Kenapa BHPetrol Infiniti Menjadi Pilihan Saya

Bukan semua petrol sama. Setiap syarikat mempunyai aditif yang berbeza pada amaun yang berbeza. Syarikat petrol perlu mematuhi piawaian minimum yang ditetapkan, selebihnya bergantung kepada bajet mereka untuk menghasilkan formula yang terbaik untuk pengguna. Pada saya, yang penting petrol mestilah berkualiti dan mampu memberikan penjimatan kepada saya.

bhp-ariff

Dalam keadaan sekarang ni, siapa tak nak kan petrol yang boleh memberikan km yang lebih?

Secara peribadi, saya gunakan BHPetrol Infiniti dengan formulasi Advanced 2x untuk mendapatkan penjimatan minyak yang maksimum. Formulasi Advanced 2x ni bermaksud Infiniti ni mempunyai dua kali ganda aditif iaitu sebanyak 800 ppm (parts per million) berbanding piawaian standard iaitu 400 ppm.

Kenapa ini penting? Aditif yang dihasilkan dengan teknologi dari Jerman ini membantu pembakaran petrol dalam ruang pembakaran. Apabila dicampur pada kadar maksimum yang dibenarkan, kadar pembakaran yang paling optimum terhasil seterusnya menjanjikan lebih kilometer untuk kenderaan anda, kuasa dan daya pecutan yang lebih tinggi.

Bayangkan macam ni lah. Kenapa atlet minum energy drink sebelum bersukan? Minum air biasa pun boleh je dapatkan tenaga. Sebenarnya energy drink membantu menghasilkan lebih banyak tenaga untuk atlet tersebut. Samalah juga fungsi aditif dalam minyak. Dengan memaksimakan jumlah aditif yang dibenarkan (800 ppm) ini dapat meningkatkan prestasi enjin anda.

Infiniti ni berbeza sikit berbanding petrol lain di pasaran. Infiniti dihasilkan untuk mencapai Harmony in Performance dalam enjin. Harmony in Performance ni macam mana pulak ye? Ok, saya cuba terangkan.

bhp-ariff-3

Aditif yang saya cerita kan tadi mempunyai Deposit Cleaning Agents yang bertindak untuk membersihkan intake valve enjin. Bila intake valve (injap di mana mengawal kemasukan petrol dalam ruang pembakaran) bersih, campuran kuantiti petrol dan udara di dalam ruang pembakaran tidak terganggu seterusnya menghasilkan pembakaran yang optimum.

Lastly, Infiniti juga mempunyai friction reducing agent yang bertindak untuk mengurangkan kesan geseran di dalam enjin. Tau tak lebih kurang 10% daripada minyak kita sebenarnya hilang akibat daripada geseran dalam enjin ni? Geseran ni berlaku pada antara piston dengan dinding silinder enjin. Apabila geseran dikurangkan, piston bergerak dengan lebih lancar seterusnya mengurangkan kehilangan tenaga. More power, more fuel save.

Kombinasi deposit cleaning, friction reduction serta aditif yang membantu pembakaran optimum ni membolehkan enjin anda beroperasi pada tahap yang optimum seperti enjin baru. Itulah yang dipanggil Harmony in Performance. Hasilnya, kurang pembaziran/kehilangan minyak dalam enjin seterusnya menjimatkan penggunaan minyak.

bhp-ariff-2

Nampak kan kenapa Infiniti ni jadi pilihan saya? So next time try sendiri Infiniti ni di stesen BHPetrol berhampiran. Jangan lupa kumpul point sekali dengan BHPetrol eCard mereka sebab conversion rate mereka sangat bagus (RM 1=1 point).

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

6 Comments