Kenapa Facebook Jadi Semakin Bosan?

Aku merasakan Facebook semakin bosan sejak dua menjak ni. Korang tak rasa macam tu ke?

Tag gambar duit

Aku cukup menyampah kalau orang tag-tag gambar duit ni. Kalau tag gambar dengan gumpalan duit Euro 200 atau Pound Sterling atau Swiss Franc, aku tak kisah. Kurang-kurang nilai tu dah menunjukkan status kewangan yang kuat diperolehi daripada apa-apa sahaja skim yang mereka cuba perkenalkan kepada orang lain. Kalau setakat RM, sorrylah.. not impressed. Kalau berjaya sangat skim ko tuh, memang ko takkan buat kerja tag gambar orang kat Facebook sebaliknya hanya akan lepak-lepak di rumah sambil mengilatkan kereta Porsche dalam garaj.

Iklan, iklan dan iklan

Iklan yang dimaksudkan adalah iklan barangan, terutamanya daripada blogshop. Daripada korset, baju tidur seksi dan sebagainya sehinggalah ke spare part kereta, benda ni memang takde limit. Iklan adalah sesuatu yang sangat menjengkelkan. Aku lebih sanggup tengok blog update orang lain dalam wall feed berbanding iklan barangan.

Apa beza orang yang iklankan link ke blogpost mereka dengan orang yang iklankan barangan untuk dijual? Blogpost boleh dibaca dan kalau ada ilmu yang ingin disampaikan, maka dapatlah ilmu tersebut manakala iklan.. well iklan adalah iklan semata-mata. Orang yang jual dapat untung pengiklanan percuma dan keuntungan daripada hasil jualan barangan. Orang yang tak berminat dengan barangan tersebut akan merasa annoyed.

Banyak orang tak kenal

Dulu masa tengah hangat sekejap (hangat je, tak panas pun..) adalah penambahan rakan dalam friendlist. Sekarang pun ada.. tapi aku tak tau. Adakah mereka yang add ni pembaca blog atau sekadar orang yang nak add? Aku masih boleh terima kalau mereka ni pembaca, tapi kalau sekadar add nak tambah orang dalam friendlist, macam agak keterlaluan pula. Jadi ada dilema sikit antara nak approve atau tidak orang yang baru hantar request ni.

***

Apa-apa pun, wujud ke tak Facebook, aku masih akan menulis dalam blog ni selagi aku nak bercerita dan membebel di sini and while I still have privilege to write. Who knows when I’m in the world of work (which I’m pretty certain will be in less than a year time) I might not have that. Let’s just cherish what we have now.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

46 Comments