Bila naik KTM Duke 200 saya tadi, dah rasa macam naik basikal pulak. Harap Duke tak merajuk saya cakap macam ni.
Bak kata mat saleh, it grows on you. Bak kata orang Melayu, dah jadi darah daging. Ya, saya dah diracuni untuk memiliki Harley-Davidson sendiri.
Bermula dengan hari pertama saya dapat bike tu. Pagi hari nak ride untuk konvoi baru diorang bagi bike. Tak sempat test, tak sempat pusing-pusing. Belasah je.
Lepas flag-off, kena buat U-turn kat traffic light. Nervous masa tu sebab tak sampai 1km bawak dah kena buat U-turn. Takpe. Slow & steady. Buat malu geng Harley kalau jatuh kat Jalan Sultan Ismail masa rush hour macam ni, apatah lagi bila Polis dah clearkan jalan macam Sultan nak lalu.
Kemudian teringat kali pertama bawa motor sampai 140 km/jam. Laju dah ni tapi masih lagi tertinggal. Nak kejar konvoi balik kena sprint sampai 160 km/j baru dapat. Bila cecah 160 km/j, helmet dan spek dah gegar tahap tak ingat dunia punya. Helmet pinjam, jadi longgar sikit. Spek.. macam biasalah.

Pemandangan di R&R Titiwangsa Gerik
Paling best masa layan corner naik bukit untuk melintasi banjaran Titiwangsa. fuhlamak!!!! Dengan experience yang ada, dapat jugaklah corner sampai dengar besi terseret kat bawah tu. Harap diorang tak check la. hehehe.. Dua kali buat corner seret besi. Si Pie2020 yang dah memang rider Harley pun kena potong!
Lepas tu teringat pulak ikut Jehan Miskin pergi makan laksa dan ais kacang kat Batu Ferringhi. Join ride macam ni macam join satu kelab eksklusif, boleh je buat kawan dengan sesiapa dalam konvoi tu.
Then tadi memang dah prepare untuk bawa laju. Tak pakai spek sebaliknya pakai contact lens dan sunglasses. Gaya Terminator gitu. Dapat satu peluang, masa tu kat gear 4. Dah 140 km/j, steady lagi. Potong motor depan, rev lebih sikit je, terus naik 170 km/j. Masih tenang.

View masa layan ABC & laksa dengan Jehan Miskin. Dia orang Penang, membesar kat sini sampai umur 10 tahun
Sepanjang ride, walaupun high-speed, belum sempat sampai gear 5 dan 6. Menyesal tak try push sampai situ, tapi nak buat macam mana, takde peluang. Keselamatan diutamakan.
Jadi bila naik KTM Duke 200 tadi, rasa ringan sangat macam boleh pikul atas bahu je motor ni. Rev sampai habis pun dah tak terasa kick dia. Rasa kosong, macam lagu Najwa Latif, Kosong.
Saya bertuah sebab dapat peluang bawa Harley-Davidson selama 4 hari macam motor sendiri. Lepas ni tau dah, tak perlu dah beli superbike, kumpul duit dan beli Harley-Davidson terus. Yang main superbike pun bila dah sampai satu tahap akan tukar ke Harley.
Satu lagi yang saya belajar daripada rider-rider Harley ni (kebanyakannya businessman dan somebody), work hard dan cari duit untuk enjoy.
Orang cakap penunggang motosikal ni semuanya sama je, bawak macam pelesit dan semuanya mat rempit. Tak semestinya. Bila bawa motosikal ni, makin besar motor, makin besar tanggungjawab rider tu atas jalan raya. Kalau bawa perangai rempit masa tunggang Harley, orang macam ni memang tak boleh tahan lama, mesti accident punya.
Bila ada insiden berlaku, kena fikir kos nak baiki motor yang makan beribu-ribu ringgit. Walaupun penunggang Harley ni biasanya yang berduit, ribu-ribu tu masih lagi duit hasil daripada titik peluh mereka. Sepanjang konvoi, memang boleh nampak 90% rider mempunyai disiplin yang tinggi. Adalah sorang dua macam monyet masa ride, tapi lumrah la, mana-mana pun macam tu.
