biar tak jatuh terkulai masa sujud ke rukuk ke nanti hehehe

  • iAwani

    22 July, 2012 at 2:44 am

    aik, ganjil pulak jubah ada hoodie. biasanya jubah lagi nampak kemas tanpa hoodie. Tapi kalau alasannya mahu khusyuk apabila hoodie itu dikenakan sepetimana mengenakan kain serban seperti imam di negara Arab, mungkin boleh diterima.

    • Ariff

      22 July, 2012 at 7:44 am

      I see.. cuma rasanya memang tak sesuai bawak pakai kat Malaysia. Apa-apa pun, itu semua cita rasa sendiri

    • Ar-Razi

      22 July, 2012 at 8:36 pm

      Secara asasnya, perkara penting dalam solat adalah mencapai khusyuk. Namun, para ulama berselisih pendapat dalam menentukan had bagi pergerakan bagi memastikan kita khusyuk dalam solat.

      Kalau mengikut mazhab syafie, pergerakan besar dengan 3 kali berturut boleh membatalkan solat. Pergerakan besar adalah pergerakan anggota badan seperti tangan, kaki dan badan. Manakala pergerakan jari dll dianggap pergerakan kecil.

      Namun, ada lagi pandangan mazhab lain yang membenarkan pergerakan yang lebih daripada itu dengan syarat ianya tidak keterlaluan.

      Kalau tolak hoodie atau rambut memang pergerakan besar dan mereka yang melakukannya perlulah berhati agar tidak berlaku pergerakan 3 kali berturut-turut.

  • Sara

    21 July, 2012 at 11:57 pm

    Sebenarnya kalau byk sgt pergerakan cthnya menolak hoodie yg jatuh ke depan tu boleh membatalkan solat. Sama macam menolak rambut yg jatuh ketika nak sujud. Elok tak payah la pakai jubah mcm tu. Byk lagi design jubah lain yg cantik kan? :)

  • LynnAiza

    21 July, 2012 at 11:32 pm

    baru tahu wujud jugak jubah laki ber-hoodie2 bagai ni. kalau yang perempuan punya tu,pernah la jumpa. laki tak pernah la pulak. tapi tak ke macam pelik dan sukarkan pergerakan semua tu? fesyen lah kot. ;p

  • akubiomed

    21 July, 2012 at 11:13 pm

    Saya pernah ternampak remaja memakai jubah yang ada hoodie. Saya tertanya-tanya juga ia adakah fesyen. Sekali pandang macam gang Harry Potter.

    Kalau jubah tersebut menganggu solat apa gunanya.

      • Ar-Razi

        23 July, 2012 at 6:39 am

        maaf yer Ariffshah. Saya selalu juga komen tapi bila check balik, tidak pernah tersiar melainkan komen yang dalam bentuk reply seperti ini. Mungkin Saudara Ariffshah boleh bagitahu tentang kaedah yang betul untuk komen di sini.