Kenapa Beli Kalau Boleh Sewa Kerusi Urut GINTELL?

Saya sempat try kerusi urut GINTELL DéWise Wisdomatic di cawangan One Utama mereka tempoh hari. Macam biasa, memang best!

Mula-mula DéWise Wisdomatic akan scan badan dan akan sesuaikan bentuk kerusi serta posisi 3D Acupressure Roller mengikut bentuk tubuh badan anda. Maklumat bentuk tubuh badan ni boleh disimpan di dalam memori supaya tak perlu lagi scan untuk penggunaan seterusnya.

GINTELL DeWise Wisdomatic Remote

Ultra Chiro Track membolehkan DéWise Wisdomatic mengurut badan anda berdasarkan lengkok tubuh badan anda tak macam kerusi urut biasa yang mempunyai roller yang statik. Dengan ini, ahli keluarga akan menikmati urutan yang menyeluruh tanpa mengira bentuk tubuh badan.

GINTELL DeWise Wisdomatic Chair

Memang menakjubkan. Kerusi ni boleh mencengkam badan anda dengan kemas dan lakukan regangan pada posisi sehingga 230 darjah.

Promosi Sewa Beli Hi5

Kenapa perlu beli kalau boleh sewa? GINTELL kini menyediakan pelan Beli Sewa di mana pengguna hanya perlu membayar wang pendahuluan yang sedikit untuk membawa pulang kerusi urut GINTELL.

Sebelum ni pelanggan hanya mempunyai pilihan untuk membeli terus kerusi GINTELL yang berharga antara RM5000 – RM25,000. Untuk sesetengah orang, mana nak dapat amaun dan had pada kad kredit sebanyak itu. Saya pun tak mampu.

Jadi GINTELL memperkenalkan plan Sewa Beli Hi5 untuk membantu mereka yang mampu membayar kerusi ini secara ansuran.

Baki pembelian boleh dibayar secara sewa tanpa faedah selama 36 bulan. Tak perlu kad kredit untuk bayaran sewa, cukup dengan potongan kad debit sahaja. Untung banyak sebab tiada sebarang caj tambahan atau faedah pada bayaran tu.

The best thing is, sepanjang tempoh sewa beli kerusi GINTELL anda akan dilindungi waranti-waranti ini secara percuma:

1. Guaranteed service

Dengan pakej sewa beli, waranti dipanjang ke tiga tahun. Pasukan penyelenggaran bukan setakat lakukan kerja penyelenggaraan tapi juga memberi tips dan panduan penggunaan kerusi urut dari masa ke semasa supaya anda dapat manfaat yang sepenuhnya daripada kerusi urut GINTELL.

2. Guaranteed Maintenance

Penyelenggaraan kerusi urut termasuk leather polishing, pemeriksaan motor dan penggantian peralatan (sekiranya diperlukan) secara percuma semasa dalam tempoh kontrak supaya anda boleh gunakan kerusi urut tersebut sepanjang masa.

3. Guaranteed Renewal

Tinggal di kawasan banjir/gempa bumi atau takut kehilangan kerusi urut akibat kebakaran? No problem. Kalau apa-apa bencana yang menyebabkan kerusi urut anda tak boleh digunakan, GINTELL akan ganti dengan kerusi baru tanpa caj.

4. Guaranteed Upgrade

Lepas dua tahun rasa nak upgrade kerusi urut GINTELL ke model baru? No problem. Anda boleh pulangkan kerusi yang lama dan upgrade ke kerusi model baru dengan tawaran yang eksklusif.

Kalau pendapatan dah bertambah, tentunya anda perlukan kerusi urut yang lebih bagus untuk menjaga kesihatan tubuh badan anda.

5. Guaranteed Value for Health

Kerusi urut GINTELL dijamin mampu memberikan kelegaan otot, membetulkan postur, mengurangkan stress dan ketegangan pada urat saraf.

Dengan pelbagai jaminan selepas pembelian yang lengkap dan percuma, memang tiada apa yang perlu dirisaukan kalau ambil pakej Sewa Beli Hi5 daripada GINTELL.

Anda hanya perlu membayar wang pendahuluan dan melengkapkan borang pendaftaran. Tak perlu slip gaji. Kemudian tunggu kerusi GINTELL tersebut dihantar ke rumah.

Ada tujuh jenis kerusi urut yang boleh dipilih dalam pelan sewa beli ini bemula daripada RM88/bulan untuk kerusi DeVano S sehinggalah ke RM388/bulan untuk kerusi DeSpace UFO.

Kalau tanya saya, RM88/bulan untuk dapat kerusi urut yang boleh digunakan hari-hari memang berbaloi berbanding kalau pergi urut di luar yang memakan kos antara RM100 – RM300 untuk satu sesi. Kerusi urut GINTELL boleh guna hari-hari tanpa had, anytime.

Yang perempuan tak perlu dah keluar rumah untuk berurut. Aurat lebih terpelihara dan lebih selesa sebab kat rumah sendiri.

  • Cuba sendiri kerusi urut GINTELL di roadshow dan cawangan GINTELL seluruh negara
  • Checkout http://bit.ly/2wtanFN untuk maklumat lanjut

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

One Comment

Leave a Reply