Teringat pada adik-adik motor cub yang modify motor dan ajak race masa pergi balik kerja, hanya mampu tersenyum pada mereka dan cakap dalam hati, “dik, kau belum tengok dunia lagi. Baru kapchai modified dah rasa macam dunia ni kau punya.”
Walaupun penat, memang puas hati dapat ikut konvoi ni. Terima kasih kepada penaja, family dan bakal isteri sebab bagi pergi.
30 Comments
Pokok Manggis Depan Rumah
10 October, 2013 at 1:12 amterbaik la, memang best bila naik laju macam tu.
hazman aka species1980
24 September, 2013 at 2:44 pmLepas nie confirm ramai nak amik lesen B full lepas baca post entry nie
Wan Gerrard
23 September, 2013 at 6:15 pmoh menarik tp saya tak berapa kena bawak motor besar2 ni hehe
Hazmin Hamudin
23 September, 2013 at 2:56 pmPuas hati betul dapat tunggang sendiri motor harley ni. Aku badan kecik macam agak risau jugak la nak naik motor besar macam ni. Hehe
Izz Latif
23 September, 2013 at 11:41 amSmart gilahhhh
abang sedara suka jenis motor2 besar nih
kalau dia nampak sure excited!
Eridy San
22 September, 2013 at 11:55 pmKalau moto macam nie…memang aku surrender…LC pun masih rasa nak jatuh2 d corner…apalagi moto mcam nie..huhu…
akubiomed
22 September, 2013 at 10:14 amSaya boleh faham keghairahan adrenalin kerana saya pernah alaminya. Memang cair dan membuak-buak setiap kali mendengar deruman enjin. Percayalah sekali terperangkap motorsikal akan menjadi kekasih pertama dan bagi yang sudah berkahwin motor menjadi bini pertama.
Cuma nasihat saya berjaga-jaga kerana ia memerlukan perbelanjaan besar tetapi bagi setengah orang tidak kisah. Lihat nanti masa habiskan dengan kelab konvoi ke sana ke mari.
Terjadi kepada jiran saya bermula dengan Ninja 250 upgrade 750 dan sekarang ini Kawasaki 1400 atas alasan selalu kena tinggal. Beliau tidak pernah lekat dirumah termasuk hujung minggu kerana lepak dengan kawan-kawan di kelab. Urusan keluarga diserahkan kepada isteri bulat-bulat. Nampak mudah dengan kata-kata bila kena batang hidup memang payah nak elak.
Saya dahulu hampir terperangkap sampai kena bising asyik mengadap motor. Saya mengambil keputusan lepaskan dengan hati yang berat.
salfe3
22 September, 2013 at 1:13 ambro, moto yg dlm gmbr dgn jehan tu model apa yek?
Ariff
22 September, 2013 at 11:55 amHarley-Davidson model V-Rod
hafiz hafizol
22 September, 2013 at 12:24 amaku yg kurus tak sesuai rasanya naik moto nie. nanti nampak moto je bergerak hahahaha
azwan
21 September, 2013 at 11:23 pmrezeki lah tu dapat merasa dapat rasa naik motor besar.
yang terlebih berjaya je mampu miliki. so aku pun nak kena usaha lebih berjaya lah
azman
21 September, 2013 at 10:34 pmMain motor ni,selera akan ikut usia – easy rider is the best :) ,rilek cool hehehhe..tapi sebiji berapa rm? hahhaha
Ariff
21 September, 2013 at 11:07 pmSesuailah dengan usia sebab masa usia tu rata-rata dah berduit
Tapi ada je yang muda, umur awal 30-an dah berjaya ada Harley.
Kebanyakan owner Harley yang saya kenal orang yang ‘terlebih berjaya’ dalam bidang masing-masing, bukan daripada hasil harta tinggalan. Itu sebab mereka tak kisah bersusah payah dan berpenat-lelah ride beratus kilometer sebab susah-payah ni mereka lalui sendiri sehinggalah mampu beli Harley.
Pengajaran yang sangat berharga buat saya sepanjang trip ni.
azman
22 September, 2013 at 1:18 amMemang setuju,yang pakai Harley ni poket terlebih tebal,dah syok la tu bawak harley hehehe…
nurmisnan
21 September, 2013 at 9:15 pmTeringat group HD lalu depan kedai
Diorang semua dr miri masuk brunei.. lebih dari 50 ada.. seronok
PendekarBerkuda
21 September, 2013 at 8:47 pmBakal isteri bagi pergi?
ehem2 tak sangka diam2…
Abang Ensem Berketak
21 September, 2013 at 8:32 pmBab nak beli Harley ni gua takde hal. Cuma bab nak panjangkan kaki untuk ‘tongkat’ Harley ni yang gua ada ‘sikit’ hal.
Azri Johan
21 September, 2013 at 10:16 pmhaha abang ensem punya komen lawak derr
Ariff
21 September, 2013 at 11:02 pmDont worry bro. Ada je yang dah di-design sesuai untuk orang yang comel macam lu. Nanti pergi showroom gua tunjuk
nizam ijam
21 September, 2013 at 11:29 pmlu pakai la tumit tinggi kahkahkah
Ariff
22 September, 2013 at 11:57 amMemang sesuai!
profhariz
21 September, 2013 at 2:42 pmKacak dan hebat ! Impian aku juga nak tunggang harley ni. Tapi belum rezeki.
Mungkin boleh pinjam quote “work hard dan cari duit untuk enjoy.” sebagai inspirasi hidup :)
paeh
21 September, 2013 at 2:23 pmAdalah sorang dua macam monyet masa ride, tapi lumrah la, mana-mana pun macam tu.
Hahahaha.
AkmaOmar
21 September, 2013 at 12:56 pmBoleh pergi sampai 170 km/j tu mmg laju tu.. sampai bergegar2 kepala yer… :)
Ariff
21 September, 2013 at 5:13 pmBaru 170. Boleh lagi tu
Denaihati
21 September, 2013 at 12:35 pmSampai pagi the day event organiser masih pujuk Denaihati join konvoi dan tak nak penganti .. katanya jadi penumpang pun ok lah …tapi apa nak buat last minute tak boleh nak adjust program yg dah ada … terima kasih atas jemputan dan mohon maaf tak dapat join
Ariff
21 September, 2013 at 12:50 pmJadi penunggang tak best. Tak rasa thrill tunggang motor tu.
Takpe2. Maybe next time kita join event sama-sama
aslam
21 September, 2013 at 12:20 pmmenarik ni. kena kumpul duit untuk beli harley juga. hahaha. Kena amik B dull dulu. huhu
mohd amiruddin
21 September, 2013 at 11:25 amyup…setiap orang punyai jiwa yang berbeza. ada yang serasi dengan superbike, ada yang serasi dengan motard, ada yang serasi dengan touring dan ada yang serasi dengan easy rider… semuanya atas sebab faktor kepuasan. ada yang puas dengan kuasa cornering dan gaya dah tentu memilih superbike, ada yang puas dengan gaya ranggi memilih untuk menunggang easy rider atau copper. tapi walau apa pun alasannya, bila seseorang itu berjiwa rider, sampai bila2 pun tetap rider. kepuasan bersama jentera 2 roda. (hehe…walau pun saya belum memiliki jentera 2 roda idaman, sy dah berpeluang merasai kepuasannya)
titan
21 September, 2013 at 10:53 amsetuju. pernah naik gak dulu..tapi entah model yang mana ntah..berat tapi best…
bila nak balik modenas..gila ringan. Nasib tak eksiden masa tu.
kena ambil gak lesen B2 nih nampaknya..